Kisah bermula 8 tahun lalu ketika saya mengambil kursus jangka pendek dalam bidang ICT di sebuah institute latihan di Bandar A.Kursus selama 5 bulan membawa kepada perkenalan saya dengan bekas isteri saya (S) yang berasal dari negeri utara tanah air.perkenalan selama 3 bulan itu membawa pada bibit-bibit cinta dan perasaan saying antara kami.
Namun di hari-hari terakhir kami bersama di pusat latihan itu timbul satu kenyataan yang meruntuhkan hati saya.(S) mengaku yang dirinya adalah tunangan orang dan yang paling membuat saya terkejut tunang beliau merupakan kawan sekolah saya biar saya perkenalkan sebagai (H).merupakan seorang penjawat awam pasukan beruniform,yang mempunyai pangkat tidak seperti saya yang masih mencari kerja yang sesuai.
Setelah mengetahui hal yang sebenar saya cuba mengundurkan diri dari (S).Namun semakin saya menjauhkan diri ,semakin rasa sayang dan rindu menghantui.Namun saya gagahkan diri mengucap kata-kata perpisahan nak menuju ke ibu kota untuk meneruskan pekerjaan dan jauh dari (S).
Dalam terkejut ada gembira tiba-tiba (S) muncul di ibu kota demi mencari saya.Rumah kakak saya menjadi tempat tumpangan sementara untuk(S).Namun pergerakan (S) dapat di hidu oleh keluarga beliau.Keluarga (S) menghubungi saya dan menyuruh saya menghantar (S) pulang.Sesampai di Bandar K keluarga (S) telah menunggu di rumah kakak saya.Perang mula berlaku,saya banyak dipersalahkan oleh keluarga (S) berkenaan perubahan (S) terhadap tunangnya.Cuma tinggal 2 bulan tarikh perkahwinan (S) dengan (H).Namun (S) tetap berkeras untuk meninggalkan tunangnya dan bersama saya.
Saya tetap mengundur diri dengan menaiki bas dari Bandar K untuk ke ibu kota dan meneruskan pekerjaan saya.Namun sekali lagi (S) lari meninggalkan keluarga dengan menaiki bas yang sama dengan saya ke ibu kota.Tapi kali ini saya juga nekad untuk memperisterikan (S),dan saya menyuarakan hajat pada keluarga namun di tentang hebat apa lagi sebelah keluarga(S).Mereka menuduh saya menggunakan minyak GUNA-GUNA untuk memikat hati (S)
Saya dengan berat hati berhenti dari kerja demi menyelesaikan masalah dengan (S).kami sama-sama ke rumah tunang (S) untuk menyatakan hasrat kami dan (S) ingin memutus tali pertunangannya.Langkah terbaik yang kami ambil ketika itu untuk berkahwin di Negara Jiran(Songkhla) selepas segala halangan kami tempuh sehingga kan keluarga (S) berjumpa dengan”perubatan alternative”untuk memutuskan hubungan kami.Namun Jodoh pertemuan di tangan ALLAH SWT. Kami selamat berkahwin pada 2002.
Maka bermula satu lagi cabaran yang besar pada kami.Keluarga (S) menghubungi saya dan mengugut untuk menggunakan cara kasar atau cara halus untuk memutuskan perkahwinan kami.Di awal perkahwinan kami yang tak seperti dan seindah orang lain namun kami bahagia.Saya mendaftarkan perkahwinan di Pejabat agama di Bandar K.Sangkaan saya urusan melibatkan pejabat kerajaan akan memudahkan kita,namum meleset sama sekali.Ada saudara terdekat (S) yang di kenali sebagai Ustaz Mi berpangkat kedua tertinggi di sana.Beliau memain peranan untuk cuba memutuskan perkahwinan kami.
Selepas sebulan saya ke sana untuk mengetahui status pendaftaran perkahwinan luar Negara kami.Apa yang mengejutkan saya,,bermula dari kaunter hingga ke meja pegawai tidak seorang pun melayan pertanyaan saya,Yang lagi menyakitkan hati mereka seolah-olah tidak mempunyai apa-apa rekod pendaftaran saya.Sedangkan saya menunjukkan resit pembayaran pada mereka.namun apa yang saya dengar hanya cacian mengatakan inilah akibat melarikan anak dara orang dan tunangan orang lain.Saya mengagahkan diri menuju ke satu lagi pejabat kerajaan bagi membuat aduan berkenaan perkara ini,sekali lagi saya di kejutkan dengan kata-kata cacian oleh seorang pegawai disana.mengatakan saya melarikan tunang orang.
Akhirnya saya mengambil keputusan untuk ke ibu kota bersama isteri saya bagi mencari rezeki di sana tanpa memikirkan lagi tentang pendaftaran perkahwinan kami.Di ibu kota yang mencabar saya mula dengan bekerja kontrak mengecat demi mencari rezeki halal untuk isteri saya.Saya terima surat dari Pejabat Agama (P) meminta kami hadir ke mahkamah untuk tujuan perbicaraan untuk pengesahan perkahwinan.Sangkaan kami meleset.sesampai di pejabat agama kami di panggil ke bilik ustaz mi,dan bukannya mahkamah.Masuk saja kami ke dalam bilik muncul keluarga (S) beramai-ramai di dalam bilik Ustaz Mi.
Saya di paksa oleh Ustaz Mi untuk melafazkan cerai sebanyak 3 kali secara berulang.Katanya penting untuk pengesahan perkahwinan kami nanti.Namun rancangan Ustaz Mi dan keluarga (S) tidak berjaya.Dalam kekalutan di situ saya mengherat tangan isteri tanpa mengendahkan kata-kata Ustaz Mie.untuk keluar dari bilik.
Chapter-2
Perkahwinan tanpa restu keluarga (S) ini pada mulanya cukup bahagia,Keluarga saya mula menerima (S),namun keluarga isteri saya sendiri membuangnya tanpa membenarkan isteri saya pulang kekampung di utara tanah air.Sedikit demi sedikit rezeki bertambah,dari menaiki motosikal kami mempunyai kereta.Di tambahkan lagi isteri mengandungkan anak pertama kami selepas setahun kami berkahwin.Dalam masa yang sama perantauan kami ke ibu kota hampir ke penghujung bila saya mendapat tawaran kerja di Bandar sp tempat tanah tumpah saya sendiri.
Kami berpindah dengan kehadiran cahayamata lelaki saangkaan saya langit akan bertambah cerah.Kami mula bergaduh,dari hal yang kecil hingga hal yang besar.Isteri saya merasa yang dirinya seorang anak derhaka dengan tidak mendengar kata-kata keluarga bila berkahwin dengan saya.Pergaduhan berlarutan sehingga hilang saat bahagia kami bersama.Akhirnya isteri saya lari meninggalkan saya dan anak yang baru berusia 8 bulan.Mujur ketika itu saya tinggal di kampong bersama ibu dan adik.Isteri meninggalkan saya ketika saya bekerja.Hancur hati bila ibu menelifon memberitahu ister meninggalkan anak kami seorang diri dalam”Play pane”3 Bulan isteri saya pergi meninggalkan saya dan anak.Isteri saya balik ke rumah keluarganya di utara tanah air.Puas saya cuba memujuk dan pergi ke rumah mertua untuk menjemput isteri pulang namun saya di halau dan di herdik seperti haiwan..Namun mungkin jodoh masih ada (S) kembali ke pangkuan saya kembali.
Namun episode sedih isteri saya lari meninggalkan saya kembali lagi.Kali ini selepas anak saya berusia 3 tahun.Namun kali ini hanya 3 minggu isteri tinggalkan saya dan anak.Perkara ini berlaku lagi buat kali ketiga,,kali ini 3 bulan isteri tinggalkan saya dan anak.Dengan bekerja shift hidup saya tertekan.Namun rezeki dari Allah kami mendapat anak ke-2.Sangkaan saya perangai isteri akan berubah selepas mendapat anak perempuan.
Impak kali keempat isteri meninggalkan saya dan anak-anak buat kali keempat cukup meninggalkan kesan besar.Bila saya pulang dari kerja kebanyakkan barangan rumah telah di jual kepada jiran-jiran.Hancur hati bila isteri menyatakan ingin meninggalkan saya dan barang-barang yang di jual adalah kepunyaan beliau.namun kali ini isteri saya pulang ke rumah keluarga angkatnya.Kepulangannya membawa bersama anak ketiga kami yang baru dikandung 3 bulan.Saya di tinggalkan bersama anak-anak yang masih kecil.Yang sulung baru berusia 5 tahun sedangkan yang kedua baru 7 bulan.Apa yang mengejutkan saya isteri menggugurkan anak ketiga kami di sebuah klinik swasta.Lebih mengejutkan isteri memaklumkan pada saya yang keluarga tidak akan membenar dia pulang jika dia masih mengandung.Dan mereka tak mahu isteri saya terpaksa menunggu lama jika mahu menuntut cerai/fasakh dari saya.Kerana tak mampu bekerja sambil terpaksa menjaga anak-anak di samping rasa malu pada jiran-jiran.Saya mengambil keputusan berhenti kerja.Dan untuk sementara waktu saya menolong menjaga restoran abang saya di kampong.
Selepas 3 minggu isteri balik semula kepangkuan saya dan anak-anak.Kami cuba bina semula kehidupan kami dengan membuka perniagaan kecil-kecilan sementara menunggu tawaran kerja untuk saya.Walaupun rasa gembira pada saya dan anak-anak,tapi tingkah laku isteri amat berbeza.Kami tak hidup seperti suami isteri.kami berpisah katil,dan isteri kurang mesra seperti dulu.Ister sendiri menyatakan pada saya untuk berubat secara tradisional.Katanya dirinya tiada nafsu pada saya dan perasaan benci teramat pada saya.
Setiap ustaz atau pengamal perubatan tradisional yang kami pergi menyatakan ada pihak yang cuba memisahkan dan memutuskan perkahwinan kami.Namun mereka tak mampu memulihkan semangat atau membuang perasaan benci isteri pada saya.Setiap yang bermula pasti akan berakhir selepas 3 bulan bersama,isteri saya meninggalkan saya dan anak-anak buat kali kelima.Saya terpaksa menutup perniagaan kecil-kecilan yang saya buka bersama isteri.Saya cukup menderita bersama anak-anak,tanpa mempunyai pekerjaan,hidup umpama kais pagi makan pagi,,,,,,,,.Atas bantuan dari ibu saya dan saudara mara yang perihatin memberi wang perbelanjaan pada saya.Saya cuba memujuk isteri untuk kembali demi anak-anak kami.Namun tak dipeduli oleh isteri saya.Lagi melukakan hati isteri saya sekarang aktif dalam Laman sembang social,dan beliau menyatakan yang dirinya bujang tanpa mempedulikan perasaan saya dan anak-anak.Dengan meletakkan gambar-gambar dirinya memang ramai yang menjadi kenalannya.
Saya akui walaupun isteri berusia 30 tahun namun dirinya kelihatan seperti remaja berusai 20an,apalagi bila ramai tidak mempercayai sudah mempunyai 2 anak.Mungkin dia lebih suka hidup bebas tanpa di kongkong oleh saya.Ternyata di gembira di kampong bersama keluarganya.Apa yang dia mahu akan di turuti oleh keluarga,makan ,pakai dan wang ringgit semua kemahuan dia di penuhi.Dia juga bebas kemana saja tanpa di halang oleh keluarganya kecuali bertemu dengan saya.Saya cuba memujuk dengan pergi ke rumahnya,,sekali lagi saya di caci dan di tuntut melepaskan isteri saya oleh kakaknya.Saya di hina dan sejarah 8 tahun lalu diungkit kembali,namun isteri hanya mendiamkan diri .(macam lagu,,HINA SANGATKAH AKU PADA PANDANGAN KELUARGAMU,,HINGGA SEWENANG TOHMAHAN DILEMPARKAN)Kakaknya memberitahu yang isteri saya sekarang adalah hak beliau dan bukan hak saya lagi.
Saya pulang penuh kehampaan.Isteri makin ligat,apa yang saya larang sebelum ini akan menjadi perkara rutin dirinya.Keluarga membiarkan saja isteri saya bebas kemana yang dia nak pergi.Dia kembali aktif berjogging dan sukan memang seperti orang bujang.Sedangkan saya terseksa seorang diri menguruskan anak-anak.Anak pertama memasuki darjah satu,yang kedua dah berusia setahun dan baru mula berjalan.Makan pakai anak-anak saya uruskan.Terpaksa membawa anak yang kecil bila menghantar anak sulung ke sekolah.Rutin hidup yang memenatkan tapi demi anak-anak saya.
Isteri langsung tak pernah menghubungi atau menelifon saya dan anak-anak,apalagi bertanya khabar,sedang kan anak saya yang kecil sering menangis menyebut”mama mama”Sebak rasa dada.Saya mendapat tawaran kerja dengan gaji yang agak lumayan pada saya.,dan buat kali terakhir saya cuba memujuk isteri pulang selepas 3 bulan tinggalkan saya dan anak-anak namun tak berjaya.
Jodoh pertemuan di tangan tuhan,satu hari ketika hendak masuk solat maghrib dan diatas tikar sembahyang saya menelifon isteri,,katanya beliau ada di ibukota untuk merehatkan diri,dan ketika waktu umat islam bersedia untuk sembahyang,isteri saya sedang menunggu pesanan burger di tepi jalan.Ya Allah,,mana perginya isteri saya?Hati cukup marah namun cuba bersabar.Ketika solat maghrib di sujud yang terakhir saya memohon pertolongan Allah memberi petunjuk pada saya dengan di iringi air mata sedih.
Selesai solat saya menghantar pesanan ringkas SMS menyuruh isteri menelifon saya sambil meminta saudara mana yang ada menjadi saksi.Saya nekad kali ini,dan masih di tikar sembahyang saya menunggu sambil anak-anak ada di riba dan disamping saya.Selepas 30 minit isteri menelifon dengan kata-kata”kalau nak cerai!ok cerai sekarang”Maka berakhir mahligai 8 tahun yang kami bina atas dasar cinta dan pengorbanan!Dan sekarang saya sudah bekerja dan hidup bersama anak-anak.Sedangkan bekas ister bebas bergembira dan menunggu saat edah
Popularity: 3% [?]

Processing your request, Please wait....
hrmm.. ini dugaan kahwin tanpa restu..
samada, ex-wife tuh yg berubah di sbb kan hasutan & pujukan keluarga,
atau…
“ubat” keluarga isteri tuh berkesan..
Like or Dislike:
0
0
simpati aku pada luahan hati mu. Sabar lah..mungkin setelah ini kau akan mendapat yang lebih baik dari ini.
Apapun, maafkan lah bekas istri mu itu. Kesalahan tidak hanya pada dirinya semata2. Kamu, keluarganya, keadaan mungkin..
Like or Dislike:
0
0
sedihnya dgr kisah saudara.sabarlah.mungkin btol klu berkahwin tanpa restu ibu bapa, inilah akibat yg terpaksa diterima.apa pun, bnda dah berlaku.teruskan khdpn saudara bsama anak2 dan didik mereka sebaik mgkn lengkapi dgn didikan agama kerana iman adalah benteng kpd kehidupan kita.kps isteri saudara, dia juga bersalah krn lalai akn tgjwb sbg ibu.tak kesian ke pd anak2?satu hr nti dia mgkn menyesal.skrg muda lg, tgh cantik dan rmi peminat, dia lupa semua tu tak kekal lama.apa pun setiap perbuatan pasti ada balasannya.Allah byr cash je skrg ni.kpd saudar juga, muhasabah diri anda.mgkn anda ada melakukan kesalahan yg mgkn tak disedari, lalu Allah memberi ujian ini utk anda.tetapi bersabrlah dn sentiasa mohon petunjuk.
Like or Dislike:
0
0
Kecantikkan itu memang digemari ramai. Tapi ada juga yang takut pada kecantikkan. Bukan kufur nikmat tuhan, hanya takut pada diri sendiri tidak terkawalkan.
Like or Dislike:
0
0
Nak tanya pada penulis.. kehinaan apakah yang ada pada kamu sehingga keluarga istri tak suka?
Maaf ya penulis, selain melarikan diri anak gadis orang, adakah kegiatan2 yang lain yang buruk pada pandangan keluarga si istri?
Like or Dislike:
0
0
ermmmmm…aper nak jadi lerrr pmpn sekarang kannn…x geeti bsyyyukor kerrr ngan aper yg dnikmati seeekarang!!! aper lagi yg pmpn tu naaak….akupun x faaaham ar…..
Like or Dislike:
0
0
Tuhan memberi hanya yg terbaik. Seringkali kita yg salah tafsir. Anak-anak itu adalah yg terbaik oleh itu jagalah amanah tersebut. Bekas isterimu itu bukan yg terbaik untukmu oleh itu cubalah ‘lupakan’ dia. Saya doakan sdr bahagia dunia akhirat.
Like or Dislike:
0
0
agree dgn mamacool & solomom_123..
didik la anak sebaik mungkin.. bekalkan dgn segala ilmu..
nnt bile jumpe ibu anak2 tuh, cuba lah berbicara secara berhemah & berkomunikasi secara bertolak ansur.. turunkan sket ego.. jgn mengungkit.. biarkan ibu anak2 tuh sedar sendiri..
Like or Dislike:
0
0