Tiada pemula kata indah utk sy mulakan cuma izikan sy perkenalkan diri sebagai erilz, berumur hujung 20an. Dalam mengharungi usia yg menginjak ke angka berikutnya, tak terlepas sy dr pertanyaan kedua ibu bapa dgn soalan bila akan menamatkan zaman bujang. kalau 4, 5 tahun dahulu mungkin sy boleh katakan sy kurang bersedia dr segi mental dan fizikal. maklumlah.. institusi perkahwinan bukanlah untuk dibina utk tempoh 3,4 hari. sebolehnya kekal ke akhir hayat.
namun kini, sy terperangkap antara hati dan perasaan. kisahnya bermula apabila sy mengenali seorang lelaki berstatus suami org sekitar 2007. bermula nya perkenalan semasa sy keseorangan di pantai timur menjalankan tugas di luar kawasan begitu juga dia. Perkenalan yg membawa kepada pertemuan demi pertemuan lama kelamaan membuatkan kami mesra berhubungan. lantaran jarak yg jauh hanya emel, sms dan panggilan telefon menjadi pengerat kasih kami dari hari ke sehari..
sy tau dia bergelar suami kepada seorang isteri dan ayah kepada sepasang anak yg comel. lantaran dia tidak pernah menyembunyikan statusnya. entah bila, kami terperangkap dalam perasaan sendiri bila sama2 diselimuti rasa rindu. mulanya sy menafikan sy jatuh cinta semula selepas 4 tahun hati tertutup utk menerima cinta baru. namun takdirnya,kali ini sy tak mampu elak penangan cinta sang suami orang.
kami bercinta seperti pasangan lain. hanya bertemu kala pasangan ada tugasan di KL atau daerah yg berhampiran. saat berjumpa kami x lepas melepaskan rindu dendam setelah berbulan lamanya. namun, halangan jarak, masa serta faktor umur yg 11 tahun beza dr sy sikit pun tidak menghalang rasa syg kami. sehinggalah penghujung 2008 setelah setahun menyulam kasih.. sy dikejutkan dgn panggilan telefon dan sms dari isterinya. sms yg sy terima lebih kepada sms yg memaki hamun. namun, sy terima dlm keadaan yg tenang kerana akur yg sy bercinta dgn suami org.
sy dan pasangan pernah berbincang utk memberitahu isterinya bahawa sy sedang berkawan dgnnya. namun, cubaan itu gagal kerana pasangan mendakwa telah cuba bersikap jujur dgn isteri tapi penerimaan isterinya amat negatif. akhirnya kami tetap teruskan percintaan dlm diam. cumanya sy akui terbeban menanggung perasaan kerana isteri sentiasa mengesyaki suaminya berjumpa sy ketika suami bekerja di luar kawasan. akhirnya, kerap lah berlaku perang antara sy dan pasangan. dlm ms yg sama.. isterinya kerap mengunggut sy utk membuat laporan polis, utk menyerang sy dan mcm2 lagi yg buruk dilontarkan. cuma perasaan hormat dan syg pasangan kepada sy mmbuatkan cinta kami teguh sehingga kini.
pertengahan 2009 – dugaan hebat buat sy setelah disahkan menghidap kanser tahap 4 dan pasangan dpt menyambung pengajian ke peringkat tggi. seminggu sebelum sy dimasukan ke wad utk meneruskan rawatan, kami berjumpa dan sy akui dia terlalu baik utk kami berpisah. sy cuba utk tidak meneruskan percintaan ini telahan sy dia tak dpt terima sy kerana kanser ternyata meleset. dia menjadi penguat semangat sehingga sy mendapat kekuatan mengharungi 14 kali kemoterapi.
namun, dalam tempoh hampir menamatkan pengajian sebulan 2 ini, pasangan amat sibuk dgn tugasan mmbuatkan sy rasa terabai. kami kerap bergaduh dan berbaik semula. dlm ms yg sama isteri masih cuba ‘menyerang’ sy samada melalui sms atau telefon. apa yg dikesalkan, si isteri langsung x memahami suami dan akhirnya bila tercetus pertengkaran, sy turut menjadi mangsa. berkali pasangan minta sy faham dgn keadaan genting dia yg sibuk dgn tugasan2 terakhirnya dan berkali juga lah sy berendam air mata katakan kepadanya sy telah lakukan.
sy terbelenggu antara hati dan perasaan. antara syg dan simpati. syg antara kami berdua dan hati serta perasaan kami berdua. sy akui kami pernah berbincang utk menamatkan percintaan ini dengan perkahwinan, itupun dengan keizinan keluarga sy serta isterinya. bukanlah sy utk menilai siapa isterinya.. tp dari setiap sms berbaur ugutan yg dihantar kpd sy jelas menampakkan isterinya tidak dpt menerima kehadiran sy. bukanlah dia isteri yg tidak bekerja, namun mgkin takut suaminya terus beralih kasih kepada sy, berterusan lah isteri menyerang sy.. bukan suaminya 24 jam berkepit dgn sy, bukan suaminya tidak menjalankan tanggungjawab, bukan suami nya x balik rumah.. setiap kata diturut suaminya. sy sendiri kerap mengingatkan pasangan agar mmberitahu isterinya setiap apa yg dilakukan.. sesungguhnya, keterbukaan kami berdua menjadi penguat kasih sayang.. namun tetap ada halangan..
sy terbelenggu, dan bagaimana harus sy lakukan.. entahlah..
Popularity: 2% [?]

Processing your request, Please wait....
hrmm..
bayangkan kalu nnt ade pompuan lain yg memikat suami awak utk jadik bini ketiga..
ada pompuan yg cool & tenang utk terima poligami..
ada pompuan x leh nak cool..
awak sendiri mencabar org lain.. awak kena la terima.. dlm dunia nih, awak harus kuat utk melawan perasaan awak sendiri..
Like or Dislike:
0
0
pasal hati dan perasaan mmg ssh nk komen..
sy antara isteri yg dicurangi suami…
makin sy sabar makin mereka menguji…
Like or Dislike:
0
0