09 FebMENGAPA HARUS DIBIARKAN HIDUP TERUS DERITA


Assalamualaikum semua sahabat yang sudi menatap coretan Kak D ini. Rasanya sudah tidak terbeban lagi untuk menanggung sengsara dan tolonglah sahabat2 memberi kak D sedikit nasihat dan pandangan yang perlu di lakukan.

Kak D sudah 30 tahun menjadi isteri kepada seorang suami yang dahulunya amat penyayang. Dulu, Dia seorang lelaki yang jarang keluar rumah selepas waktu bekerja dan kalau kemana mana dia ingin bersama Kak D serta anak2. Kami adalah pasangan yang amat bahagia pada masa itu walaupun kedudukan kewangan kami amat sederhana.

Oleh kerana sayangkan suami, Kak D sanggup membayar segala perbelanjaan keluarga sejak bertahun tahun seperti bayaran untuk orang gaji, perbelanjaan beli susu anak, beli pakaian,bayar kereta dan banyak lagi. Hby hanya bayar untuk belanja pasar dan makan sekeluarga. Selebih gajinya sering digunakan untuk membantu keluarga dan membiayai dia menyambung pelajaran sehingga ke peringkat Masters.

Peredaran masa, pangkat serta gaji yg meningkat membuatkan dia mula lupa. Pada tahun 2003 dia telah bercinta dgn seorang wanita berusia 30 tahun  dan kak D sgt kecewa dgn perbuatanya kerana untuk sering bersama dgn kekasehnya dia banyak meninggalkan Kak D keseorangan. Dia juga sanggup membayar segala galanya untuk gf dia. Akhirnya mereka berkahwin pada tahun 2005 tetapi perkahwinan itu hanya bertahan sebulan. Perempuan itu minta cerai tetapi dia telah dihukum nusyuz dan diperintahkan bayar tebus talak pd hby sebanyak RM20,000. Bila mereka bercerai hby seperti orang gila talak. Setiap malam dia akan keluar rumah dan kak D sendiri tidak tau di mana dia berada.

Walaubagaimanapun Kak D sentiasa berdoa dia kembali kepangkal jalan.  Tetapi dlm diam, dia bercinta lagi dgn seorang janda. Janda itu pada asalnya berniga tetapi sekarang tidak lagi dan hby  yang tanggung segala perbelanjaannya termasuk kereta, rumah dan makan.

Masa untuk Kak D hanya waktu tidur, selebihnya sedikit  dan banyak masa dgn perempuan itu. Kak D sentiasa bersedih dan merasa sgt kecewa dgn perbuatanya.

Usia kami  sama2 54 tahun. Wanita itu 45 tahun.  Kak D amat syang pada hby, tetapi….Maseh berbaloi kah Kak D menyelamatkan perkahwinan ini sedangkan suami sudah lupa pada semua pengurbanan Kak D dgn mengatakan dia ada hak untuk kawin 4……..

Popularity: 8% [?]

Processing your request, Please wait....

85 Responses to “MENGAPA HARUS DIBIARKAN HIDUP TERUS DERITA”

  1. bunga purple says:

    secara terus terang, sy tak tau nak ckp ape..ksian kat akak..kalau nk bsabar pon janganlah sampai diri merana…..
    mintalah petunjukdr Allah.sy slalu rasekan yang pkahwinan adalah pkongsian dua jiwa, sb tu dua2 yang kene cuba slamatkan..kalau sorang je yang slalu mngalah n hanya sorang yang slalu mcuba slamatkan pkahwinan, n sorang lg tak penah pon berusaha ke arah tu, sampai satu masa sy pcaya yang akak akan penat jg ptahankan rumah tangga akak sorang2….
    papepon doa mintak ptunjuk dr Allah…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    • Kak D says:

      T kaseh bunga,
      Allah memang nak menguji Kak D. Nasib baik I’m still at high spirit dan maseh berupaya menerima ujian ini

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  2. kakak cun says:

    alaaa kak D.
    Jangan difikir2kan hby upa itu… pekakkan tenge, kosongkan fikiran luaskan pandangan, amek angin ke makan angin ke….
    LANTAKkan dia.
    Lau dia rasa nak tinggalkan akak…. akak teme ajea. Lagi bagus. Wat pe nk penin2kan pale fikir. Elok jadi janda pada jadi isteri upe macam xde laki….
    dah….. lupakan jea. Jangan menung2 lagi…
    idup mesti ceria. idak nanti sakit….
    Biorkan dia cari penyakit. Jangan lak kite jadi sakit pasal dia.. jantan hampeh……

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    • Kak D says:

      Kak D tak nak fikir pasal dia kak cun.

      gf dia pun pernah sms Kak d …kesia u, mana2 pegi sorang, ada laki tapi macam orang takde laki

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

      • kakak cun says:

        Best nie…
        Kak D balas idak “sms” dia….
        Saya penah gak…..
        Panaz……
        Perang u………

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

        • Kak D says:

          Balas mesti balas
          perang mesti perang
          Dari sms Kak D dapat tau banyak perkara.
          Perempuan itu rasa dia hebat sangat
          dia rasa hby aka sayang sgt kat dia
          dia kata kak D terpaksa kerja macam nak mampus
          tapi dia seronok goyang kaki sebab hby tanggung semua.
          tapi sebenarnya dia tak sedar
          dia dah hilang jati diri dan jadi beban
          dan biawak hidup

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

          • Kak D says:

            Dan dia perempuan kuat mencarut.
            dan memaki.
            Kalau marahkan hby pun dia suka maki.
            tak tau macammana hby boleh tahan dgn ppuan macam itu.
            kawin dgn kak D 30 tahun tak pernah maki hby
            dan Kak D tak pernah bahasakan diri aku dan kau spt perempuan itu

            Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

          • kakak cun says:

            alaaa Kak D…
            Pompuan tngah gersang….(kasar ckit bahasanye… sori…)
            upe itu le…..
            bior p lantokkan deme….

            Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  3. maisara says:

    Hello Kak D, I feel so sorry for you, but I don’t know what could say; if I could I want to give you a hug and wish you all the very best, people said bersabar is separuh dari keimanan, GOD bless you always, GOD can see your good heart.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    • Kak D says:

      Tq maisara. I wish i can hug u too….

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

      • maisara says:

        >☺<

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

        • Kak D says:

          Maybe for me, the darkest era was just gone, kerana itu Kak d tidak menangis lagi. Cuma kekadang untuk melayan hati yg terluka, sebak dan sendu didada amat terasa.

          Yang peliknya hby tidak pernah mengaku dia telah bersalah, minta maaf jauh sekali. Kak D sentiasa pujuk diri sendiri…

          DENGAN TUHAN PUN HBY TIDAK TAKUT, SIAPALAH KAK D INI UNTUK DIA RASA SEDIKIT TAKUT
          PERINTAH ALLAH HBY JARANG TURUTKAN, MASAKAN DIA AKAN DENGAR PERMINTAAN IS3 YG TUA INI

          Walaubagaimanpun sebagai isteri akak sentiasa doa, suatu hari dia tidak akan biarkan dirinya ditunggangi syaitan lagi…

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

          • maisara says:

            Hello Kak D Sorry I am quite busy at the moment (working), but i am not forgetting you, I will write to you soon as i could. Thinking of you on Valentines day, Happy Valentine Day; wish you have a good one xoxo

            Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  4. batik says:

    kak D, somi kak dah tak nampak kak …

    itu saja komen saya… tatau nak kata apa dah.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    • Kak D says:

      Betul la batik. kalau dgn kak d, dia tak berani tenong atau pandang wajah kak D lagi. kalau dia keluar, satu hari dia tak call. x spt dulu kejap2 nak call.
      kak D pun sekarang x suka kalau dia call. Rasa macam mengganggu je

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  5. Haniz says:

    saya faham apa perasaan kak D. tak boleh terus dibiarkn jiwa yg merana.
    sy bygkn jika keadaan itu pun berlaku pd sy. jika kesunyian mungkin sy cari seseorg untuk stay bersama sy. Akak xnak ambik anak angkat?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    • Kak D says:

      Emm… memang anak kecil akan bawa skinah dalam rumah tapi Kak D sebenarnya dah tak larat nak jaga sikecil dalam usia begini. Lagipun tak lama lagi Kak d akan dapat menantu dan berdoa mungkin Allah akan anugerahkan cucu dgn cepat. Sekaligus mencelikkan mata hati datuknya yang hampir tertup itu

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  6. Kak D says:

    Rasa amat terharu dan terima kaseh di atas segala nasihat dear cyber friend semua. Feel like hugging u all and cry on your shoulders. Apa yang kak D mampu buat adalah membina semula sisa kekuatan dan ketabahan dan minta petunjuk Allah.

    Kak D memang tak fikir sgt pasl hby dan apa apa pun dia buat kerana sudah terbiasa dgn penganiayaan itu, bagaimanapun Kak D maseh buat baik pd dia kerana dia maseh hby kita.

    Maseh adakah peluang Kak D utk merasa bahgia…dan bagaimana…..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  7. sue says:

    pada pendapat saya yang kurang pengalaman ni K D tenangkan la fikiran, jangan fikirkan sgt hal hby yang byk kerenah tu. Fikirkan yg baik-baik jer, jgn serabutkan fikiran. Nt lagi kita fikir makin sakit hati. Buat macam biasa jer. Kadang-kadang kita yang tensen dok fikir pasal die, ade die kisah. Pada saya kalu umur dah 50an, tak perlu fikir pasal nak berpisah dengan suami. Masih ade suami dah cukup bagus berbanding memegang title janda. Asalkan hby kita balik rumah, masih ingat pada kita, dan tak de penderaan fizikal, saya harap K D teruskan hubungan ini. Tak pelah kalau die ade hubungan lain pun, insya Allah dengan berkat doa isteri yang teraniaya dan ikhlas mungkin hby akan berubah. yang paling penting kalu kita dekat dengan tuhan kita pasti akan rasa tenang dan bahagia, insya Allah.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    • Kak D says:

      TQ sue. Sebenarnya hby maseh baik pada kak D dan x pernah kasar pada akak. Betul kata sue, Umur macam ni patutnya kearah memantapkan diri…

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  8. bidasari says:

    kak D bykkan brsabar,kuatkan smangat.anggap le pe yg tjadi ujian dari ALLAH.teruskan hidup mcm biasa,biarkn hb,betul mcm kata sue,xyah le dok peningkan kpl fikirkan dia.syangi diri sndiri,wt sesuatu yg berfaedah.tingkatkan amalan,rebut pahala sebagai isteri.jlnkan tgjwb mcm biasa..ni bahagian kita atas dunia..TUHAN berikan ujian pd kita bersbsb..pasal hb tu,dia akan dpertggjwb kan nt..ALLAH maha mngethui..Bdasari dah lalui pngalamn cm kak D satu mase dulu,skrg hb dh xde..moga ALLAH ampunkn dosa2 kami

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  9. bunga purple says:

    akak cuba pk kan kptsn amne yang akak rase mdorong akak dekat pd Allah….
    kalu dgn lpskan hubby tu akak jd tenang utk beribadat n kalu jd laki bini pon tak de nak bbaik n asyk gaduh hingga boleh mdorong akak dpt dosa tinggikan suara kat laki n sbgnya, sy rase tak salah kalu nk bpisah..

    tp kalau akak rase akak mampu bsabar n jd isteri yangmasih taat pd suami n hubungan itu mdorong akak utk beribadat n sbgnya, ada baiknya kekal dlm hubungan itu…..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    • Kak D says:

      TQ…Kak D akan abar dan sentiasa bersabar dan cari redha Allah.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    • ZilaManja says:

      Saya sgt setuju dengan pandangan bunga purple ni..

      Hidup hanya sementara. Akhirat jua kekal abadi.

      Semoga kak D bersabar dan dapat menempuh ujian ini dengan tenang..

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  10. che-munah says:

    Maseh adakah peluang Kak D utk merasa bahgia…dan bagaimana…. – kakD

    jangan letakkan kebahagiaan pada orang lain…. tidak perlu bergantung pada orang lain untuk bahagia…
    carilah bahagia sendiri… ada banyak cara… look into yourself and you’ll find it insyaAllah.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  11. kakak cun says:

    Kak D…. sayang…..
    Oang tua lau tngah angau… dia x hiiiingat dah syurga akhirat. Lah nie dia dok laaaaayan jea syurga dunia yang penuh nikmat.
    Dahlah kak D.
    Sementara ade umuq nie…. eloklah kak D cari jea kebahagian untuk bekalan diakhirat sana.
    Jangan ditunggu lagi pada oang yang dah x sudi. Buang karen jea….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  12. Kak D says:

    Terima kaseh pd kawan kawan semua beri semangat dan buat kak d fikir apa keputusan yang perlu di ambil. Kak D akan terus sabar dan usdaha untuk selamatkan p’kahwinan akak.

    Semalam kak d demam dan hubby balik cepat untuk bawa akak ke klinik. Masa kt klinik tu dia sempat juga lukakan hati is3 tua ini. Dia biarkan Kak d sorang2 tunggu doktor dan dia b oleh melayan nurse nurse yang muda tu dekat kaunter.

    Tak sesuai lansung dengan usianya yang dah bangka tu. Lepas keluar dari bilik doktor baru dia datang dan tanya..’Sayang okay?.. Sakit jiwa juga tapi Kak D banyak beristighfar untuk tidak meninggi suara

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  13. Kak D says:

    Tapi pagi tadi kak D dapat curi 2 tengok handphone hby. Ada sms janda tu pada hby malam tadi, katanya pada hby..’Esok aku nak kau lepaskan aku. Kau dudoklah dengan bini kau tu’. Kak D rasa kalau hby guna otak tentu dia boleh fikir jenis apa perempuan itu. Kadang2 kak D rasa sgt terhina kerana hby sanggup lukakan hati kak D dengan perempuan begitu. Harapkan rupanya sahaja yang memang cantik

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  14. Kak D says:

    Kak D memang akan bersabar dan terus bersabar kerana kak D percaya pada keagungan Allah. Tapi kadang kadang rasa perlu di ajar juga lelaki begitu. Bukan kerana nak membalas dendam tapi untuk menjaga hak serta maruah kita sebagai perempuan yang bergelar is3

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    • kakak cun says:

      kak D dah cerdek sekarangkan.
      Luangkan banyak masa Kak D melayari blog nie.
      Dengan malayari blog ini, kite rsa lebih tenang dan ceria.
      Idop Kak D…!
      Idopkan semangat isteri2 yg teraniya dek pbuatan somi sendiri.
      tunjukan bahawa kite boleh terus idop tanpa mereka menemani..
      Jangan rasa sunyi DEK kerana tanpa somi disisi.
      biasa2kan idop sendiri tanpa ditemani somi sendiri.
      wassalam.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

      • Kak D says:

        Ya kak Cun, blog ini banyak memberi semangat serta
        menyedarkan kak D. Tq pada semua

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  15. silk says:

    sedih baca kisah kak D…..
    semuga kak D tabah dan kuat menerima dugaan ini.
    semuga kak D bahagia, jgn fikirkan pasal suami tu, biarkan dia dgn dunia dia. lambat laun dia akan kembali kepada kak D, InsyaAllah.
    bersabar je lah.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    • Kak D says:

      Sedih memang sedih. Bohong kalau seorang wife kata suka hati apa hby nak buat. Sebenarnya kita kata begitu kerana kita marah dan memujuk hati kita. Jauh disudut hati kita berdoa hby akan kembali kepangkuan kita.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  16. Izan says:

    Salam K D, Saya simpati dengan Kak D. Pada usia begini saya rasa lebih baik kita fikirkan untuk mencari keredaan Allah daripada memikirkan kekecewaan diri kita. Kebahagian adalah kurniaan Allah. Banyakkan berdoa. Allah saja yang akan mengubah hati suami Kak D.
    Saya mengalami nasib serupa. Walaupun suami menyesal tapi sudah terlambat.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    • Kak D says:

      Kak D kagum dengan izan dapat tempuhi ini semua dgn tabah. Apa kesudahan cerita izan dan kenapa pula penyesalan hby dah terlambat?

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  17. yusry68 says:

    Salam…

    Saya talah membaca tulisan puan, saya seorang lelaki…saya amat terkilan dengan sikap suami puan..terlupa sesuatu akan tanggunjawabnya kepada keluarga..Tak sepatutnya berlaku..
    Apa yang perlu puan lakukan…banyak2 berdoa dan memohon kepada Allah agar suami puan sedar kesilapannya..
    Tugas sebagai seorang isteri dan ibu harus di teruskan..jagalah keluarga sebaiknya…jangan di burukkan keadaan lagi…jangan di jaja kesilapan suami…ikhtiarlah dan jangan sesekali putus asa terus menasihati suami puan ya..
    Dunia ni sementara waktu puan…si suami mungkin lupa akan balasan azab di hari akhirat nanti…
    SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI SUAMI – tapi jika suami yang banyak membuat silap maka tanggunglah segala dosa di akhirat kelak…
    Sebagai seorang Islam jangan lah berdendam sampai mati…nabi pun ampunkan umatnya…kita tak tau apa akan jadi di akhirat nantikan…
    Banyakan bersabar..banyakan amalan..inshaallah selamat dunia dan akhirat..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    • Kak D says:

      TQ so much. En yusri telah lihat dr perspektif seorang lelaki. Selama 30 tahun kak d telah brusaha jadi isteri yang baik. Tidak ada satu complain pun dari hby, malah dia mengatakan kak D sgt istimewa baginya, cuma kadang kadang dia rasa sunyi dan perlukan seseorang.

      Tapi sekarang kak d dah minta izin dari dia, kak D tak dapat jaga dia macam dulu lagi keraan kak D kata maklumlah kak dah tua. Jadi kak D dah tak larat masak untuk dia, basuh dan jaga pakaian dia. Dia tak marah. Sekarang pakaian dia hantar dobi, makan di restoren. Kalau masak amat simple, x seperti dulu kerana kak d memang terkenal rajin masak.

      lagipun kak D cakap pada dia, kalau dia mampu poligamy, dgn std dia dan jawatan akak, dia wajib sediakan khadam untuk kak D.

      Dan akak tidak sekali kali menjaja keburukannya, malah dia sendiri yang merosakkan maruah dirinya. Sekarang dia dgn berani keasana kemari, siang atau malam bersama perempuan itu dan bagitau semua orang mereka dah berkahwin. Sedangkan pada hakikatnya ramai orang tau gf dia sebenarnya janda yang digantung tidak bertali oleh suaminya.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  18. Aukei says:

    Hmmmmmmmmm. Apa nak di kato yo? tsk.
    what can I say kak??????

    Men, still think of themselves as nubile young studs at par with younger, sexier, hot women, no matter how old. Old men also view women their own age, as old women, but don’t feel the same way about themselves. In my case here….I talk about ‘them’ because I don’t feel I am ‘that old’ to be categorized as old ;) )))

    BHAH HA HA HA

    Part of that is societal. You hear so many stories of old rich men dating and marrying women decades their junior, but opposite rarely true.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    • Kak D says:

      Dear Aukei, you are right.

      Hby would always say to me,’ U dah tua , sedarlah diri sikit,” walhal he is the same age with me, and got to behave himself more.

      besides that he got the guts to say , “i m doing this bukan kerana nafsu, kerana tanggungjawap” Kak d dont understand apa yg dimaksudkan dgn tanggungjawap

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

      • mawar_berduri says:

        bila diri dah mabuk cinta, kekurangan diri x nampak. tapi kekurangan pasangan di sebut2 pulak. Allah maha adil. Satu hari nanti hb kak D akan terima balasan Allah juga. Cuma cepat atau lambat saja.

        Masa tu baru tau langit tinggi rendah.

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  19. Kak D says:

    Maybe for me, the darkest era was just gone, kerana itu Kak d tidak menangis lagi. Cuma kekadang untuk melayan hati yg terluka, sebak dan sendu didada amat terasa.

    Yang peliknya hby tidak pernah mengaku dia telah bersalah, minta maaf jauh sekali. Kak D sentiasa pujuk diri sendiri…

    DENGAN TUHAN PUN HBY TIDAK TAKUT, SIAPALAH KAK D INI UNTUK DIA RASA SEDIKIT TAKUT
    PERINTAH ALLAH HBY JARANG TURUTKAN, MASAKAN DIA AKAN DENGAR PERMINTAAN IS3 YG TUA INI

    Walaubagaimanpun sebagai isteri akak sentiasa doa, suatu hari dia tidak akan biarkan dirinya ditunggangi syaitan lagi…

    Reply

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  20. Kak D says:

    Sebenarnya GF hby kak d tu maseh dalam proses penceraian kerana dia telah dihukum nusyuz oleh hakim.
    Dah 10 tahun dia hidup sendiri seperti janda oleh kerana digantung tidak berlai oleh sominya

    Sekarang dia dan hby kak d beriaia nak uruskan penceraian dia kerana mereka dah merancang nak kawin sebab mereka dah mengaku suami isteri pada ramai orang. Tapi sebenarnya masyarakat tak bodoh dan dunia ini amat kecil kerana ramai orang tau perempuan itu maseh belum diceraikan suaminya.

    kadang kadang kak D rasa mana nak letak muka ini dengan perangai hby yg sudah tidak tau maruah dan tanggungjawab sebenarnya.

    Senyuman kak D bila bersamanya rasanya seperti senyuman seorang hipokrit dan kerana terpaksa.

    Dan anak Kak d tau ayahnya sponsor semua keperluan Gf dia. Kalau anak akak ternampak wallet hby dia mesti ambil duit orang tua tu. Kak d nasihatkan dia jgn buat begitu tapi dia jawap daripada ayah habiskan duit utk perempuan tu, lebih baik kita yang habiskan.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  21. Kak D says:

    Malah anak kak d pernah tanya akak, mama nak kami buat apa ngan pempuan tu, nak potong tangan, nak potong telinga…?. Kak D jawap, jangan sayang…biarlah Allah sahaja yang membalas perbuatan mereka.

    Kak d lihat, anak anak sudah hilang hurmat pada hby

    Mereka selalu cakap, mama jgn pedulikan ayah kaki perempuan tu…
    Bila dengar kata2 begitu, hati kak d amat tersentuh. Kasihan pada hby. Dia telah kehilangan banyak nikmat…..kasih sayang sejati dari keluarga sendiri dan macam 2 lagi

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  22. mawar_berduri says:

    kak D,

    saya rasa kak D patut dapatkan khidmat nasihat di pejabat agama untuk sessi kaunseling. Masa kaunseling tu kak D dan suami akan di panggil.
    Senang bercakap face to face. Luahkan apa yang terbuku di hati.

    Bila dah terungkai semuanya, kak D fikirlah semasak2nya dan buatlah keputusan demi diri kak D dan anak2. Memang perit masalah yang kak D tanggung, tapi kak D kena berani ambil keputusan yang terbaik untuk masa depan kak D.

    Semoga Allah memberi petunjuk pada kak D untuk membuat keputusan.
    Insyaallah …………..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  23. sue says:

    salam buat k D. Mgkin hby k D rasa dia dah ade segala-galanya, jadi takde benda yang boleh excite atau memberi semangat dalam hidup dia. Anak-anak pun dah besar tak perlukan sepenuh perhatian dari dia, tak macam kita ade anak kecil, sentiasa mengujakan untuk di ajak main bersama.

    Atau hby k D rasa jiwanya sepi, kurang perhatian dari anak-anak atau isteri. Jadi bila ade seseorang beri perhatian mgkin die rasa dirinya kembali segar, kembali hidup. Tu yang merenyam semacam. that’s only my humble opinion, mungkin tak tepat.

    tapi saya tetap doakan semoga K D terus tabah menghadapi hidup yag penuh dugaan dan mendapat ketenangan dan kebahagiaan.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  24. cempaka says:

    salam kak D, hidup nie mmg begini, letih sgt sampai kita sendiri terfikir2 jahatkah aku sampai begini sekali dugaan yang aku dpt, rasa mcm dunia nie x adil, tp direnung balik mungkin ada hikmahnya. APa yang penting Kak D, kita buat keje kita jaga diri kita, klu suami balik layan dia mcm biasa, dekat luar apa saja yang hubby buat biarkan krn jika kita terlalu amat tahu byk perkara akan menyebabkan kita bertambah sakit, kak D ade anak2 yg sygkan kak D, itu anugerah yang x ternilai……

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  25. Jiwa Menderita says:

    Assalamualaikum Kak D.

    Saya hadapi masalah yg lebih kurang sama macam Kak D, cuma suami saya dah kawin beberapa bulan yang lalu. Pedihnya tidak terhingga dan luka tersebut masih belum pulih. Bila bersendirian, pasti saya akan menangis.(Sekarangpun dah tergenang air mata) Ini kerana sikap suami saya yang amat tidak bertanggungjawab setelah berpoligami.

    Banyak masalah yang timbul setelah dia berpoligami, bukan dia tau nak ambik hati kita tapi dirobek-robekkan lagi.

    Setelah mengetahui dia dah kawin, saya sedih yang amat sangat, tak tau nak mengadu kat siapa dan di mana…akhirnya saya mengadu kpd Allah.

    Saya kuatkan semangat saya dan cuba untuk memaafkannya….saya layan dia macam biasa (atau lebih baik) tapi alangkah hancurnya hati saya bila terkeluar perkataan2 bak mata pedang ini mengguris dan menusuk-nusuk hati saya. ” Ni baik-baik ni ada muslihat ni, tak ikhlas!’.

    Saya katakan padanya, ikhlas ke tak ikhlas ke, dia dah kawin jadi apa lagi yang boleh saya buat. Tapi, dia masih suka mengulangi kata-kata tersebut.

    Kedua, jika dia sakit dan kejantanannya tak begitu berfungsi, dia salahkan saya. Katanya saya dah pergi jumpa bomoh dan kenakan dia. Ya Allah…Engkau Maha Mengetahui segalanya.

    Ketiga, nafkah saya dan anak2 sudah tidak diberinya….alasan tak ada duit! Memang dia tak layak berpoligami, saya tau itu. Mujurlah saya bekerja ….. jika tidak susahlah saya dan anak.

    Kadang-kadang sayapun terfikir macam Kak D juga, dia harus diberi pengajaran akan kerosakan2 yang telah dilakukannya.

    Perlukah lagi seorang isteri taat kpd suami yang sebegini????

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    • DS says:

      perlu atau tidak?

      hmmmmmm

      taat dan ketaatan.

      what do we understd by that eh?

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    • JEEN says:

      Kesian dengar citer… Tapi kan, untuk buat keputusan tu, tak ada orang lain yang layak ditanya. Diri kita sendiri yang perlu menjawabnya.

      Kita perlu tanya diri kita sendiri :

      “Adakah kita sayang dia lagi ?”
      “Setakat mana sayang kita pada dia ?”
      “Boleh tak kita hidup tanpa dia ?”
      “Kalau dia tak ada, boleh kita dapat yang lain ?”
      “Kalau kita tak dapat yang lain, boleh tak kita hidup sendiri ?”
      “Kalau kita nak berkorban, setakat mana kita sanggup ?”
      “Kalau kita nak menanti dia berubah, selama mana kita nak tunggu ?”

      So, berilah ruang kepada diri kita untuk berfikir. Semua tu beri jawapan dan target mengikut kemampuan diri kita. Sebab jawapannya ada pada diri kita. Kita yang harus kuat. Orang lain hanya memberi semangat. Keputusan, tetap ditangan kita.

      Semoga tabah….

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  26. malinja says:

    akak, ini pndapat saya yang telah pernah dipersiakan segala pengorbanan, ditipu hidup2, dimadukan tanpa pengetahuan, dipaksa untuk menerima keadaan tanpa rela, tapi akhirnya saya yang jadi satu-satunya dalam hidup dia, yang lain nampaknya dah tiada, masa saya terima kejutan, dalam hidup bermadu, saya berdoa agar saya diberikan kelapangan hati dan ketenangan fikiran selama saya hidup macam tu, 1 lagi saya buat tak kisah pada mereka itu, saya tak kenal mereka, saya buat seolah mereka tidak wujud, saya juga dapat sms dari mereka, marah2 kadang merayu pun ada, tapi saya tak layan, kalau layan pun saya pun sms loyar buruk je, saya tahu mereka cuba untuk menguji saya, buat saya marah, tapi saya bukan org yang suka perang, saya buat tak kisah apa pun diaorang nak kata pada saya, pada saya hidup adalah untuk org yg menyayangi dan memerlukan kita, sapa? anak dan diri kita sendiri, saya rasa lebih lega skrg kerana saya telah lepaskan segala harapan terhadap suami saya, walaupun saya lihat skrg dia telah berubah, dan mereka itu telah tiada di antara saya dan suami.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  27. kong fu tze says:

    salam kak D,

    Kak D dan hb baru 54 tahun. Maaf ya, tapi kak D tulis seolah olah mcm dah 74 tahun. Mungkin jiwa kak D yg dah letih dgn kerenah hb tu. Saya dpt rasakan keletihan itu.

    Mungkin sebagai penawar hati, kak D boleh fikirkan tentang isteri2 malang tetapi solehah seperti Asiah, isteri Firaun. Yg tetap bersabar dgn ujian Allah hingga akhir hayat mereka.

    Utk tindakan terbaik, sentiasalah merujuk kpd Allah yg sentiasa dekat kpd hamba2 yg mendekatiNya.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  28. kong fu tze says:

    oh ye kak D, sekadar nak menyampaikan kata2 seorg ustaz di radio baru2 ini.

    Pesannnya ” Jika kita mahu Allah redha dgn kita, kita perlu redha dgn Allah”

    Kupasnya lagi, redha dgn Allah bermaksud redha dgn ketentuanNya. Redha dgn qada’ dan qadarNya serta segala ujianNya. Tidak berkeluh kesah, malah tenang dlm apa jua keadaan.

    Katanya lagi, cara kita nak redha dgn Allah ialah dgn benar2 menghayati hakikat bahawa kita hambaNya TIDAK memiliki apa2 pun. Dlm istilah moden sikit, ini dipanggil zero mind setting.

    Kita perlu YAKIN bahawa semua termasuk kesusahan, kesenangan, kepahitan, kedukaan, kegembiraan hanyalah sekadar pinjaman modal bagi kita menjana bekalan utk akhirat kelak. Soalan cepumasnya, bekalan mcm mana yg kita nak bawa?

    sekian, wassalam dan selamat malam buat kak D.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  29. che odah gelang says:

    yo kak D,

    akak, laki kalu da mai syeh gatai memang sah gatai, mcm org kena mandrem pon ada mcm org sasau pon ada depa dah jd tak serupa diri depa dah.. akak buat apapon kat rentua tu hatta strip pole pon tak jd apa la kak, dia dok nampak org len jugak..silap2 dia kata akak buang tebiat nk mampos padahal ayat tu sepatutnya tuju kat dia gak..

    akak takleh ubah depa melainkan ubah diri sendiri.. bab anak tu akak jgn bior sampai depa lebey2 kurang ajor kang jadi apa2 side order kena kat akak jugak..dah la laki hampesh dpt anak serabut lagi akak syusah..laki akak tak syusah sebab dia pon otak da jd mcm rumaja bermasalah dah la nih…

    Akak la nih kena konsertrate jaga diri akak dan anak2, bior la kat rentua cabuk tu, akak tau tak kalu laki kawen len nih satu peluang yg bagus utk kita express feeling kita yg dipendam selama nih…contohnya dulu akak jarang berleteaq..la nih akak da boley beletiaq kat rentua tu.. jgn takut dia bohsan ngan akak, tak bohsan pon dia carik len gak..

    odah pon kadang2 bila mai syeh angin mambang tanah odah maki ler jugak laki odah.. tp dlm semeyes la maki depan2 kang makan penampau laks hehehe…sekarang akak boleh lepas jer ckp nk ckp apapon meluahkan perasaang lantok dia la nk dengor ker tak..yg penting takder simpan2 dlm ati..

    akak kena hepi2.. hajak la anak2 wat aktiviti yg akak takleh buat sebab nk kena jaga laki dulu.. enjoy diri akak..dengan cara sepatutnya ..

    sekian ceramah kong xi fatt chai dari odah…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  30. shayang says:

    teruskanlah kehidupan yang baik.. abaikan sahaja yg tidak mendatangkan kebaikan.. org yg sibuk dgn akhirat adalh lebih beruntung dari sbuk di dunia.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  31. shayang says:

    jgn pulak kita nak mghinakan org (terutama suami sendiri), bertuahlah dan bersyukurlah.. krn sekian lama dialah suami yg membantu, membela, ayah kpd anak2.. dh tua2 ni dia nak buat perangai.. anggaplah.. tuhan ingin menambahkan pahala dgn dugaan dan ujian nya.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  32. DS says:

    simply put..

    instead of looking at the external factors (husband.. other women etc).. look within thyself.

    much we can learn from our very own self.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  33. DS says:

    setiap hari kita akan berdepan dgn pelbagai karenah manusia.. dari sedekat-dekat manusia (diri kita.. suami.. anak2) hinggalah bermacam2 manusia di luar persekitaran sana itu.

    at the end of the day.. it is always how we react to others tu.. is most important.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  34. DS says:

    sebagai contoh:

    dlm keadaan diri yg begitu haus dahaga..
    di hari cuaca yg panas.. mentari terik membakar kulit..

    tetiba dtg satu manusia yg menghulur kita segelas air yg panas menggelegak.

    apa reaksi spontan kita?

    kita yg dlm keadaan diri yg begitu haus dahaga..
    di hari cuaca yg panas.. mentari terik membakar kulit.. dihulurkan segelas air yg panas menggelegak?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  35. DS says:

    bg mana kita “react” terhadap air yg dihulurkan itu.. itu lah kita sebenarnya.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  36. DS says:

    there is no right or wrong way into resolving any given situation.

    life is about living.
    living with the good.. the bad.. and the ugly.. as life is being presented to us.

    at the end of the day.. it is about how best can we tolerate ourselves dgn segala sesuatu yg dtg dan berlaku atas diri kita.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  37. Ms Dilema says:

    Salam… Alhamdullillah apa yang saya baca tentang coretan Kak D, menunjukan Kak D ni seorang yang tabah dan masih kuat mungkin sebab itulah Allah masih memberikan dugaan pada akak. Sedih dengan cerita suami akak yang juga menerima dugaan di kira hujung jugalah hayat nya kan… tapi apa yang kita boleh buat doakan semoga dia juga berjaya menempuhi dugaan itu dan sempat balik ke pangkal jalan sebelum terlambat. Kak D, setiap manusia yang diuji itu ialah orang yang istimewa di sisi Allah, ibarat tuhan sedang menguji dan hendak diberi piala… terpulang pada kita nak terima piala itu atau tidak…

    Pertanyaan akak tentang ada ke ‘Bahagia’? Bahagia itu tetap ada kak… ia ada pada hati… pada saya sekarang mungkin tuhan menyedarkan akak bahawa tiada kasih sayang yang seutuh untuk kita selain dari kasih sayangnya… cuma sekiranya kita bahagia dengan kasih sayang suami kita akan lalai dan tak ingat bahawa suami itu hanya pinjaman atas dunia dan bahagia bukanlah hanya terletak padanya dan kadang2 manusia jadi tamak pada cinta dunia… sekurang2nya akak nampak kebenaran apabila di datangkan musibah… sayangkan diri kita dulu baru sayang kan orang lain…

    Jangan difikirkan perceraian selagi rumahtangga itu tidak memudaratkan diri… selagi akak masih boleh beribadah, terimalah dia sebagai suami kita. Kerana sebagai isteri sangat mulia di sisi Allah, layanlah dia kerana mencari keredhoan Allah, gunakan dia untuk mencari sebanyak pahalah yang boleh… kita tidak rugi… kalau pun rugi hanya rugi di dunia… tetapi akan tetap menang di akhirat..

    Tak akan ada 100% ketenangan di dunia ini kak… kerana kita ini manusia biasa… tapi ia akan datang kalau kita bersyukur dengan apa yang kita ada… wallahualam…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  38. natalea says:

    salam mama D..
    i feel so sad when i read ur story..
    men..just know how to talk but they never know how to do..
    tabahkn hati mama..jgn pk kn lagi..
    mmg laa sy ckp ni senang je tapi mama yang lalui..
    mama..
    sye punya kehidupan yang hambar tapi syukur TUHAN tu tunjukan jalan tuk sye..
    sye yakin mama pon masih lom telambat tuk merasa bahagia..
    walau pon bukan dgn hby mama tapi ngn ank2 mama..

    yg penting sekali mama jga diri jga kesihatn dn banyak kn amal..
    hidup kita kt dunia ni hanya tumpangan..
    sedih dengau cerita mama..

    take a good care of ur self k..
    give ur love who really need..
    i love u..
    i know u r the best mom..
    be strong k..

    love u..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  39. JEEN says:

    Kak D, saya kagum dengan semangat Kak D. Semoga ramai wanita diluar sana pun punya semangat yang sama.

    Tentu ada balasan menanti Kak D untuk segala sesuatu yang baik yang kak D buat. Bila kita tak berdendam, bila kita tak mencari musuh, bila kita senang memaafkan, insya-Allah, ketenangan akan datang dengan sendiri.

    Betul tak ?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  40. RN says:

    Salam Kak D, selalunye begitulah nasib kita org pmpuan ni..selalunye jd mangsa keegoan org llaki ni. di abaikan bila sdh bertemu org baru bak kata pepatah dah dpt gading bertuah, tanduk x berguna lg..bersabarlah & jgn sesekali berputus asa utk meneruskan kehidupan ni..sentiaselah memohon pertolongan dariNya agar d bukakan pintu hati suami Kak D agar kembali kepangkuan keluarga..InsyaAllah, Allah sentiase mndengarrintihan hambanya…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  41. sue says:

    Kelmarin menonton oprah winfrey show. tetamu undangan kata, lelaki tak kan curang sekiranya tak de orang perempuan/isteri yang juga sanggup berlaku curang atau boleh terima lelaki yang die tahu curang kepada isterinya.

    maksudnya kalu die tahu lelaki tu memang tak guna sebab boleh curang dengan isterinya jadi jgn timbulkan masalah ade hubngan dgn die. jadi lelaki pun tak jadilah nak curang.

    Betul ke??????

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  42. Dewimaya says:

    Terima kaseh kepada semua yang memberi comment, nasihat, semangat serta kata kata yang menginsafkan kak D. Kak D tidak dapat menjawap satu persatu tetapi semua kata kata di paparkan disini banyak menyentuh hati Kak D dan menyedarkan bahawa kita tidak pernah keseorangan , walaupun orang yang sepatutnya melindungi kak D tiada di sisi.

    Kak D amat bersyukur kpa Allah bahawa ramai yang bersama sama kak D di saat jiwa dan diri ini mencari panduan dan bimbingan, walaupun orang yang sepatutnya bertanggungjawab pada kak D lebih rela mengalihkan tanggungjawabnya pada wanita yang tidak sepatutnya.

    Sekali lagi terima kaseh dari kak D dan anda semua akan dikenang hingga akhir hayat walaupun kita tidak di takdirkan bersua di alm yg nyata…..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

    • shayang says:

      akak.. kebahagiaan itui letaknya di hati dan hati yang tenang itu menjadikan kita lebih tenteram..

      masalah yg mendatang ini adalh perkara biasa.. seperti solat contohnya.
      solat adalah sesuatu yg amat berat bagi yg malas, liat dan menzalimi diri sendiri,
      tetapi solat adalah sesuatu yang indah, yang membawa kebahagiaan bagi yang mencintai Allah..

      begitulah jugak dgn masalah dan dugaan .. ianya adalh berat dan menyakitkan bagi yg tidak redho menerima ketentuan Illahi, namaun ianya adaalah ruang dan peluang mendapat pahala bagi yang mendamabakan cinta dan ingatan dari Allah.

      InsyaAllah.. semuanya akan di permudahkan. amin.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  43. kakak cun says:

    Betul le tu….
    Masalahnye…. baik pmpuan baik jantan… zaman2 dh nk akhir zaman nie, same jea pangainye.
    sukekan bende haram dari yg halal!!!

    Luuuu fikir le sendiri!!!!!
    Maap! bukan ko ‘sue’ iye.
    tu le….. specis2 yg sewaktu dengan MEREKA tu……

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  44. sf says:

    uwargghhhhh baru bangun tido, bebi kejut dia nak nenen..

    panjangnya reply kawan2 sumer..sorry tak larat baca semuanya..baca story

    alahai umo d usia emas begini..nak komen apa ye? teringat pula seseorang yg ku kenal, suaminya berprojek dgn wanita 30-an

    suaminya 60-70 gitu, wife dia dalam 55..yg pompuan tu bini org..

    kalau sy desprate sangat sanggup ke main dgn org tua? nauzubillah jgnlah d uji begitu..

    dan bila kami meniti usia2 emas, hope masing2 tak terpincang jalannya..

    semoga kak d tabah menghadapi dugaan..

    harap dapat byk pahala n terima ganjaran yg berfaedah

    amin

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  45. sf says:

    skodeng hb jap tadi, dia d bilik belakang..dia tak perasan sy..sy intai oh tgh study..cek betul2 d screen..a ah study..

    lately ni dia sibuk study, siang keje..etc

    masing2 ada pengorbanan..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  46. mawar suci says:

    kak D… hanya jauhari mengenal manikam. one day hb insyAllah akn balik pd akak. tgk pd cara pompuan tu x mgkin hb tu tahan lama.
    ni kisah benar … nak citer. citernya cam kak D nilah. dah usia 50-an buat perangai. ada beberapa tahun lg nak pncen. wife dah bekira2 nak buat itu ini bersama sominya time pencen tu… yalah sbb selama ini sibuk keje. kononnya time pencen ni lah nak… honeymoon semula.
    dah plan itu ini… termsk dah kira berapa rm yg ign diperuntukan nk g melancong.. jln2 dsbnya.
    tup2 dlm dok berkira tu sominya trperangkap ngan cinta pompuan lain. x igt janda ke andartu gitu. mabuk bercinta lah pulak 2-3 tahun sblm mereka akhirnya khwin. wife ni merana x usah cakaplah…. mulanya wife ni cube trima tapi…. mereka ni dah buat wife ni cam quran buruk. yalah masa tu si somi tu dah dpt duit kwspnya…. yg dok berayatentulah bini mudanya.

    last2… cerai jg bini tua tu. nasib anak2 menjadi. jadi pas pencen ni wife ni dok rumah anak2 bergilir2. sominya tu dah tak peduli dah …hatta anak2nya.

    kakD…. yelah dah kahwin org muda tentulah beranak kecil. haaaa….masa tu baru tahu langit tinggi rendah. somi nilah yg dah umur 60-an dok berjga mlm myusu anak. siang bini muda g keje…. dah awk pencen tak keje… haha… kena jaga baby.

    dipendekan citer pas tu somi ni skit. yelah…. dah umur gitu x kencing manis, darah tinggi… tak pun jantung. dah selalu2 sakit isteri muda tu pun buat hal….. minta cerai. dah bercerai… keluar rumah sehelai pinanggang…. last2 pergi merayu nak dok balik ngan bini tua tu…yalah wife tu dah senang ngan anak2nya. last anaknya terima jg ayahnya yg sebatang kara dan sakit itu…. sapa yg jaga…. first wife tu juga.

    kite yg dengar citer ni… mmg sakit hati dan rasa x adil buat wifenya tu. tapi itulah…. ..Allah Maha Mengetahui atas segala yg berlaku.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  47. mawar suci says:

    saya harap somi kak D terima kak D time dia sihat… bukan time dah expired gini.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  48. mawar suci says:

    saya harap somi kak D pulang ke pangkuan kak D sebelum semuanya dah expired……

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  49. mamad94 says:

    pn saya nak meluahkan perasaan saya…nama rosliah.saya sangat tertekan

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  50. mamad94 says:

    suami orang isteri orang…
    saya nak masukkan cerita saya dak=lam utusan.saya nak menceritakan suami saya dengan isteri orang.supaya suami saya dapat baca halnya melalui utusan kerana sia lari dari rumah meninggalkan masalah yang amat rumit.saya tidak sangka bahawa suami saya sudah berubah.13belas tahun dia telah meninggalkan saya dan anak-anak tanpa nafkah zahir batin selama 1 tahun dan nafkah anak-anak.semenjak 25 tahun perkhawinan kami, sia tidak pernah memberi nafkah yang cukup dan tidak bertanggungjawap pada rumah tangga dan keluarga dan sikapnya yang suka berhutang,berjudi dan kaki perumpuan.membuat rumah tangga kami tidak pernah aman.apabila masalah yang dihadapi tidak dapat diselesaikan dia lari meninggalkan kami anak- beranak tanpa sebarang nafkah.ketika itu anak kami sebanyak 3 orang termasuk yang dalam perut anak yang ke-4.kemudian dia menghilangkan diri selama 1 tahun tanpa sebarang nafkah dan berita.setelah 1 tahun dia(suami) datang kembali kepada ku.atas mahkamah syariah, kami kenbali bersama.dia berjanji tidak akan buat lagi segala kesalahan yang telah lalu.tetapi hanya janji tinggal janji.dia mengulangi semula selepas 6 bulan bersama saya.mula-mula sekali dia mula menipu tentang sembahyang.ketika itu anak saya yang sulong berumur 6 tahun.apabila saya suruh sembahyang ke masjid,dia pergi ke masjid tetapi dia tidak sembahyang malah dia menyuruh anak saya menipu dengan memberitahu saya bahawa dia telah sembahyang apabila saya bertanya kepada anak saya.begitu lah seterusnya perbuatan yang dilakukan oleh dia sehingga sekarang.perkara yang sama berulang lagi sekarang iaitu dia bermain judi bermain,perempuan,berhutang,menipu orang dan berlagak seperi romeo.dia suka berkawan dengan isteri orang dan isteri orang tu pon tidak sedar diri yang tidak tahu membezakan haram dan halal.setiap hari dia(suami) menghabiskan duit dengan membelanjakan duit tersebut pergi keluar dengan isteri orang tersebut dengan membonceng motor. dia juga turut membawa perempuan tersebut ketem kerja dan ke perjabatnya.isteri orang itu mengaku pernah menyatakan kepada kawan-kawan suami bahawa dia adalah isteri suami saya.pergaulan mereka bergitu intim selama 3 tahun berlarutan seperti suami isteri yang baru kahwin lagi.pernah pada 1 malam pada pukul 4 pagi,saya menalifon dia(suami),dia mengangkat telifon dan saya ter dengar suara perumpuan seperti baru sahaja bangun daripada tidur. sya tidak tahu apa yang mereka lakukan. saya sungguh sedih apabila saya tanya kepada dia tetapi dia tidak mengaku. sejak dari pada itu dia mula ber hutang denga ramai orang untuk membelan perempuan.nafkah yang diberikan tidah pernah cukup.kalu dia beri pon dia akan menuntut duit itu balik.bayangkan dia memberikan RM200.00 selama 2 minggu.itulah duit yang digunakan umtuk menanggung keperluan harian.2 hari sekali dia meminta duit.bayangkan bagaimana nak berlanja.sekarang ni anak sudah 6 orang.yang sulong umur 20 tahun(universiti),yang ke2 18 tahun.yang ketiga 16 tahun,yang ke4 14 tahun yang ke5 12 tahun dan yang ke6 10 tahun.kadang dia memberikan 4 ratus untuk perbalanjaan sebulan.kadang juga dia menyatakan bahawa syarikat kerja tidak memberikan gaji kepadanya.apabila saya tanya kepada bosnya, bosnya memberikan gaji sebanyak RM1000.00 pada tepat waktunya.tetapi dia tipu dengan menyatakan majikan lambat membayar gaji dan gaji yang diberi sebanyak RM600.00.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

RSS feed for comments on this post.