Assalamualaikum bloggers2 semua.Sejak saya kenal blok ni,Alhamdulillah,hidup saya lebih baik dari dahulu.Tetiba je rasa dapat kekuatan untuk menghadapi cabaran hidup yg betul2 menduga iman dan akal.
Saya seorang isteri sejak 1996.Awal2 perkahwinan kami hidup amat bahagia, walaupun penuh dugaan.Dan saya sagat2 sayangkan suami dan percaya sangat kat dia.Sebab dia melayan saya bagai permaisuri.Saya tak pernah duga yg dia akan menduakan saya satu hari nanti.2003, buat pertama kalinya saya tau dia ada hubungancinta sms dengan gadis politeknik. Hati saya hancur lebur….lebur…Tetapi saya maafkan dia kerana hubungan itu setakat baru berbunga.Demi anak2 tercinta dan kasih saya terhadapnya saya terima dia semula.
MALANGNYA…tiba2 saya gagal bereaksi bila bersamanya.Bukan saya tak sayang dia,sayang sangat.Tetapi bila ‘bersama’,jiwa saya kosong…nothing… no feeling.Allahsahaja tahu betapa menderitanya saya,dan saya terpaksa simpan rahsia ini seorang diri.Saya berusaha berjumpa pakar psikitri,ke mekah dan berbagai cara,tapi hasilnya kosong.Penghujung 2006,tiba2 dia minta izin untuk memulakan perniagaan di KL.Oh ya, lupa nak bagi tau yg dia ada buat bisnes tetapi bisnes dia jatuh masa 2003.Tahun 2006,tiba2 dia mintak izin untuk ke KL,atas dasar percaya,saya relakan walau terpaksa menjaga anak seramai 3 org seorg diri.Amat pahit kehidupan saya,kena tanggung anak2sorang dan kadang2 kena tanggung dia sebab bisnes dia baru nak mula.
27hb 3 2007,satu berita amat mengejutkan sampai ke telinga saya.Suami kesayangan yg saya percaya sepenuh hati rupa-rupanya di tangkap basah dengan seorang janda di KL.Saya nekad berjumpa suami,dan dia mengaku telah bernikah di Siam untuk menyelamatkan perempuan tu dari dibuang kerja kerana dia seorang guru.Allah menguji saya……..10 hari saya terlantar di hospital,Ya Allah! dugaan apakah ini. Saya bertemu suami di KL dan bersmeuka secara baik.Saya tak sanggup melalui penderitaan ini lagi.Cukup2la derita yg saya tanggung selama ini.Saya rela menanggung segala derita kerana cinta pada suami.tetapi ini balasannya.Suami merayu,melutut enggan melepaskan saya.Saya suruh dia pilih,saya atau buah hati barunya.Janda, menyediakan segala-galanya untuk dia,kereta rumah dan perniagaan.Saya rayu secara baik,tolonglah jangan susahkan kami lagi,biar saya dan anak2 hidup sendiri.Saya merayu,tetapi suami tetap enggan.Saya bagi kelonggaran.kalau ingin bersama kami semula,tolonglah kembali kepada kami dan tinggalkan janda itu.Suami setuju dan menceraikan perempuan itu.Memang saya sangat kesian dengan nasibnya janda itu,betul Demi Allah! saya sangat bersimpati.Tetapi saya lebih bersimpat dengan nasib saya jika berkongsi kasih.
Sekarang suami pulang ke pangkuan kami,meninggalkan KL sehelai sepinggang.Perniagaan yg kami bawa dr sini,semuanya tinggal…saya anggarkan bernilai rm20 000.Balik ke sini,suami cuba memulakan perniagaan,tapi setakat ni semuanya t idak berhasil.Dan saya,selain sedang menanggung derita mati pucuk,menanggung keluarga sorang2,sedang menanggung kos mahkamah untuk mereka berdua kerana dia mahu bertanggungjawab terhadap bekas isterinya itu.Ada lima kes mahkamah menanti mereka(saya?).Kes takgkap khalwat sorang rm3000,daftar nikah sorang rm1500,nikah luar kawasan,poligami tanpa kebenaran dan daftar cerai.Saya terpaksa tanggung semua itu untuk kerana usaha suami semua gagal setakat ini.Perempuan tu langsung tak nak bekerjasama,malah menuduh saya tidak mermaruah kerana memisahkan mereka.Suami?,masih melayan saya bagai permaisuri ,tetapi hati saya?.ntahlah…kekadang rasa sangat marah dan menderita dengan semua yg perlu saya hadapi.Kekadang saya pasrah,sekurang2nya dia masih ada di sisisaya dan anak2.
Sahabat2,tolonglah saya melalui semua dugaan ini.Saya mahu hidup bahagia…Berilah nasihat dan pedoman serta kata-kata semngat supaya saya mampu bertahan dengan semua derita ini.

Processing your request, Please wait....
betui..larik camner pun kena telan jugak..bila kita fikir dan lalui lelama kita jadi numb.. hai pembunuhan ker hari raya ker hari hari ker sama jer..
Like or Dislike:
1
0
busy sgt lately dgn anak2,dgn keje yg smakin btambah…tapi try jgk log in dcck tiap2 hari.Bukan apa,suka baca tulisan u’ll byk2 kali to stay in position….
Like or Dislike:
0
0
kekasih, jika benar ikhlas hendakkan semangat baru pertama. muhasabah diri sendiri dan bertaubatlah. kedua, stop feeling sorry for yourself and jadikan pengalaman sedih ni sebagai batu sempadan .Open up your mind, heart and soul untuk dengar pendapat dan nasihat orang. ketiga, stop feeling sorry for your hubby and stop giving excuses for him or defend him macam dia tu suami terbaik di dunia.If you are truly a Believer, Hanya Allah kekasih sejati dan kepadaNYA kamu memohon dan berdoa. Banyakkan istighfar, istikharah & redhalah dengan ujian yang diberi olehNYA. Minta hanya kepada Allah, dia yang akan beri kekuatan dan semangat yang kekasih mahukan. Apa pun pilihan adalah di tangan kekasih. Kalau rasa suami patut diberi peluang kedu, ketiga atau seterusnya, maafkan dia seikhlas2 hati kekasih and bina hidup baru. Tapi kalau rasa kekasih hanya hendak terus berada di persimpangan jalan seperti sekarang…..then keep on sending your comments. maybe you akan dapat simpati berterusan tapi masalah tak diselesaikan.
Wassalam
Like or Dislike:
1
0
mcm mana hari yg telah berlalu…
ada update tak hehehe…
apa buat masa hari tu?
Like or Dislike:
0
0
Assalamualaikum, puan yang budiman
Kalau hati dah kosong, cinta dah mati, pucuk pun dah mati, lebih baik hidup keseorangan. InsyaAllah akan ketemu cinta lain. Tinggalkan saja suami yang tak tahu menghargai kita. Bina hidup baru. Dunia ini teramat luas. Kebahagiaan ada di mana-mana. Tekadkan hati, bulatkan azam, tempuhi hidup ini. Saya percaya puan dapat melakukannya.
Like or Dislike:
0
0
assalamualaikum kekasih.
saya ahli baru dckk. siannya baca cite awk. Tp kn kekasih, pompan mmg cam tu, kalau dah syg mmg korban abis. saya pn guna lptop umah tp saya keep the pw to myself. Lps masuk, log out trus n jgn save pw. so dia x leh nk masuk. kita kna pndai berahsia dgn llki. Llki pndai bmanis mulut dgn pompan so kita ikut step dia. dpn dia kita “yes sir” tp dlm ati sndiri yang punya. i’ve been thru the experience of “x rse apa2 kt hubby”. It has been 16yrs n klau dia keja, i feel happier to be alone. u mesti kuat n jgn lupa. Org leh ckp apa jer tp kita aje tau hati kita. Be strong k.
Like or Dislike:
0
0
Salam,
Dari pembacaan saya, ternyatalah puan seorang yang sangat tabah dan menyayagi suami puan sebelum kejadian pembunuhan itu.
Percayalah puan, perkara ini tidak berlaku kepada puan dan tidak mengira jantina.
Bagi saya, cara terbaik bagi puan adalah bukan mencari kesalahan puan sendiri atau suami mahupun janda itu tetapi mencari penyelesaian kepada masalah puan.
Memperingati sejarah hitam adakalnya bagus tetapi bukanlah semestinya. Adakalanya kita perlu melupakan dan teruskan perjuangan hidup ini, biar perit sekalipun, itulah yang perlu dilakukan.
Bukanlah maksud saya memaafkan langsung suami puan serta merta tetapi mengambil iktibar bagi meneruskan kehidupan.
Jangan teruskan hidup Puan dengan bertanya2 ‘apakah salah saya’,'adakah ini hukuman Tuhan’ tetapi teruskan hidup puan dengan penyelesaian, azam baru yang dibentuk dengan bibit2 sejarah hitam.
Biarlah perkara itu menjadi teladanbuat puan dan bukan sebab untuk tidak mempercayai sesama pasangan, berterus terang pada pasangan dan jelaskan padanya tujuan puan berbuat demikian.
Usahlah hidup di dalam kepuraan, biarkan dia membaca rintihan Puan di sini dan komen2 yang ditinggalkan, berilah suami puan peluang untuk megetahui kesilapannya dan apakah penyelesaiannya.
Tulisan Puan disini bagi saya adalah yang ikhlas, dan benar. Teruskanlah puan, teruskan hidup yang penuh cabaran ini.
Ombak membadai bukan sekali,
Api menjulang bukan seinci,
Biar di diketuk seribu kali,
Teruskanlah hidupmu buat yang Abadi.
Like or Dislike:
2
0
Mr Hulk, apa yang you cakap tu semuanya betul. Di harap kekasih tak menyalahkan diri sendiri. Tabah meneruskan kelangsungan hidup dan jgn lupa menghargai diri kita sendiri. Ada ayat-ayat Quran yang boleh digunakan untuk mengikat hati suami agar sentiasa ingat kat kita. Be strong ok!
Like or Dislike:
0
0
rupanya dah macam macam cerıta dı sını. apa apa pun selamat menjalanı hıdup yg penuh pancaroba
Like or Dislike:
0
0
agak-agaknya.. apa citer kekasih skrg ni?
Ras nk bkenalan dgn tokeh, nana comei, datin z.. camne? Sy baru kt sini..
Like or Dislike:
0
0
Byk betul pengalaman hidup, nasihat, falsafah yg boleh dikongsi di sini. Hebat! Sy ketinggalan selama ini. Br skrg cuba2 bjinak2 dgn internet. Arini br blajar chat dlm meebo dgn kwn baik ms ITM 20thn lepas.
Kdg2 kite lupe kwn lama krn sibuk dgn hal sendiri. Walhal, lbh senang mcurahkan isihati dgn kwn lama. Sbb mrk kenal kita sejak dulu dan mungkin boleh nampak perubahan kita samada positif atau negatif.
Masalah ‘kekasih’ juga bkn benda baru dlm masyarakat kita.. Rupanya, byk kes yg sama, mungkin cr menyelesaikan atau mhadapinya berbeza. Mmg terpulang kpd individu itu sdri utk akhirnya memilih kaedah yg mana. Sbb, lain org, lain cara, lain akibat, lain hasilnya.. Apa2pun.. hadapilah dgn tabah. Terima apa saja keputusan akibat pilihan kita itu.
Pun begitu, kita harus sentiasa merujuk kpd Al Quran. Krn di situlah..letaknya segala jwpn.
Taat kpd Allah, taat kpd perintahnya. Taat kpd Rasullullah, ikut sunnahnya.
Taat kpd suami, itu perintah Allah dan sunnah Rasulullah..
Maka, para suami..ikutlah perintah Allah dan Rasulullah, sayangi wanita2 mu. Lindungi mrk. Berlaku adillah kpd isteri-isterimu. Nescahaya, kamu selamat di dunia dan akhirat.
Sesungguhnya, tidak semua lelaki layak beristeri lebih dari satu.
Like or Dislike:
0
0
betul tu sun flower. Bila ingat2 mmg rindu kt kwn2 masa belajar dulu. Tapi dimana ya mereka sekarang?
Like or Dislike:
0
0
Asslmlkm..azizah, seronok ada respons dr someone.
Sy dh berjaya kesan skurang2nya 5 org sahabat baik ms belajar dulu.. Hidup sy tambah ceria & bsemangat. Sbb ada kwn yg memahami kita.. Tp, ada gak yg tk boleh pakai, yg tu biarkn dia lalu je kt hidup kita..
Kalau ‘kekasih’ msh mengikuti blog ini, ini antara cara utk mengisi ms lapang. Tklah asyik murung & rasa diri tk beruntung. Sedangkn kdg2 nasib kita lebih baik dr org lain..
Like or Dislike:
0
0
kekasih ada,tapi busy sikit lately..alam ni ye
Like or Dislike:
0
0
thanx kekawan masih sudi respon pd blog kekasih.Minggu depan kekasih start pindah tempat keje.hopefully kekasih dapat mulakan hidup baru dgn lebih bersemangat.
kepada kekwn yg ada cdgn utk kekasih isi masa lapang..please tell me.Lebih baik kalau aktiviti yg bole menghasilkan duit.Maklumlah..zaman serba naik ni.
Kekasih still hadapi masalah yg sama dgn hubby.Cuma…dgn pendpt kekwn kat sini..kekasih muhasabah diri…dan kekasih dekatkan diri dgn Allah.Alhamdulillah…walau byk lg perkara menyakitkn hubby buat kat kekasih sekrg…kekasih masih tegak berdiri…
kekasih dpt byk teladan dr kwn2…teruskan membantu kekasih dan yg senasib k.
Like or Dislike:
0
0
Alhamdulillah.. kekasih masih tegak berdiri! Syabas!
Baru2 ni, sy discover 1 cr bgmana boleh dpt income instantly.
Jadi respondent utk survey group.
Ianya tntg brg2 atau perkhidmatan pengguna seharian. Biasanya kita akan dhubungi oleh Recruiter, sblm di skrin oleh agency marketing survey consultants itu sendiri samada kita sesuai atau tidak. Byk peluang. Lebih2 lg kalau kita baru. Sbb boleh pass around drp satu agensi ke agensi yg lain. Yg bestnye, tk payah byr apa2 fee, siap bg kita mkn lg kt sana. Byrnnya tk tentu. Terpulang pd client tu. Tp kita boleh pilihlah samada nk atau tidak. Average RM60-150. Sesi dlm 1-2 jam. Kdg2 group discussion. Kdg2 hse interview. So far sejak bulan lepas sy dh dpt 5x sesi total dpt hampir RM800. Seronok, sbb dpt sumbangkan idea & respond kita sblm ssuatu brg @ iklan tu keluar di pasaran.
Kalau kekasih minat nk ceburi perniagaan sambilan, kan ada byk peluang. Cuma fikirkan dulu, apa minat dan kemahiran yg kekasih ada.
Kalau ada bakat memasak atau kraftangan, kan boleh pamirkan gambar di internet sertamerta? Boleh orang contact kekasih utk buat pesanan. Cara byrn boleh bg no. akaun dan pelanggan boleh sahkan tempahan melalui slip bank tersebut. Yg penting, apa yg ditempah, kekasih kena deliver spt yg dijanjikan. Mungkin sy pun boleh mjadi pelanggan kekasih. Tanda sokongan sy supaya kekasih terus maju di bidang perniagaan. Kalau bagus, sy akan rekmen pd sedara mara & kwn2.
Ada berani??? Nk jd usahawan??
Sesungguhnya 9/10 rezeki itu dtg dr perniagaan..
Klise..? Tp hakikatnya, org Islam masih ketinggalan merebut peluang perniagaan ini.
Mungkin tk yakin, tkde modal, tk pandai, takut lingkup.. mcm2 alasan.
Hakikatnya, kalau ada 1 shj org Islam yg buka 1 jenis perniagaan bg setiap jenis perniagaan dlm satu-satu taman perumahan atau kawasan, sudah cukup bagus.
Bayangkan, 1 bakeri, 1 kedai tayar, 1 bengkel kereta, 1 kedai jahit, 1 butik pakaian siap, 1 farmasi, 1 kedai runcit, dan sebagainya dimiliki oleh org Islam bagi setiap satu2 kawasan. Alangkah makmurnya.
Alamak.. Banyak lak sy ngomel..
Like or Dislike:
0
0
betul.. tapi kita sendiri umat Islam sendiri kena tukar mindset… ini kalau mahal skit seposen dua jer kat kedai umat Islam, dahhh pergi kedai lain.. padahal mungkin kedai Islam tu kena tekan harga.. ye la, dari pengeluar sampai ke pemborong siapa kan control?
tapi betul tu, bagus kalau setiap kawasan perumahan umat islam ada kedai2 umat Islam yg ramai..
secara strategik pun penting, supaya pasaran kita tidak dimonopoli oleh mereka.. lepas dah kawal pasaran umat Islam, haaa, sesuka hati jer la diorg boleh mainkan harga…
Like or Dislike:
0
0
Kekasih,
Dalam kehidupan kita ni ..semakin jauh kita pergi semakin banyak yang kita akan rasai… sakit, suka, duka semua akan jadi asam garam kehidupan.
Yang paling penting kita lihat diri kita, siapa kita dan apa yang kita mahukan…dan yang paling penting sentiasa kita ingat dan berdoa kepada ALLAH di atas segala apa yang kita lakukan. JANGAN menghukum sesuatu yang kita rasa bukan “hak” kita unutk menghukum. segala yang ada bukanlah sesuatu yang kekal… yang terjadi biarlah terjadi..teruskan hidup dengan penuh ikhlas..jangan juga menyakiti sesiapa jika kita tidak ingin di sakiti..TUHAN sentiasa menguji. Jangan sesekali menjerat diri..SUAMI bukanlah segala galanya..ANAK adalah harta yang paling berharga..Teruskan hidup, bijaklah membuat pertimbangan..jangan menuyusahkan diri .. KELUAR dari belenggu kekusutan dengan berjuang dan BERTAWAKAL kepada ALLAH.
Like or Dislike:
0
0
Salam semua. Saya orang baru di ruangan ini.
Kepada kekasih, apa yang saya buleh katakan di sini ialah dunia ni hanya sementara. Ia adalah pentas dankita adalah pelakun2nya. Semua yang terjadi adalah kerja Dia, yang maha esa.
Jadi kita kena terima dgn redha. tapi bukanlah terima bulat2. Kita kena usaha untuk perbaiki diri kita.
Saya dapat merasai apa yg kekasih rasakan kerana saya pernah mengalaminya.
Lama jugak saya cuba untuk mengubat kepedihan hati…tapi saya cuba dan saya rasa saya jumpa ketenangan dengan mendekatkan diri dgn Allah.
Dulu ketika leka, saya terima dugaan dgn rasa yang amat pedih seolah2 dunia ni dah berakhir. Tapi semenjak saya mendekatkan diri dgn Allah, saya rasa amat tenang walau pun masalah dgn suami belum berakhir.
Saya cuba sibukkan diri dgn anak2 dan jgn terlampau pikirkan apa perkara negatif yg suami telah lakukan. Lagi kita pikir, lagi berserabut kepala kita.
Apa yg saya lakukan sekarang, saya buat sperti biasa..jalankan tanggungjawab sbg isteri dan ibu. Pada saya kebahagiaan anak2 yg paling penting. Lantaklah dgn apa yg suami nak buat. Yang penting sekarang islah hubungan kita dgn Allah Taala.
Spt kata Sunflower, ikut al Quran dan sunnah nabi.. itu yg paling baik.
As long as kita tak derhaka pada suami.
Di samping tu banyakkan berdoa sepaya Allah bukakkan pintu hati suami agar berubah dan jadi suami yg bertanggungjawab.
Ingat kekasih, be cool. Tenangkan minda.
Like or Dislike:
0
0
Saya setuju dgn manja67. Sesungguhnya kita wanita memang kena sentiasa kuat.
Jangan terlalu lemah. Kita kena kuat dan sentiasa bersabar. Jangan banyak mengeluh.
Allah dah menjanjikan kejayaan bag mereka yang bersabar. lebihkan tumpuan kepada anak2, bukan kepada suami. Cuma kita perlu taat kepada suami.
Kalau boleh jangan offer pertolongan kepada suami..bukan apa..lelaki ni silapnya pada kita jugak. Isteri yg spoilkan suami..terlampau manja… dia tau yg kalau dia susah isteri sentiasa ada untuk menolong.
Silapnya kita jugak… terlalu menatang suami..sepatutnya dia yg tatang kita…
Apa2 pun bersabar lah..dan kalau boleh usaha lah untuk ubatkan diri sendiri..pulihkan diri..
sayangi diri sendiri supaya sihat zahir dan batin
jangan biarkan nafsu atau perasaan negatif menguasai diri kita.
Wallahualam
Like or Dislike:
0
0
salam
bila baca kisah kaseh,kekasih tetiba rasa takut.kekasih rasa takut kekasih kena lalui semua kepedihan yg sama all over again.tapi..kekasih tau yg kekasih tak leh bergtg ngan suami.Hanya pada allah sahaja dan kekasih berdoa kekasih cukup tabah utk melalui semuanya dgn lebih matang.betulkata u’ll semua,sebenarnya kita yg tlalu syg suami smpi menatang dorang..tapi tlalu sedikit dihargai.Selepas mlalui semua ini,satu pengajaran yg kekasih dpt…apapun yg kita lakukan,IKHLAS kerana Allah..barulah bole tenang.klu hrp balasan dr ‘dia’…jwpnya bakal kecewa.Tapi kekasih mintak sgt kt sunflower or kekwn lain ajar kekasih cara nak buat duit.
skrg suami kekasih masih ada spare tyre..dia kata utk standby klu kekasih tak layan dia.Sebab lepas kes yg dulu tu…dia kata dia jd gitu sebab kekasih tk layan dia…ntahlah…malasnak fikir…baik fikir mana nak cari duit utk besarkan anak2 dan enjoy sekali-sekala.Skang kekasih dh vogue sikit…ari tu terbuang duit g sedut lemak…tensen punya pasal…
emel kekasih ye klu ada peluang buat duit. cinta2710@yahoo.com
Like or Dislike:
0
0
salam…sunflower
leh tolong bgtau camne nak wat part time join survey group tu…sound interesting la…tq
Like or Dislike:
0
0
boleh .. bagi no hp kekasih..
Like or Dislike:
0
0
thanx a lot. e mel cinta2710@yahoo.com
tel 019-7565630
Like or Dislike:
0
0
Assalamualaikum kekasih,
Sori tk sempat jengah. Insyaallah sy akan pas no kekasih kpd recruiter yg sy kenal. Nanti bila ada siapa2 yg contact, tanya dulu survey tntg apa. Biasanya mereka berterus terang tntg survey mereka. Mrk tidak akan berdolak-dalik. Tapi harap berwaspada juga kpd org yg mungkin ambil kesempatan. Manalah tau, kekasih dh pamir no hp kt sini.
Wassalam.
p/s:- posting harini tu sambungan cerita kekasih kan?
Like or Dislike:
0
0
ya..kekasih dh buat keputusan utk pindh ke tempat baru.Kekasih nak berhijrah…mngkn juga lari…tp bkn lari dr masalah.Cuma kekasih nak cuba suasana baru…nak org kenal kekasih as hepi go lucky.sbb yg kekasih belajar..lebih byk org tau bkn mrk akan bersimpati..malah akan dijadikan senjata jika kita tersilap tndkn.Ari pertama dan kedua kekasih nangis sendirian…tapi kemudiannya kekasih dpt sesuaikan diri…doakan kekasih ye..thanx sbb sudi bg pndgn…sahabat di alam maya lebih selsa rasanya …sebab lebih telus
Like or Dislike:
0
0
saya doakan agar kekasih bahgia dan ceria selalu…
Like or Dislike:
0
0
kekasih , saya doakan awak agar hidup rumah tangga awak tetap teguh dan saya berharap awak bahagia dan ceria.. saya faham keadaan awak , ini pernah terjadi kepada seorang ahli keluarga saya.. dan saya faham.. setiap hari hinga suami awak ceraikan dia awak akan menangis dan even after that kita xada mood nak cakap dngn diaorg sbb kita dikhianati..
Kekasih , saya berharap awak akan kuat menghadapi cubaan yang getar ini..
Like or Dislike:
0
0
Saya pun doakan agar kekasih bahagia dunia dan akhirat…
Like or Dislike:
0
0
aku punya jawapan senang jer..soal hati ni adalah hak Allah. Nak kta sayang suami, nak suami sayang kita maka kena lah banyak2 berdoa dan usaha utk pupuk kasih sayang. aku tak faham jgk bila kekasih ni suruh suami kembali ke pangkuan tapi bila suami dah kembali dia pulak tak ada mood nak layan..apa sebenarnya yg ko nak?
Like or Dislike:
0
0
Akak, saya pn rasa ape yg akak rasa. Shgga kini, saya xmampu bgi walau sekelumit pn kepercayaan pda hubby saya. Yg tggl hnyala rsa tggungjawab… cinta hnya tggal sisa…
Like or Dislike:
0
0
Ya Tuhan sejak myertai ruangan ni mcm2 masalh yg saya baca..emm..lelaki2 kenapa permpuan selalu jd mngsa,kesian istri2 pertama selalu jd mngsa..saya pun hairan kenapa prmpuan sekarg sellu melibatkn diri dgn suami org..kenapa suka cari pasal ye..kenapa suka roskkan rumhtangga org..kpada Kekasih entahlah adakah anda akan membaca tulisan sy ini..apapun tabahlah, bagi sy jika berada ditempat anda satu yg saya buat..kpd suami puan,pandai cari masalh sndiri tngung la..tp itulah kita ni lemah tak sampai hati tgk suami nak tngng sorng2..tp fikir balik andai anda ditempat dia,anda lakukan perkara yg sama..apa agknya tindakkan suami anda..think about this..apa ye tindkanya agk2 nya..kpda pembaca2 sekalian bagi lah pendapat anda kiranya keksh ditempat suami dia.apa tindakkn suami dia
Like or Dislike:
0
0
Oppss..tak abis lagi..tp dari smua yang saya baca awak beruntung..awk ada kewngan yg kukuh..nak shpping.nk gi jln2..always boleh,mcm saya tak keja..dah kawin 4 tahun ,mash tgl ngan mentua,mkn ati ngan perngai adk2 ipar.4 thun kawin makan minum pak mentua yg tanggng..nak menyalin baju..emm duit kena cari sndiri.buat mcm2 keja,asalkn masuk duit..suami baru nk berubah..dulu kuar masuk pusat pemlihan,,utk pengtahuan smua sya baru 25 tp dugaan sy tempuh Allah saja yg tahu..perit..pedih..tp dr apa yg saya baca pembaca2 sekalian mungkn semua yg berkerjaya kan..punya savng sndiri..wah mesti best kan..anda ada keja tetap.ada income bulan2nan.arrr sedihnya nasibku..bantulh aku bagaimana nak ada account sndiri.trngin gak nak shoppng2..nak g jalan.nak salin pakai baju cantik2..
Like or Dislike:
0
0