09 FebMENGAPA HARUS DIBIARKAN HIDUP TERUS DERITA


Assalamualaikum semua sahabat yang sudi menatap coretan Kak D ini. Rasanya sudah tidak terbeban lagi untuk menanggung sengsara dan tolonglah sahabat2 memberi kak D sedikit nasihat dan pandangan yang perlu di lakukan.

Kak D sudah 30 tahun menjadi isteri kepada seorang suami yang dahulunya amat penyayang. Dulu, Dia seorang lelaki yang jarang keluar rumah selepas waktu bekerja dan kalau kemana mana dia ingin bersama Kak D serta anak2. Kami adalah pasangan yang amat bahagia pada masa itu walaupun kedudukan kewangan kami amat sederhana.

Oleh kerana sayangkan suami, Kak D sanggup membayar segala perbelanjaan keluarga sejak bertahun tahun seperti bayaran untuk orang gaji, perbelanjaan beli susu anak, beli pakaian,bayar kereta dan banyak lagi. Hby hanya bayar untuk belanja pasar dan makan sekeluarga. Selebih gajinya sering digunakan untuk membantu keluarga dan membiayai dia menyambung pelajaran sehingga ke peringkat Masters.

Peredaran masa, pangkat serta gaji yg meningkat membuatkan dia mula lupa. Pada tahun 2003 dia telah bercinta dgn seorang wanita berusia 30 tahun  dan kak D sgt kecewa dgn perbuatanya kerana untuk sering bersama dgn kekasehnya dia banyak meninggalkan Kak D keseorangan. Dia juga sanggup membayar segala galanya untuk gf dia. Akhirnya mereka berkahwin pada tahun 2005 tetapi perkahwinan itu hanya bertahan sebulan. Perempuan itu minta cerai tetapi dia telah dihukum nusyuz dan diperintahkan bayar tebus talak pd hby sebanyak RM20,000. Bila mereka bercerai hby seperti orang gila talak. Setiap malam dia akan keluar rumah dan kak D sendiri tidak tau di mana dia berada.

Walaubagaimanapun Kak D sentiasa berdoa dia kembali kepangkal jalan.  Tetapi dlm diam, dia bercinta lagi dgn seorang janda. Janda itu pada asalnya berniga tetapi sekarang tidak lagi dan hby  yang tanggung segala perbelanjaannya termasuk kereta, rumah dan makan.

Masa untuk Kak D hanya waktu tidur, selebihnya sedikit  dan banyak masa dgn perempuan itu. Kak D sentiasa bersedih dan merasa sgt kecewa dgn perbuatanya.

Usia kami  sama2 54 tahun. Wanita itu 45 tahun.  Kak D amat syang pada hby, tetapi….Maseh berbaloi kah Kak D menyelamatkan perkahwinan ini sedangkan suami sudah lupa pada semua pengurbanan Kak D dgn mengatakan dia ada hak untuk kawin 4……..

Popularity: 9% [?]

Post to Twitter

Processing your request, Please wait....

85 Responses to “MENGAPA HARUS DIBIARKAN HIDUP TERUS DERITA”

  1. mamad94 says:

    suami orang isteri orang..
    saya nak masukkan cerita saya dalam utusan.saya nak menceritakan suami saya dengan isteri orang.supaya suami saya dapat baca halnya melalui utusan kerana sia lari dari rumah meninggalkan masalah yang amat rumit.saya tidak sangka bahawa suami saya sudah berubah.13belas tahun dia telah meninggalkan saya dan anak-anak tanpa nafkah zahir batin selama 1 tahun dan nafkah anak-anak.semenjak 25 tahun perkhawinan kami, sia tidak pernah memberi nafkah yang cukup dan tidak bertanggungjawap pada rumah tangga dan keluarga dan sikapnya yang suka berhutang,berjudi dan kaki perumpuan.membuat rumah tangga kami tidak pernah aman.apabila masalah yang dihadapi tidak dapat diselesaikan dia lari meninggalkan kami anak- beranak tanpa sebarang nafkah.ketika itu anak kami sebanyak 3 orang termasuk yang dalam perut anak yang ke-4.kemudian dia menghilangkan diri selama 1 tahun tanpa sebarang nafkah dan berita.setelah 1 tahun dia(suami) datang kembali kepada ku.atas mahkamah syariah, kami kenbali bersama.dia berjanji tidak akan buat lagi segala kesalahan yang telah lalu.tetapi hanya janji tinggal janji.dia mengulangi semula selepas 6 bulan bersama saya.mula-mula sekali dia mula menipu tentang sembahyang.ketika itu anak saya yang sulong berumur 6 tahun.apabila saya suruh sembahyang ke masjid,dia pergi ke masjid tetapi dia tidak sembahyang malah dia menyuruh anak saya menipu dengan memberitahu saya bahawa dia telah sembahyang apabila saya bertanya kepada anak saya.begitu lah seterusnya perbuatan yang dilakukan oleh dia sehingga sekarang.perkara yang sama berulang lagi sekarang iaitu dia bermain judi bermain,perempuan,berhutang,menipu orang dan berlagak seperi romeo.saya juga seorang suri rumah sepenuh masa.sisamping itu, saya belajar berkaitan perubatan alternatif.dia pula bekerja sebagai pengawal keselamatan.apabila dia mula bekerja disitulah dia mula kenal dengan seorang perempuan janda yang diberi kenalan zoyah.zoyah merupakan seorang janda.dia juga bekerja dari pukul 7 malam hingga 7pagi.dia juga mula balik lambat dari hari ke hari dengan per gi melepak dengan zoyah tersebut. Dia ingat saya tidak tahu apa yang dia lakukan.saya pon menasihatinya agar dia insaf tetapi sia buat x kidah je denga ape yang saya nasihat kan tu.ape yang saya boleh buat lagi selain berdoa kepada allah supaya sia mendapat hidayah dan keampunan.saya berdoa kepanya pada setiap hari selapas setiap solat yang saya lakukan tidak kira solat sunat ataupun solat wajib.saya juga turut mengaji dihadapan dia tetapi dia buat tidak kisah sahaja.saya juga turut buat tahlil dan doa selamat untuk dia malah dia juga buat tidak kisah sahaja. .dia suka berkawan dengan isteri orang dan isteri orang tu pon tidak sedar diri yang tidak tahu membezakan haram dan halal.setiap hari dia(suami) menghabiskan duit dengan membelanjakan duit tersebut pergi keluar dengan isteri orang tersebut dengan membonceng motor. dia juga turut membawa perempuan tersebut ketem kerja dan ke perjabatnya.isteri orang itu mengaku pernah menyatakan kepada kawan-kawan suami bahawa dia adalah isteri suami saya.pergaulan mereka bergitu intim selama 3 tahun berlarutan seperti suami isteri yang baru kahwin lagi.pernah pada 1 malam pada pukul 4 pagi,saya menalifon dia(suami),dia mengangkat telifon dan saya ter dengar suara perumpuan seperti baru sahaja bangun daripada tidur. sya tidak tahu apa yang mereka lakukan. saya sungguh sedih apabila saya tanya kepada dia tetapi dia tidak mengaku. sejak dari pada itu dia mula ber hutang denga ramai orang untuk membelan perempuan.nafkah yang diberikan tidah pernah cukup.kalu dia beri pon dia akan menuntut duit itu balik.bayangkan dia memberikan RM200.00 selama 2 minggu.itulah duit yang digunakan umtuk menanggung keperluan harian.2 hari sekali dia meminta duit.bayangkan bagaimana nak berlanja.sekarang ni anak sudah 6 orang.yang sulong umur 20 tahun(universiti),yang ke2 18 tahun.yang ketiga 16 tahun,yang ke4 14 tahun yang ke5 12 tahun dan yang ke6 10 tahun.kadang dia memberikan 4 ratus untuk perbalanjaan sebulan.kadang juga dia menyatakan bahawa syarikat kerja tidak memberikan gaji kepadanya.apabila saya tanya kepada bosnya, bosnya memberikan gaji sebanyak RM1000.00 pada tepat waktunya.tetapi dia tipu dengan menyatakan majikan lambat membayar gaji dan gaji yang diberi sebanyak RM600.00 sahaja.pada hari keluar nya keputusan PMR anak ketiga saya bersama dia pergi mengambil keputusan dan anak saya berjaya mendapat 7A.dia hanya mengujapkan tahniah.dia tidak lansung meraikan kejayaan anak saya tersebut.beliau bekerja pada malam dan pulang hanya untuk hantar anak- anak ke sekolah.dia hanya ada dirumah sebentar untuk ambil dan hantar anak-anak jika perlu.alasan nya hendak kekebun.kemudian saya sudah tidak tahan dengan perangai dia. Saya mengambil keputusan untuk menukar kunci motor.sepas itu pada4 januari 2010 dia telah meninggalkan saya dan anak-anak tanpa meninggalkan sebarabg berita dan nafkah samada zahir mahupin batin.ini merupakan kali kedua melakukan selepas 13 tahun dahulu.dia juga menyusah kan ku dengan meninggal kan ku termasuk hutang- hutangnya.selain itu dia turut men cagar 2 geran motor kepunyaan arwah abang sulong saya kepada ceti.dia juga turut berlagak seperti orang kaya.dia juga turut dibuang kerja atas kesalahan membawa pwrempuan ketempat kerja.dia setelah semua rahsianya terbongkar.saya juga mendapat satu sampul surat atas nama dia mohd razib bin mat daud yang berisi gambar sami buddha.sia juga turut menuntut ilmu penunduk isteri daripada orang asli.pada satu malam saya tidur bersama dia tiba-tiba menjelma 1 makhluk duduk ditengah kami.saya diganggu oleh makhluk itu.apabila anak saya ingin menngejut saya daripada mengigau dia menghalang anak saya malah dia ketawa lagi.selepas dia melarikan diri daripada rumah saya telah sembahyang hajat sebanyak 40 rakaat dan yaasiin 40 kali semua sekesai.saya tidur pun tidak mengigau lagi.selain itu dia juga turut mengikis duit zoyah sehingga habis.dia keluar dia bawa surat nikah saya bersama dia.harap jabatan agama ambil perhatian. Sesiapa yang menjumpai deliau sila hubungi 0165115832 supaya dapat balik menyelesaikan masalah dan hutang – hutang dia dia dan keluarga dia.wang yang digunakan haram dan tidak berfaedah. saya juga ingin mendapat pandangan daripada orang alim. Saya harap mereka dapat mengundafkan dia sebab dia dah sesat jauh daripada agama islam. Saya harap permohonan saya masuk dalam utusan. Saya merayu sangat Saya merayu sangat agar cerita saya masuk dalam utusan di bahagian di celah – celah kehidupan

  2. mamad94 says:

    yang atas ni tak jadi silap bayak kesalahan

  3. Kak D says:

    Assalamualaikum semua,

    Salam rindu dari kak D dan minta maaf kerana lama tidak melayari blog sendiri kerana Kak D buat bebrapa hari Kak D agak sibuk, dan ada masa kak D terpaksa menyendiri untuk mencari ketenangan dan keredhaan Ilahi.

    Nasihat rakan rakan amat berguna buat kak D dan amat akak hargai. Ia banyak membuka mata hati kak D. Kak sentiasa berdoa agar hby kembali ke pangkal jln. Kebaikannya adalah buat dirinya sendiri dan juga buat kak D. Semuga kami berdua tidak akan terus di kancah dosa. Hby yang tentu telah terleka. Kak D juga turut berdosa dgn dendam di hati pada hby dan terkadang tentu terungkap melalui kata kata yg kasar, tidak seharusnya terucap oleh seorang isteri.

    Malahan kadang terfikir untuk membalas dendam dgn perbuatan yang sama kerana Allah juga pernah menguji Kak D dgn ujian dari lelaki. Doa kak d…selamatkan kak D dari ujian dan noda itu

  4. Kak D says:

    Setelah berada di blog ini dan atas nasihat rakan , keluarga dan yg berkaitan, semuanya menyedarkan supaya kak D harus lebih berani menerima hakikat dan perbuatan hby. Bererti kita redha dan sabar dgn hby, tetapi kak d harus berani dan tidak hanya menerimanya dgn air mata.

RSS feed for comments on this post.