aku tidak sedar entah pukul berapa baru aku tidur malam tadi. yang pasti, aku terpaksa menutup telinga mendengar raungan anjing yang sayup-sayup kedengaran, disusuli bunyi kokokan ayam. Ya Tuhan, kenapa aku masih lagi memikirkan tentang ‘tawaran’ dia untuk menjadi kekasihku. sudah seminggu perkara itu berlaku dan aku hanya mampu meminta diberikan waktu untuk memikirkan tawaran itu.
hari itu, tiba-tiba dia mendesakku agar mengakui yang aku juga turut merindunya. katanya, aku rugi jika tidak memiliki perasaan itu kerana dia juga merinduiku. dia ingin aku menjadi kekasihnya sehingga aku mendapatkan cinta lelaki yang benar-benar sejati dan apabila hal itu berlaku, dia rela mengundurkan diri. begitu mudahkah? katanya, dia akan memberikanku kebahagiaan dan kasih sayang yang tidak sempat kami alami ketika di zaman maktab dulu. dia tidak mahu aku terus susah hati kerana, kalau aku susah hati dia juga akan merasa susah hati.
tawaran yang menarik. suatu masa dulu, memang aku pernah memendam perasaan cinta terhadapnya. pernah ingin menjadi pendampingnya dan hidup bersama dengannya sehingga ke akhir hayat. aku sentiasa mengingatinya sehinggalah aku mendengar berita pernikahannya. hatiku hancur dan sejak itu aku berusaha untuk membuang namanya dari hatiku.
kenapa baru sekarang dia ingin memberikan kasih sayang itu kepadaku? kenapa sesudah dia beristeri? kenapa setelah dia melukakan hatiku dengan berita gembiranya? aku rasa sedih.
kalau ikutkan hati, memang aku ingin menerima dia sebagai kekasihku dan merealisasikan harapanku untuk bersama dengannya. aku ingin segera keluar dari masalah keluarga yang menghimpitku sekarang. aku mahu dia membawaku keluar dari rumah ini supaya aku tidak lagi hidup dengan orang yang sentiasa memandang rendah terhadapku.
tapi, dengan keadaan sekarang…mustahil. walaupun niatnya ikhlas terhadapku, aku tak mungkin mahu menjadi perosak kebahagiaan rumah tangga orang.
Popularity: 1% [?]

Processing your request, Please wait....
Balik kepada Maha Pencipta untuk mendapat petunjuk dan jalan yang lurus
Like or Dislike:
0
0
lelaki itu suami org.. jgn buat org lain kecewa spt awak kecewa dulu.. bila dia ckp, dia x bahagia sbb teringatkan awak, jgn percaya.. masa nikah dulu bahagia jer..
kena ingat.. masa bercinta lain.. dah berkahwin lain.. fikir yang baik & betul.. lari dr keluarga x menjamin kebahagian hari mendatang..
bulatkan hati. tekadkan niat. keraskan perasaan. lawan emosi. X rugi nnt.
Like or Dislike:
0
0
betul cakap amarah tu.
jgn percayakan sgt kata2 suami orang ni. bukannya betul sangat. lawan perasaan tu. mula2 memang la sakit. nanti lama2 ok lah nanti..
Like or Dislike:
0
0