Kenapa kita sering melihat membaca keluhan disana sini pada rintihan hati yang tak berkesudahan? Kenapa hati ini tak mau berhenti dari merintih? Aduuuhh!!! payahnya melawan hati ini supaya hentikan rintihan itu??
Adakalanya hati seperti berdamai. Adakalanya merintih lagi! Bila lah dapat hati ini reda dari rintihan???? Puas sudah dipujuk..
Popularity: 6% [?]

Processing your request, Please wait....

semua orang memang mcmtu, itulah namanya manusia..kalau boleh kawal kita kawal..tak boleh nak buat mcmmana? tgok dulu org lain mcmmana kut boleh pakai teori mereka..
kadang2 kita perlu juga merintih untuk lepaskan stress dll..
SETUJU……
SOKONG!!!!!!!
klu idup semua org sama tentu kita mahu yg indah2 je, sape suka gaduh, buat hal, dengki, kianat, semua org nak aman, semua org nak yg terbaik utk diri mrk, xde org nak g neraka, semua nak g syurga…
yup.
semua org da masala sendri…merintiih.ati..selgi idup akn merasa
pakar motivasi/penceramah takkan takde masalah, stress, merintih mengeluh kut?
mesti ada kan, cuma kita jek yg tatau camne situasi derang tu..
mestilah ada. tapi mungkin derang tahu camna nak mengatasinya kan? And beri ceramah melalui pengalaman mereka sekali.
Hmm.. camtu baru lah betul2 pakar kan?
So aku pun leh jadi penceramah ke? Aku pun ada pengalamaaaann……
Hidup ini berpasang pasang.
Ada duka, ada suka
ada derita, ada bahagia,
Ada miskin, ada kaya
begitu juga hati kita
ada merintih , ada gembira
semua itu ujian belaka
menguji jiwa, iman dan taqwa
hanya yang kuat akan berjaya
jadikan dunia jambatan ke syurga….
Yang penting kita tahu membeda
Dimana daki dunia
dimana pula peluang kesyurga….
Bila kita dapat mencapai
dan mencintai Pecipta
tiada lagi lara duka…..
Hai Ibu Maya….
rindu lah kat mamamaya….
Hai Q, hai mama D!
hi jugag haniz…
Assalamualaikum Q…Haniz….
Dunia sepi bila dikau tiada
berseri kembali bila dikau menjelma….
Kemana hilang begitu lama
sungguh indah bagai dikata
Terasa pula bagai disyurga..
ko biar betul kalau rasa mcm d syurga?
syurga dunia….
apalah indahnya syurga dunia
kesedapannya hanya dirasa sementara
lebih baik tumpukan yang disana
jangan kita terlalai ataupun terlupa
sila beli pantun ini ya.
anak itik jalan berdua
ok.. aku terima!
indah memang syurga diberi
tak kira sana maupun disini
dah tuhan jugak yang kasi
jika menolak kufur nikmat jadinya nanti!
anak itik jalan terkedek
aku dah jawab.. hah balas lah balik!
aiseyman……
That’s life
setiap musibah yg dtg tma lh dgn hati yg tenang,redha dan atasi sebaiknye..bykkn istifar,mussabah diri d kuatkn smgat.ada sbb mgp Tuhan berikan ujian pd kita.jgn merintih atau mgeluh..itu tndnye kita lemah d berputus asa.Tuhan sygkan kita dberikan kita bermcm2 ujian,cuma ngan cara yg berbeza2.x smua manusia yg terpilih..insyallah hasilnye amat menyengkan..ni pengalamn sndiri……
cik bidasari, ceritalah sikit pengalaman bidasari, kak dewi nak dengar.
Semuga kuat semangat
hidup ini mudah di hadapi
tidak lagi nasib diratapi
betul tulisan bidasari….kita tak nak semua ni tapi Allah yang beri nak menguji kita….sabar banyak2…kadang2 ujian datang bertimpa2.orang lain senang je… kita nampak tapi sebenarnya semua diuji…
hmm…
rintihan adalah sebahagian dari proses mencari pengajaran…
pengajaran?
pengajaran jarang dicari, ia datang selepas peristiwa
Hmmmm..aku nie merintih hari2 sebab dimadukan oleh laki aku…..abih tu nak buat macam mana…dah nasib badan….
Eh, mana pergi sitiaishahyadzid, yang pandai tilik nasib tu…? macam senyap ajer dia sekarang nie?
kasturi,
bagaimana rasa bila di madu…
sekarang hby kak dewi sedang bercinta dan mungkin merancang akan kawin,
kak dewi dah rasa macam separuh mati…
kalau sitiaishah ada dia akan jawap. Tak ape…jgn di cari yang tak ada, kami ada terimalah kami seadanya.
Hidup berdua penuh derita
ada suami dah membagi cinta dan masa
Hidup seorang jiwa tenang
cuma kesunyian kadang2 melanda
sebab dah terbiasa hidup bersuami
mana satu yang lebih baik
untuk kak dewi pilih
bakal mengharungi hidup di hari tua
Kerana rindu pada mu, hati ku masih tetap merintih…tak tahu sampai bila akan berakhirnya rintihan ini…
Anon,
carilah jalan untuk bersua
lepaskan rindu mu
pasti terubat jiwa yang merintih
tidak dapat lari dari jiwa merintih
hadapi saja tanpa mengenal letih
aku sebelum kahwin sikit merintih
aku dah kahwin lagi merintih
makcikku janda kerap merintih
makcikku isteri ke4 suka merintih
ibuku bercucu 5 banyak merintih
ibu mertuaku macam bertih
adakah perlu tumpuan dialih
terpulang kita untuk berdalih
asalkan boleh pulih
sabarla….byk dugaan dalam hidup ni…
bunga purple.. lama tak nampak.. tenggelam2 timbul!
hahha..bz ngn studies la Q….tak smpat nk toleh kiri kanan…heheh..
dewimaya,nt ler bdasari citer..tgh sibok uruskn masalah ank.ni tgungjwb seorang ibu.berat sukar tapi merintih xsame sekli..kdg2 menitis gak air mata,tapi sy berusha takat daya selebihnye serah pd ALLAH
Sabarlah bidasari. Dah tengoh cermin ajaib pagi ni dan tanya cermin siapa yang jelitaaAgakagaknya kita yang paling jelita kerana sirna kecantikan yang lahir dari hati dan jiwa kita….
Org yang jelita mereka yang berhati bersih. Lihat saja org yg tak boleh tgk org senang, mukanya tak sedap dipandang.
Setiap dugaan menguji kesabaran dan keimanan. Indahnya rasa bila berjaya menghadapi dugaan yg tak dirasai org lain.
Ko biar betui haniz..Ado eden tengok orang elok roman muko, tapi x elok perangai dio. Haa.. kalau camtu, x dapet eden nak tolong dah
errr kak dewi…, tak sume mcm tu. sy maksudkan ada sorang tu (lebih kot!!) sampai tak sng sy dibuatnya.
terimalah apa yg kita ada seadanya, tak yahlah nak dengki2 kt org lain yg kita tak tau susah senang idup mereka. macam kita ni nampak senang, tapi sapa tau disanubari kita yek!!
Q.. qless lah…
apa yang sedang dibicarakan tu?
mama D apa citer? manyak hepi ka sikalang?
mana Electra Glide n Bestwife ni? lama tak ngol?
setuju ngan hanis,kejelitaan wajah lahir dari hati yg bersih d penuh keimanan..jiwa luhur d ikhlas,jgn hipokrit pada diri sndiri..insyallah akan rasa teramat bahagia.
Klu yg mcm halimah jongang tu camne plk haniz?
Sapa halimah jongang? Klu Mr Os aku hepi tgk dia
alam cyber ni penuh ngan kepura2an. Sebenarnya kita tertipu oleh dek nafsu sendiri. Tak diikutkan merintih.. Diikutkan lagi sedih. Bukan tak nak bersua, ingin sekali melepaskan rindu dendam yang membara. Tapi untuk apa? Menambahkan sakit dijiwa lagi ada. Kerana masih dalam kesamaran apakah cinta dan sayang nye hanya palsu belaka.
Jangan ttipu ngan kata2 permainan cyber. Itu…. cuma mainan kata2 sjea.
boleh direka, boleh dicipta. Sehingga kita leh jatuh cinta.
Mka itu… jangan dilayan, jangan dicipta cinta yang pasti akan membuat kamu
menderita….
berhati-hatilah mencari cinta….