Salam pada semua.
Saya pernah luahkan keluhan saya satu ketika dulu dan berniat semua keputusan akan dibuat setelah saya pulang dari umrah. Tetapi belum sempat saya pergi menunaikan umrah semua perlakuan suami sudah jelas terbentang di depan mata.
Suami menanggis meminta maaf tapi tak sampai 2 hari balik kepada asal dan dalam waktu yang sama saya dapat membawanya kepusat islam dan nekad untuk menuntut cerai kerana ustad yang mengendalikan kes saya pun ckap suami tidak akan berubah. Saya cuba sedaya upaya untuk mengelak dari suami tapi tak tahu kenapa bila berhadapan saya akan mengalah. Ustad ada tanya saya beberapa perkara dan mengikutnya saya telah disihir oleh suami sebab itu saya tetap menerimanya dan benda itu telah sebati selama 12 tahun kami bersama.
Suami pernah berkata pada kawan baiknya walau apa pun dia buat saya tidak akan dapat melupakannya. Sekarang saya cuba memperbaiki kelemahan saya dengan tidak menjawab panggilannya dan membawa ibu saya tinggal bersama dengan saya sehingga saya benar-benar kuat.
Bukan satu ustad yang bercakap benda yang sama. Saya mendekatkan diri pada Allah dan meminta jika perpisahan lebih baik permudahkanlah. Badan sentiasa rasa seram-sejuk dan hati sentiasa berdebar-debar. Susah juga nak percaya tetapi apabila saya renung balik memang ada kelakuan pelik yang suami lakukan bila bersama. Kini saya bertarung dengan suami dan juga kuasa sihir yang ada. Saya dapat rasakan yang saya hampir-hampir gila sedangkan saya bukannya seorang yang bergantung hidup kepadanya.
Kini zikir sentiasa dimulut untuk mengelakkan sihir terus menguasai dan saya dapat rasanya suami semakin kuat memuja. Macam tak percaya tapi tanda-tanda sihir ada pada saya. Kini suami semakin berani dan tanpa segan silu menceritakan perhubungan intim dia dengan perempuan indon yang dia mengaku dah dinikahi tapi apabila saya minta tunjukkan surat nikah bermacam alasan diberi.
Tolonglah saya buntu dan dalam waktu yang sama saya juga nak melepaskan diri saya. Saya dah rasa bala yang Allah beri padanya turut terkena tempiasnya pada saya dan anak-anak. Buat pengetahuan semua bukan saya tak cuba berpoligami kalau betul dia dah bernikah tapi saya tak nampak dia boleh berlaku adil bila balik ke rumah saya lehernya penuh dengan merah-merah atas alasan perempuan tu isteri dia dan masih muda. Bagaimana perasaan saya? Dia suruh saya bersabar pasal dia kata macam mana teruk dia buat dia tetap balik pada saya sedangkan saya kata bukan ini kehidupan yang saya mahu. Indon tu pulak dengan beraninya menghantar macam-macam sms kepada saya untuk membuktikan yang suami menyayangi dia dan memang benar suami menyayanginya kerana suami menunjukkan perasaan sayangnya pada indon itu di depan saya sewaktu kami bertemu bertiga.
Saya cuba jadi macam Kak Aisyah (kalau tak silap) tapi saya tak boleh kerana suami saya bukan macam suami Kak Aisyah. Kini saya pasti saya mesti keluar dari ikatan ini tapi yang penting saya kena berusaha untuk mengubat diri ini sebelum saya sakit lebih teruk. Ustad cakap saya ini diibaratkan sakit kronik dan memerlukan rawatan segera dan berterusan. Patutlah suami selalu cakap saya tak akan pernah dapat meninggalkan dia walau apa pun dia buat terhadap saya.
Kalau ada zikir-zikir atau ayat al-quran yang boleh saya amalkan untuk menghapuskan sihir ini tolong berikan pada saya. Saya tau munking ada yang tak percaya apa yang berlaku tapi inilah yang saya rasa dan sampai sekarang saya terpikir kenapa saya sanggup diperlakukan sedemikian rupa. Sedangkan saya bukannya seperti itu.
Patutlah semua perempuan yang pernah bersama dengan suami saya macam orang gila bila ditinggalkan oleh dia sehingga ada yang berpusing-pusing sekitar rumah saya dan ada yang sanggup berkawan dengan saya untuk merisik kabar mengenai suami (saya tak tau dia ada affair dgn suami).
Sempena Maal Hijrah esok saya nak mulakan hidup baru dengan anak-anak dan bangkit semula membina kekuatan diri walaupun dalam kepayahan.
Harap komen anda semua dapat menyenangkan sedikit tindakan yang sedang saya buat.
Terima kasih
Popularity: 3% [?]

Processing your request, Please wait....
salam perkenalan
Like or Dislike:
0
0
baru nak baca….
Like or Dislike:
0
0
sedihnya … sangup somi buat begitu. pertama lupakan apayg berlaku kerna itu semua kehenah Allah utk menguji hambaNya.
saya pun ade pgalaman disihir…. ayat yg sentiasa dibaca/ pasang cd pun boleh… iaitu ayat ruqyah dan manzil. amalkan 24j sehari semlm. perdengarkan sentiasa.
dan time2 mcm ni kena kuatkan diri bangun solat tgh malam. byk kesannya.
Like or Dislike:
0
0
sebenarnya pengalaman di sihirnya klu cite kat org, nnt org akan pekekeh kita. sendiri yg kena sendiri yg rasa sendiri yg tahu..nak lwn sihir ni kita kena kuat dalalam, kita fikir positif, klu rasa nak murung tu cpt2 ambik wudhu, klu boleh biar di badan kita sentiasa ada wudhu selama 24 jam…
Like or Dislike:
0
0
kes pompuan indon lagi.. hmmm…
Like or Dislike:
0
0
baca selawat tafrijiyah, tiap pagi selepas solat subuh, ayat tujuh, kalau boleh bibir kita sntiasa basah dgn ayat2 suci.
Like or Dislike:
0
0
pok nik, org kita memang baik, sntiasa nak membantu org lain,
Like or Dislike:
0
0
Saya pun penah rasa mcmtu, rasa lemah dpn suami. Bila belakang dia menyumpah & menyampah. Sy tak amalkan zikir sb sy sntiasa sibuk dgn urusan kerja & rumahtangga.
Sy selalu dibantu oleh rakan & keluarga bawa sy pergi berubat secara tradisional. Sekarang sy tak “lemah” lg dpn suami setelah hidup lebih 11 tahun dgnnya. Macammanapun kita kena selalu mohon pada Allah dan yakin dgnNYA.
Like or Dislike:
0
0
sabar je laa..
Like or Dislike:
0
0
fuh…… lega! Baru ari nie aku dpt joint blog nie… sronoknye…..
Pd puan di atas…. elok g berubatlah…. spai bile nk biorkan laki ko manderam ko..
suda sudalah tu…. lupakan dia….
cuba22lah mulakan idup baru sempena taun baru nie….
Like or Dislike:
0
0