20 Juncari peyelesaian…


salam bahgia untuk semua…

saya ader masaalah .dan minta

saya seorg suami(32 tahn)..ader anak 2 org ank,,dah berkahwin masuk tahun yg ke 7 tahun ni,,

saya sayang anak saya dan isteri..jalankan tggungjawap sebagai ayah dan suami …dalam masa sama ader hubungan dgn wanita lain…dah belarutan sejak 3 tahun yg lalu..isteri dah tahu hubungan kami sejak awal lagi..isteri pernah serang rumah teman wanita saya…saya beritahu isteri hubungan dgn teman wanita dah putus…sejak dari itu isteri sering mengamok ,..hubungan kami suami-isteri idak lagi seceria dulu..saya tahu apa yg berlaku adalah salah saya tetapi saya masih meneruskan hubungan sampai hari ni,….terus terang saya amat menyintai dan menyayangi isteri saya tapi dalam masa yg sama perasaan itu juga sama untuk teman wanita…

saya sudah bersemuka dgn keluarga teman wanita dan meyatakan ingin berkahwin .keluarganya menerima saya seadanya..teman wanita setuju jadi isteri ke2,

masaalahnya..

saya belum lagi bersemuka dgn isteri pertama..dan bagitau perkara ini…

saya khuatir isteri minta cerai..sebab saya amat sayang isteri dan anak2..

dalam masa sama..saya perlu bertggungjawab dgn apa yg telah saya lakukan dgn teman wanita …

tujuan..saya disini bukanlah untuk dikritik tapi minta buah pikiran apa yg patut saya lakukan..

 

 

 

Popularity: 13% [?]

Processing your request, Please wait....

116 Responses to “cari peyelesaian…”

  1. JEEN says:

    Nusyuz adalah bila isteri minta cerai tanpa sebab pada suami yang baik dan bertanggung jawab. (kalau suami bercinta dan berbohong sentiasa tu, bukanlah suami yang baik yer tuan tuan !!)

    Poligami bukan perkara wajib yang akan membuat perempuan berdosa jika tidak mengamalkannya.

    Jika perempuan menolak hukum poligami adalah dibolehkan dalam islam, itu baru dia berdosa. Tapi perempuan boleh menolak utk tidak mengamalkan poligami.

    Jika perkara sunat, kita boleh samada lakukan atau tidak, begitu juga poligami yang bukan perkara wajib ini (Eh… poligami sunat ke ? Sapa bley jelaskan ?)

    Jangan buat isteri menderhaka dan masuk neraka kerana perlakuan saudara.

    Jika sayang dia sebagai isteri, layan dia sebagai isteri yang world tahu perbuatan dia pada world ada balasannya. Jangan jadi penyebab utk dia membenci dan melawan cakap world.

    Jika rasa dia tidak sesuai lagi untuk en world dan perempuan baru tu lebih sesuai, dan isteri telah menolak bermati matian utk berpoligami, usah buat dia derita.

    Lepaskan dia cara baik, doakan dia berjumpa dengan lelaki yang baik juga yang dapat menjaga anak anak world.

    Tapi, kalau dia terbuka hati untuk menerima perempuan tu sebagai madu, tahniah untuk en world… semoga berbahagia…

    Tapi, jika pun penceraian terjadi, world kawin dengan perempuan baru tu, tak salah untuk world kembali rujuk semula pada isteri lama (boleh isteri lama jadi baru balik !!!)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  2. malinja says:

    perkahwinan bukan untuk keseronokan atau kepuasan, tetapi ia adalah tanggungjawab yang amat besar bagi seorang suami dan isteri, kerana bakal melahirkan generasi akan datang. jika nak sangat kahwin lagi, kawin aje lah yg penting ia adalah perkara yang dihalalkan malah dianjurkan bimbang dosa yang akan terbeban. selepas itu sebagai suami, anda adalah ketua keluarga dan wajib memastikan kebajikan keluarga anda terjaga, bukan menjaga keinginan anda sahaja. Tanggungjawab kita sangat besar,saya biasa di kelilingi oleh anak-anak yang keluarga yang terumbang-ambing, sedih sangat. saya teringat bapa-bapa yang mempunyai anak2 yang berjaya, yang dipentingkan bukan kehendaknya, tetapi keperluan anak-anak dan keluarganya, maka lahirlah anak-anak yang berjaya dan berguna. fikir-fikirlah. walau apa saja keputusan yang saudara ambil, tolong pastikan saudara bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan keluarga saudara dalam keadaan yang harmoni, perasaan wanita , kemarahan dan kesedihannya akan pergi bersama masa, kerana hidup mesti diteruskan walau apa yang berlaku kerana yang penting ialah kita mesti memastikan kestabilan emosi anak-anak lebih-lebih yang masih kecil apatah lagi yang sedang meningkat remaja, jiwa anak2 adalah sensitif, kepincangan dalam hubungan ibu bapa akan memberi kesan kepada emosi mereka yang mungkin mempengaruhi prestasi mereka, kita mahukan anak yang pintar bukan, tolong jaga emosi mereka, fikir-fikirkanlah.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  3. TP says:

    http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/DrMashitah/20090622102030/Article/indexp_html

    ANDA MUSYKIL DR.MASHITAH JAWAB bersama Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri

    Suami ugut tidak ampun dosa

    SOALAN

    SAYA sudah bersuami dan suami saya berkahwin lagi tanpa persetujuan saya. Saya musykil, bagaimana dia boleh berkahwin di negara kita tanpa persetujuan isteri pertama? Lagipun gajinya tidak mampu untuk menyara dua keluarga,

    Masalahnya sekarang dia langsung tidak menunaikan tanggungjawab terhadap dua anaknya. Saya mempunyai alasan yang kukuh untuk menuntut cerai. Tapi suami saya berkata sekiranya saya bercerai dengannya, dia tidak akan mengampunkan dosa saya.

    Jika saya berkahwin lain, syurga saya sudah tentunya akan berada dekat suami baru saya.

    Soalan saya, adakah saya tidak akan mencium syurga dengan kata-kata suami saya yang pertama walaupun saya sudah berkahwin lain?

    ISTERI DILEMA
    Kelantan

    JAWAPAN

    Ada dua perkara yang puan harus faham iaitu makluman isteri dan persetujuan isteri.

    Daripada segi perundangan Islam di Wilayah Persekutuan, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor, jika seorang lelaki ingin berpoligami dia tidak perlu mendapatkan persetujuan isteri mengikut Islam dan undang-undang.

    Bagaimanapun makluman pada isteri akan membolehkan isteri pula menyatakan tuntutan hak dirinya seperti memohon harta sepencarian, penentuan mahkamah mengenai suami yang perlu dan mampu berpoligami dan sebagainya.

    Jika suami puan sekarang tidak menunaikan tanggungjawabnya untuk memberi nafkah kepada anak-anaknya, puan boleh membuat tuntutan itu melalui arahan mahkamah untuk suami berbuat demikian.

    Suami tidak berhak mengugut isteri untuk tidak mencium syurga.

    Jika sudah berpisah atau bercerai dan isteri berkahwin pula dengan orang lain, maka isteri mempunyai tanggungjawab terhadap suami barunya dan bukan bekas suami.

    Syurga adalah hak Allah secara mutlak yang diberikannya pada mereka yang dipilih, janganlah ada mana-mana pihak yang mempermainkan hak berkenaan.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  4. RN says:

    Saya setuju dgn pandangan dr Malinja..sebuah perkahwinan tu adalah perkongsian dua hati d dlm mengharungi keidupan ni..sebaik lafaz akad diucap. maka bermulalah cabaran & tanggungjawab yg harus d pikul…sepatutnye semakin lame sesebuah perkahwinan tu..semakin bertambah mesra & sebati hubungan kshsyg kite terhdp pasangan..lebih2 lg dgn hadirnye anak2 yg menyerikan lg rumahtangge kite…sebagai ketua keluarge..saudara sepatutnye menumpukan tanggungjwb yg d amanahkan ni dgn lebih menumpukan tumpuan & perhatian kpd keluarga..bknnye melayan perasaan dgn keseronokan dgn mnjalin hubungan dgn gadis lain..fikir2kanlah segala pengorbanan isteri d mse ssh & sng melayari kehidupan bersama saudara…yg lbh pntg..fikir2kanlah emosi anak2 yg msh kecil..mereka lbh mmerlukan saudara utk meneruskan liku2 kehidupan ni..jgnlah d musnahkan kebahgiaan yg sedia ade d genggaman demi utk mengejar impian yg belum pasti…bermadu tu walaupun manis tp ianye pahit bak hempedu bg kaum wanita…terpulanglah pd saudara utk menilainye..samade mahu meneruskan hasrat terpendaam saudara tu atau kekal & komited dgn perkahwinan yg sedia ade..keputusan d tangan saudara..jd fikirkan dgn semasak-masaknye agar x menyesal d kmudian hari..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  5. dinimia says:

    Syok nya bila dpt kasih syg dr ramai pmpuan.bini ada,gf ada..tu la yg sume lelaki nak.Kdg2 aku pikir jadi jntan ni best ek..pmpuan senang2 jer syg kita.Dgn bini lak,bini sanggup berkorban nyawa,harta utk pertahankn umhtangga walau buruk cmner pn perangai.Lelaki kata bini pertama tamak kasih syg sb x bg poligami tp sebenarnya sang suami tu yg tamak kasih syg..x ckup ksih syg dr wife..nk lak dr pmpuan len.
    Tgk kes syariah kt tv9 last week lg sakit hati..somi langsung x blik umh isteri pertama siap langsung x jenguk ank+bg nafkah.Dok umh 2nd wife terus.
    Kaum wanita ni selalu di aniaya..bkn stkt fizikal bahkan mental lg teruk.
    Lelaki ni memang mementingkan perasaan diri..perasaan ank+bini tolak tepi jnji happy.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  6. norwati says:

    wahai world yg bermasalah… tentu u dh biasa dengar masalah tentang poligami terutama di dcck ini, banyak perdebatan, bertikam tulisan kat sini memperjuangkan dan menegakkan pendapat memasing kat sini.. perempuan.

    lelaki.. u, sebelum u buat keputusan untuk berkenan dan terjatuh atau “majatuhkan cinta” u pd wanita lain (yg lemah lembut, lembut hati, walau nampak keras & tegas) selain isteri anda, anda wajib sedar akan tanggungjawab anda sebagai lelaki muslim yg terlalu banyak tanggungjawabnya terhadap communitynya. sbb seorg lelaki muslim dia wajib sedar bahwa dia bukan hanya hak mutlak isterinya, tetapi agamanya, bangsanya.

    namun rumah tangga adalah kumpulan komuniti dan agam yg terkecil. kalau yg terkecil ini tidak terbela dan terabai, bagaimana nanti dgn komuniti yg lebih besar diluar sana.

    sy memang menggalakkan poligami demi menuntut hak kaum lelaki sebagai pembela wanita2 dan anak serta org tua2 muslim, namun kalau yg ada (setakat isteri dan seorg anak x terbela) bagaimana mungkin nak membela wanita yg lain?

    namun.. apapun semuanya kita boleh belajar, kalau u boleh belajar sampai universiti, tetapi dlm soal ugama, bab munakahat, bab akidah dan sebagainya lagilah mudah bagi u (sbb ianya adalah pakaian muslim tiap2 hari).

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  7. norwati says:

    seandainya u nak berpoligami, sy cadangkan awak belajar dulu dgn ustaz atau ustazah yg lebih berwibawa dan fahamkan dengan sebaik2nya prinsip, konsep dan bgmana nk prakticekannya.

    Dalam soal pendidikan agama u wajib perlu bawak isteri u & anak2 u belajar sekali. (u kena ajar gf u jugak – biar sume faham). Kata org, kalau kita x boleh nak didik, kita hantar depa gi blaja ngan ustaz / ustazah atau kita panggil ustaz/ustazah dtg ngajar.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  8. norwati says:

    sbb bila pompuan tak nak terima poligami, akibatnya… masyaAllah… sedih u, sedih.. org islam kita yg lemah (wanita & anak2) yg teraniaya.

    dlm dcck ini sendiri kita lihat dn baca ulasan2 mereka (mental problem jadinya).

    contohnya: ada seorg lelaki yg hanya seorg lelaki yg berpoligami tanpa izin isteri pertamanya, sim1 minta cerai, maka “TERPAKSA” bercerai (tak sefahaman), anak2 6 org tinggal ngan tok nenek dh tua kat kg. si m1 kurang pelajaran (setakat srp) kerja GRO (kat bandar bukan KL) atas alasan nk bela anak2 (x-hb x nk bg nafkah anak2 sbb sakit hati/kurang mampu). do u see how hard are they? bayangkan tuk nenek yg jg anak2, nak dimarah/nak dipukul anak org/anak cucu, tanpa penjagaan dan pemantauan yg sewajarnya.. apa nak jadi pd anak2 yg begitu? hanyuttttt… hanyut saudara. anak2 yg 6 , ada yg jd pencuri, penagih dadah, pelajaran x tinggi kerja kilang (taulah pergaulan di kilang dgn ilmu ugama yg sedikit?).

    saudara yg terdekat? nak buat macamana? di tegur salah, x ditegur jg salah.

    saudara world (itulah sedikit scenario) – percerian dr ibubapa yg kurang ilmu agama, tidak prihatin tentang anak bangsa seislam. ini sume tanggungjawab lelaki seperti saudara utk membantu dan membela.

    jadi… fikir2kanlah sebelum bertindak.

    ingatlah, selagi dia islam (lelaki/wanita) dia tetap saudara kita biar apapun pendirian dan pendapatnya.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  9. nur says:

    hmmmmmmmmmmmmmmm…spesis serupa ex-hub saya. saya berundur diri, atas dasar menyedari dia x mampu. mereka akhirnya bersama…heheheehehe now dah bercerai pon wpun suatu ketika dulu dia teramat sayang dan ingin bertggjwb dgn gf tercinta. saudara kene ingat…tanggungjawab wajib adalah pd isteri dan anak2. pd gf tu, itu perhitungan saudara, gf saudara dgn Allah.kalau bertggjwb sekalipun, itu atas dasar kemanusiaan je kot sb dosa tetap x terampun kalau saudara x bertaubat.

    sila la saudara kembali ke pangkal jalan. selamatkan perkahwinan sedia ada. doakan gf sedara bertemu jodoh yg lebih baik dan bertggjwb.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0

  10. dinimia says:

    oo nur..
    sama gk kisah awk dgn sy…
    mcmana awk harungi perpisahan dgn die tu?die rela ke lepaskn awk?
    hee sory ler sibuk nk interbiu lakkk

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  11. nur says:

    hai dinimia…..
    marah tuan rumah nanti sb kita ganggu majlis dia! actually terlalu ramai spesis serupa ni di malaysia skang.
    mcm mn sy harungi perpisahan? saya terlalu sibuk menyiapkan tesis master masa tu, kerja lg n anak. x sempat sgt nak layan perasaan tp sy mmg luangkan skit masa utk mencari jodoh baru. selepas 3thn, sy ditemukan dgn suami skang, bujang tp sudi menerima pakej sy seadanya.
    dia lepaskan sy sb dia takut sy curang pd dia, setelah sy ketahui kecurangan dia. gf dia pon mmg nak bolot suami sy sorg…..so x jd masalah pon pd sy.

    what bout u? jom pi sbg belajar slp ni….jgn dilayan perasaan tu!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  12. kucing api says:

    classic case of accept and redha what happened, and move on..

    kalau layan perasaan why this happened, dendam, pitying on ourself, etc.. mungkin nur masih tidak keluar dari situasi itu..

    alhamdullillah pertolongan Allah itu ada sekiranya kita sendiri nak terima kan? Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tak mau berubah.. kalau masih mau pusing2 dalam perasaan yg tak berfaedah, saya rasa kita hanya menzalimi dan menyeksa diri sendiri sahaja.. semoga kita sentiasa Allah kuatkan dan lindungi dari perkara2 yg membinasakan diri sendiri insha Allah aminn..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  13. dinimia says:

    hai nurr..
    hee xper..tuan umh,si world tu dh lari..so kita wat mcm umh sendiri ler..
    OO syukur alhamdulillah awk bahagia akhirnya.Hrp insyallah sy pn akn lupakn ex tu.
    Nk kuar dr bayangan ex tu susah gk..sb tu sy susah nk terima org len.Tp dgr citer awk..alhamdulillah..awk dpt org yg lg baik dr ex awk.Tahniah sb awk tabah+kuat hadapi sume dugaan..dgn study lg.Ni la contoh utk sesapa yg penah gagal sblm ni.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  14. Maryam says:

    betul..Rasulullah xde gf…awak da 3thn ade gf. Senang je..xpayah pening2 kepala. Setia je pada isteri pertama.. buat ape pening kepala kahwin 2… da byk kite dgr yg suami xmampu berlaku adil dan akhirnya isteri pertama jadi mangsa.

    Wahai lelaki budiman,

    Pikirlan ape perasaan anda if bapa anda lakukan hal yg sama kepada ibu anda?

    Peritnya menjadi seorang ‘MADU’ lebih perit dari sakit hendak bersalin.

    Renung-renungkan lah..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  15. tok moh Degawan says:

    Peritnya menjadi seorang ‘MADU’ lebih perit dari sakit hendak bersalin.
    —————————
    bukan menjadi madu la maryam… mendapat madu.. itu la atok suh sambung blajo ko takmo asik nk tawen jer…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  16. nor says:

    buat solat istikharah..skrg hati memang berbunga sebab di sana menanti, di sini menunggu… takut nanti sakit kepala sebab xde sesiapa yang bahagia..
    bukan mudah nak berlaku adil walaupun mungkin saudara ada kemampuan…
    kasihani anak-anak dan isteri yang sedia ada serta masa depan kekasih anda..setakat mana kebahagiaan yang boleh anda beri, segalanya akan terbahagi-bahagi…
    bukan menentang sunnah..tapi xde manusia semulia dan sehebat Rasulullah…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

RSS feed for comments on this post.