28 Novpengorbanan dan poligami


Assalamualaikum wbth.,

didahului dengan bismillah, ampun dan maaf,

selamat hari raya aidil adha (26 nov 2009) hari jumaat… tahniah kepada yg telah selamat menunaikan haji dan bertuahlah yang mendapat haji mabrur.

mendengar ceramah dan khutbah jumaat, terasa sangat2 bertuah menjadi umat muhammad dan berada didalam agama islam tercinta. amat2 terharu dan teruja mengulang kembali kisah pengorbanan teragung tiga orang manusia Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar, yang mana akhirnya menjadikan rumah Allah lambang teragung, terunggul dan menjadi tumpuan seluruh manusia beramal dengan menunaikan rukun islam yang ke5 beratus2 tahun lamanya sehingga ke hari kiamat.

pengorbanan. begitu besar makna dan ertinya.

Nabi Ibrahim, pada dasarnya adalah seorang lelaki yang baru sahaja bergelar ayah kepada anak lelaki sulung dan tunggal yang sekian lama dinantikan dan diharapkan (begitu jugak harapan manusia selepas baginda untuk menyambung syiar Islam), ditakdirkan mendapat wahyu untuk mengorbankan satu-satunya anaknya yang tercinta, yang menjadi harapannya, harapan manusia selepas beliau? bagaimanakah perasaan beliau? boleh kah kita bayangkan? bolehkah kita gambarkan? perasaan yang pasti berbaur dan bercampur aduk antara kasih sayang ayah dan tuntutan Allah. Dikorbankan bukan dengan meninggalkan hidup2 ditempat lain, tetapi dikehendaki diSEMBELIH hidup2… masyaAllahhhh… bagaimanakah perasaan anda sekiranya anda berada ditempat beliau? sanggupkah anda, mampukah kita mengorbankan anak sendiri? darah daging sendiri untuk disembelih? MasyaAllah….tetapi nabi ibrahim tidak gentar walau sedikitpun untuk menyahut seruan Allah, biarpun tidak dapat diterima akal yang normal….renungkanlah barang sejenak…

Siti Hajar, seorang hamba, seorang isteri yang ditinggalkan jauh oleh suami dan masyarakat (hidup terpencil), sebagai ibu yang memiliki satu2nya anak kesayangan yang menjadi penghibur dikala sunyi, kesepian dan kepayahan, anak yang pastinya sentiasa membawa keceriaan, kebahagiaan, menghilangkan segala duka dan nestapa… kini perlu dikorbankan oleh ayah kandungnya sendiri? dikorbankan dan disembelih oleh suami tercinta? apakah pilihan yang ada? bagaimanakah dengan hati ibu yang disayat dengan berita itu? seandainya kita berada ditempat beliau… sanggupkah kita berkorban? sanggupkah dan mampukah kita menyahut seruan Illahi tersebut? bayangkanlah barang sebentar….. bagaimanakah andainya ia terjadi kepada kita, andainya seruan itu menghendaki kita berbuat demikian… Demi Allah? tetapi.. ternyata, keyakinan Siti Hajar kepada Allah dan suaminya tidak berganjak, begitu kemahuanmu wahai sang suami, begitu kehendak Allah, tanpa banyak soal, tanpa keluh kesah…Siti Hajar menurut dan menyerah penuh takwa….

Begitulah besarnya pengorbanan tiga insan yg terpilih oleh Allah dan sememangnya mereka ini layak mendapat syurga Allah, mendapat kasih sayang dan cinta Allah. Itulah contoh2 pengorbanan yang hakiki, kerana kesanggupan untuk menurut perintahNya dengan penuh ikhlas, tawaduk dan taqwa, maka Allah selamatkan jiwa mereka dan terkorbanlah kibas, begitu besar dugaan dan ujian Allah untuk seorang nabi,seorang insan bergelar suami dan ayah, begitu jugak seorang wanita yang bergelar ibu juga isteri yang solehah. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Allahuakahbar.

Berbalik kpd poligami..
iaitu bantulah sisuami menjauhkan zina, khalwat dan maksiat.

Atas dasar Allah mengizinkan lelaki bernikah lebih dari satu, inilah juga diantara pengorbanan yang besar dan sebenar yang terpaksa dilalui oleh semua yang terlibat di dalam “berpoligami”, dan didalam agama islam, pada pendapat saya ianya bukan sekadar pengorbanan demi untuk mendapatkan payung emas dan pahala yang berganda atau kepastian kesyurga sahaja tetapi ianya adalah lebih kepada memartabatkan bangsa dengan membela maruah bangsa didalam agama islam serta kesinambungan syiar islam itu sendiri.

Adalah amat besar erti pengorbanan di dalam kontek ini, antaranya pengorbanan seorang lelaki/suami memperjudikan rumahtangganya hanya kerana ingin menjauhi maksiat dan membela wanita yang disukai/dikasihinya. Pengorbanan seorang isteri berbahagi kasih dan waktu sisuami didalam mengizinkan sisuami untuk bernikah lagi dengan wanita yang disukainya.. mungkin pengorbanan ini tidak sama dengan pengorbanan tiga insan terpilih di atas, tetapi membawa konsep dan natijah yang sama iaitu membela dan memartabatkan bangsa dalam islam.

Allah tidak meminta kita berkorban seperti Nabi Ibrahim (kalau kita seorang lelaki, seorang suami, seorang ayah), Allah juga tidak meminta kita berkorban seperti Siti Hajar (kalau kita seorang ibu dan isteri), tetapi.. Allah hanya meminta kita membantu insan lain yang memerlukan kasih sayang, menyalurkan nafsu mereka dengan baik, membela insan2 lain yang tidak bernasib sebaik kita (ada isteri, ada suami, ada anak2), malah Allah tidak mungkin akan mensia-siakan hambanya yang sanggup berkorban membantu insan lain demi Allah, sebagaimana Allah tidak mensia-siakan pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar (ini sangat saya pasti, itu janji Allah).

Di dalam poligami kita hanya berkorban dengan berkongsi kasih, sedangkan si suami masih lagi menjalankan tanggungjawabnya memberikan nafkah zahir dan bathin mengikut kemampuannya, berkorban berbahagi masa/waktu dengan suami, maknanya sisuami dan anak2 masih lagi wujud disisi, sedangkan ianya adalah lebih baik dari menyembelih anak sendiri (seperti Siti Hajar yang mungkin bergelut dengan perasaan dan hati kasih seorang isteri, seorang ibu yang akhirnya, akalnya sanggup menurut perintah Allah, redho dengan ketentuan Allah, lalu mengizinkan suami tercinta menyembelih anak kesayangannya?).

Saya pasti dengan penerimaan terhadap poligami, ianya jugak menyahut seruan Allah didalam membela bangsa dan agama yang sangat di tuntut dan ianya merupakan suatu pengorbanan yang tak ternilai harganya dan ianya lebih besar ertinya bukan sekadar untuk mendapat pahala dan payung emas semata. hanya Allah yang amat adil dapat menilaikan dan memberikan ganjaran yang setimpal dengan pengorbanan tersebut.

bertanyalah kpd diri sendiri:
Sanggupkah kita berkorban seperti Siti Aisyah (isteri Rasulullah s.a.w), kalaupun tidak seperti Siti Hajar demi Allah, demi bangsa dan agama Islam?
atau kita tidak pedulik asalkan suami kita sentiasa di sisi demi menjaga airmuka kita (sebagai keluarga bahagia) di dalam masyarakat? dan menentang maksiat hanya dengan kutukan di dalam hati sendiri (kononnya selemah2 iman?)?

Fikirkanlah..
sekian, wassalam.

Popularity: 10% [?]

Post to Twitter

Processing your request, Please wait....

110 Responses to “pengorbanan dan poligami”

  1. detektip konan says:

    ler… x bleh bukak pun blognyer….

  2. BMW X5 says:

    blog suda kena kunci kah ??? kena c4 kah ? kena santau angin kah ????

    aku tak pueh hati sebab tuan punya blog masih utang jawapan sama aku !!!

  3. Che Odah Gelang says:

    dia wat wat tak nampak ko la BMW X5, dia nampak BMW 18sx jer..buwahahahah…

  4. BMW X5 says:

    18SX ? hoh…ai suci lagi menyucikan yewwwww!

  5. aloyah says:

    wah.. itu maisarah manyak pandai oh.. itu blog cari makan daaaaa!

  6. meow meow says:

    Sengih2 jer aku nih……18SX yer…..idea blom mari…..hehehe….

  7. Che Odah Gelang says:

    weh meow ko jgn carut banyak sangat kang opis aku block sapa yg syusahhhh???? akuuuu jugak….

  8. meow meow says:

    aku blom khatam bab carut2 nih, baru nk blajo cer ko tolong jolok2kan buah cempedak kat luar pago bulehhh…

  9. aloyah says:

    boleh goreng and ngap! tontu sodap!

  10. kekwat says:

    poligami… poligami..
    isu yg sentiasa sensitif dan hot.
    kebanyakkan memang tak suka.. dn kat dlm dcck ini pun kebanyakknnya cite pasal poligami atau yg tgh nak berpoligami, meluahkan perasaaan dan rasa memasing.

    kelakar lah.. tak suka.. tapi suka baca, suka jugak nak komen, ada jugak nak mengeji, ada jugak yg menghina…

    kebanyakkan yg kat dalam dcck ini pun kebanyakkannya perempuan.. yang meluahkan jugak perempuan, yg mengomen kaw kaw … pun perempuan… hmm…

    kurang sangat lelaki yg sensitif dgn isu2 begini, atau derang tak suka nak ambil port.. kenapa ye?

  11. kekwat says:

    tetapi yang merasa (macam2 rasa ada) pun perempuan jugak… nasiblah badan..

  12. aloyah says:

    lu apa kes.. kekwat?

  13. Che Odah Gelang says:

    kalu aku jolokan buah cempedak bek aku juai boleh gak top up gelang omeh ku ini,…maleh aku nk komen2 hal poligami ni romen lagi besh…yuuuhuuu…kekwat jgn jeles i buleh komen & romen u takleh romen u leh komen jer hikhikhik….

    • aloyah says:

      ohok ohok.. tosodak den! mujor tak totolan bijik compodak ni ha.

      • kekwat says:

        hmmm… “romen” … (sy tak suka menggunakan perkataan ini, mungkin ianya sesuai bg puan).
        actually, bermukah (bagi yg belum kahwin adalah maksiat seandainta silelaki dan perempuan tersebut bukan muhrim), pada pandangan saya ianya adalah sesuatu yang tersangat mudah didapati hari ini. berbanding dengan pernikahan.
        Untuk bermaksiat yg sedemikian rupa tidak perlukan wang ringgit yang banyak seandainya telah termaktub perasaan suka sama suka, kononnya atas dasar cinta / nafsu semata. Seperti bersepahnya bohsia, bohjan, pelacuran, gay, lesbian, harganya juga ikut kemampuan semurah free (setakat beli nasik dan air bungkus, hingga ribuan ringgit) ikut kemampuan, mungkin agak keterlaluan kalau saya katakan ianya adalah sesuatu pemandangan atau perkara yang sangat biasa di kuala lumpur ini. Tempat… terbuka seperti taman permainan, taman rekreasi, di lorong2 gelap, di dlam kereta, dihotel2 murah hingga ke hotel 5 bintang… membuat kemungkaran itu tersangat dan terlalu mudah, tepuk dada tanyalah iman di dada.
        Berbanding pernikahan yang menghalalkan perbuatan tersebut. Kalau nak menikah mesti ada ratusan kalaupun tak sampai ribuan ringgit.
        Jadi kepada puan… apa yg nak di hebohkan sangat pasal ber“romen” u tu.

  14. kekwat says:

    poligami.. kalau tak redho dan tak hingin… tak usahlah berpoligami, sbb sume yg dibuat utk si somi tak ikhlas “bukan kerana Allah” hanya kerana tanggungjawab… so hasilnya pun… setakat ala kadar…wat apa?

    fikir2kan lah.. dalam islam tiada paksaan untuk berpoligami atau tidak…
    yang penting… “ikhlas kerana Allah”… tentu2lah maknanya “redho”. kalau tak nak, “voice out” ajalah dgn cara berhemah kpd si somi, and tengok hasilnya… kalau dia nak turut kata hang, baguih lah, kalau dia tak pedulik, makan hati berulam jantung je.. atau paling kuatpun “bercerai” je, bukan mati pun.

    your life is your choice.

    • aloyah says:

      lu sendiri pun tak de hemah lah bercakap!

      lu hentam bini2 yg tak rela poligami.. lagi mau cakap.. “kerana Allah”.

      org yg bercakap “kerana Allah” ni kekwat.. kalau benar2 faham niat “kerana Allah”.. tak akan bercakap mcm awak bercakap.

      • aloyah says:

        lu hentam bini2 yg KONON2NYA (kononnya – pada mata awak lah kekwat) tak rela poligami.. lagi mau cakap.. “kerana Allah”.

  15. kekwat says:

    ini tak… buat itu kerana anak2, kerana itu kerana ini… pastu tak hepi, pastu ngumpat buat lepat kat mesorat tingkap, ngutuk hb sendiri.. tak ikhlas… perempuan apa yg macam ni??? tak realistik, hipokrit..

    bukan Allah itu menilai sesorang itu kerana keikhlasannya, keran ketaqwaanya, keredhoannya… ???

  16. kekwat says:

    pada pendapat i, isteri2 yg tak rela berpoligami (bagi isteri yg suaminya yg baik akhlak, teguh agama, berkemampuan zahir bathin, mampu berlaku adil dan nak berpoligami), tetapi siisteri beri alasan kerana anak2 adalah lagi tak logik…

    • aloyah says:

      kekwat.. lu ni bujang ka.. janda ka.. bini org ka?

      gua baca lu ni.. mcm ada pendam satu feeling lah.. lu tak dapat kawin dgn laki org ka?

  17. aloyah says:

    kekwat. kekwat.

    ko ni apa hal sebenarnya? ko jaga je lah diri ko elok2. tak yah lah susah2 nak pikir hal bini2 yg tak rela dimadu tu.

  18. BMW X5 says:

    yaaaaaaaaaa…kekwat is back !!!! menceceh mengutuk para M1 dan para isteri yang tak redha poligami – macam biasa la, ini lah platform kekwat, lain tarak…

    tersengih aku baca luahan hati kekwat….naper kekwat, bakal m1 hang lagi POWER dari hang, takmo kasi bf hang bukak cawangan baru ngan hang ka ???hohoho…

    memetik kata2 kekwat:

    bukan Allah itu menilai sesorang itu kerana keikhlasannya, keran ketaqwaanya, keredhoannya… ???

    Tahu takperrr….so biarlah ALLAH sahaja yang judge ikhlas ke tunggang terbalik ke sadis ke 18sx ke…kita manusyia ni tak payah la nak ambil tugas Allah….

    p/s: soklan aku ko lom jawab….

  19. meow meow says:

    Alaa odah aku minta tolong jolok buah cempedak kat luor pago, bukan dlm pago sukati ko la nak wat top up golang omeh ke zhulian ke. Tu si merapu tu dh wat balik, aku igt angin meghoyan dia dh dtg. Cara dia bangkit2kan issue x sudah2 nih bihkuang mak mertua jiran aku yg dh igt2 lupe. Berbalik2 hggakan kenkdg dia yg tanya pehtu dia pertikai balik, apa kes?

  20. meow meow says:

    Wuuyoooo odah, romen ekk……..aku, komen tu komen gak sambil2 tu romen gak hahaha….

  21. amoi says:

    awalnye dah romen2 meow-meow…..

  22. meow meow says:

    X kira la amoi, dh selanjur ada kat rumah….

  23. mem merah says:

    sape kekwat ni ye. yg wat kek tu ramai sy tahu….

  24. mem merah says:

    sungguh pantas & tangkas sekali kekwat berhujah bab2 poligami, mengalahkan hujah tok kadi yg nak nikahkan lelaki yg nak berpoligami.

    • kekwat says:

      saya membuat kajian mengenainya.

      • kekwat says:

        kekadang ada tok kadhi tak dapat memeberikan jawapan spt yg saya berikan.. bukan nak bangga, tetapi mereka kurang mendalami. sbb ada banyak masalah rumahtangga yg dibawa ke jabatan agama tidak dapat diselesaikan dengan cepat. tu ada yg bertahun2 berpisah (walaupun masih status suami isteri, dah sah bercerai pun bertahun2 tak selesai walaupun masih tinggal/tidak tinggal sebumbung, lambat dapat surat pengesahan- yg ini systemlahkan) dan macam2 lagi.

  25. mummy says:

    rajin sungguh kekwat membuat kajian pasal poligami ni

RSS feed for comments on this post.