10 JulMisi Isteri Pertama


Salam semua…

2 tahun lepas saya di madukan. Masa itu suami berkerja di luar negara. Suami bertemu dengan wanita itu pun di luar negara.. Saya terpaksa jaga anak-anak di Malaysia sebab tuntutan kerja. Bila suami cakap nak kahwin lain, saya pun redha sebab dua-dua kat sana, saya pun tak tahu apa yang dorang dah buat kan.. jadi dari buat maksiat saya izinkan dia kahwin.. walaupun tak rela sangat.. sebenarnya pun dorang dah kawin senyap2 sebelum bagi tahu saya…

Saya ada 2 anak yang comel2.. dan saya pun masih comel.. dah biasa hidup tanpa suami di sisi.. saya yang besarkan anak2.. alhamdulillah sepanjang dia di luar negara perbelanjaan dia tak pernah lupa hantar.. walau pun makin lama makin sikit (sebab dah kawin kat sana kan) saya tak kisah sebab gaji saya pun cukup untuk hidup kami 3 beranak..

Alkisah, suami saya di transferkan semula ke Malaysia.. jadi madu saya pun terpaksa ikut balik Malaysia juga.. Mula-mula tu ok, suami selang seli balik rumah, tapi lama-lama saya tengok madu saya semakin menganggu privasi saya, bila giliran suami dengan saya. Memula tu saya ok jer, sebab saya kalau laki saya giliran kat umah bini no.2 saya tak kacau pun. Walaupun kadang-kadang anak2 sibuk cari papa diorang. Tapi madu saya belum ada anak pun… tulah madu ni memang manjanya terlebih.. saya pun ikut je rentak sang madu saya ni… kadang2 suami saya seminggu sekali jer balik rumah.. lepas tu membawa ke 2 minggu sekali… ini sudah lebih… alasannya sang madu saya mengandung… (saya mengandung dulu tak ngada-ngada pun)..

Tetiba suatu hati tak ada ribut tak ada angin suami saya mintak cerai.. dia kata sang madu tu tak dapat hidup bermadu… amboi, amboi.. kita dah berbaik2 bermadu dia pulak tak boleh hidup bermadu.. dari situ saya tahu madu saya ni ada ‘something wrong’.. suami saya pun terpaksa sebab sang madu ugut macam2… nak gugurkan anak la, nak bunuh diri la.. alah.. ayat2 dan aksi2 biasa yang meloyakan… saya pun ikut, tapi saya pasang strategi… satu hari saya akan perang psikologi dengan madu saya..

Walaupun saya dah diceraikan dan madu saya dengan kembang hidung bangga jadi bini no.1, saya tak halang anak2 jumpa papa mereka. Tapi dengan syarat, setiap kali jumpa papa saya mesti ikut. Sebulan sekali mesti jenguk anak2 di rumah saya, dan anak2 mesti melawat papa di umah baru dengan saya.. Dari situ saya pasang strategi.. Saya akan pastikan suami saya sentiasa lihat saya di depan matanya. Saya tak membenci ex-suami saya walaupun hati saya sakit. Tapi anak2 dah besar dah pandai beza. Kalau pergi rumah mummy (gelaran untuk madu saya), rumah bersepah diorang sendiri komplen. Saya pulak semakin pasang badan, saya nak tackle balik laki saya secara psiko. Saya cantikkan diri, sentiasa memahami, bak kata apa ajer la yang dapat goda balik laki saya, saya buat tapi, secara diam2.. setiap kali suami datang rumah, saya akan perasan dia merenung saya dari jauh.. cakap pun tergagap2 macam orang pertama kali jatuh cinta.. apa jer yang berkaitan dengan saya yang anak2 mahu dia pasti akan setuju.. bila anak2 kata, papa kereta mama dah tak uptodate la.. dah lama.. tetiba minggu depan bawak keta baru tuk saya.. huh, mana tak menyirap ex-madu saya…

Lama-kelamaan, dalam 8 bulan misi saya berjaya. Ex-suami jatuh cinta balik dengan saya. Senyap2 sms saya. Saya nak ex-madu saya tu rasa apa yang saya rasa dulu.. Kena tipu sunat oleh laki, sms sorok2 dalam jamban dengan bekas bini! lucukan.. ok lah tu, macam dia sms/jumpa/tepon/dating sorok2 dengan laki saya dulu.. dia dah kena buku dengan ruas. Ex-suami saya pulak makin kerap jengok anak2.. sebenarnya jengok saya yang lebih.. hehehe.. boleh di katakan hari-hari..

Misi saya hanya nak madu saya rasa apa yang saya rasa.. Nak balik ke pangkuan suami memang dah tak dapat lagi sebab suami saya tak teguh pendirian untuk pertahankan rumah tangga kami walau saya dah berkorban segala-gala.. Suami terlalu mengikut kata madu sampai sanggup ceraikan saya.. Sekarang suami saya dah gila talak.. Tak tahu la saya madu saya tu dapat bertahan atau tidak.. Mana taknya hidup ngan saya dah 12 tahun, hidup ngan bini muda baru 2 tahun, siapa yang lebih expert dari segala hal, mestilah bini tua kan.. dah tahu apa yang suami suka, bla..bla..bla.. tak perlu start lagi dari mula..

Sekarang ni ex-madu saya pula serang saya.. hantar sms macam-macam.. dulu saya tak pernah serang dia pun.. terlebih sudu dari kuah.. memang mental dia dah sakit bila laki dia tergila-gilakan bekas bini iaitu saya… misi saya memang berjaya. Saya tak tahu sampai bila dan apa akan terjadi dengan ex-suami saya kalau saya tak terima dia semula.. saya pun malas nak ambik tahu.. saya tak akan suruh dia ceraikan ex-madu, saya bukan pompuan pendek akal.. biar dorang hidup macam tu, hidup dengan kehadiran pihak ketiga. Biar dorang rasa.. Biar dua-dua menderita. Dalam masa yang sama saya tetap layan ex-suami saya dengan baik, baik giler…. Sebab saya tahu dalam hati dia sekarang hanya ada saya.. Misi saya berjaya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Processing your request, Please wait....

108 Responses to “Misi Isteri Pertama”

  1. terkedu says:

    hadoilaaaaa korang nie macam2 hal la.. bagus betul semangat akak tu.. x cepat melatah.. ni baru VOGUE!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  2. didi duda says:

    ada peluang bagus ni…meooowwww

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0

  3. ujang says:

    bagus

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0

  4. bunga mawar says:

    kalau pun dimadukan…apa salahnay
    janganlah berdemdam dgn suami tu
    hidup kita ni sementara aje
    akhiraat nanti yg kekal abadi
    takutlah kamu akan kematian..

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1

  5. azizahcreative@yahoo.com.my says:

    suke betul saya ngan cara tu

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0

  6. noni says:

    Yg dinamakan manusia x kan bahagia.. jika x tahu peranan masing2.

    .lelaki atau prpm.. yg niaya org lain… jadi cam tu la.

    .. suka cara HF…

    klu ada jodoh, kawen ngan xhb tu… kan dia tu hak anda & ayah kpd putera2 anda.. gudluck 2 u…

    caiyo!!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  7. intaniman says:

    moga dalam rahmat Allah semuanya.
    Firman Allah SWT :

    Maksudnya:“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”
    (Az-Zariyat: 56)

    semua perbuatan kita adalah perbekalan
    untuk hari yang kekal abadi nanti. sesungguhnya dunia ini tidak lain hanya tipu daya semata.
    untuk sabar , ikhlas, hening dan redho dengan semua aturan Allah memerlukan ilmu dan keimanan , namun, doa yang penuh tawadhu’ terhadapnya perlu agar kita termasuk dalam hambaNYa yang diredhoi.
    membalas perbuatan seseorang hamba lain memang dibenarkan dalam agama suci Islam kita, walaupun memaafkan itu akhlak yang mulia, namun pembalasan tidak boleh lebih daripada penganiayaan.
    sekiranya kita berbuat sesuatu tanpa niat kerana Allah , perbuatan itu tinggal perbuatan yang akan tetap dinilai tapi tanpa pahala ibadah.

    “berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran.”
    -al asr.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0

  8. elly says:

    rugi lagi..best nye..selut dekat tuan tanah…mmg bagus sangat sokong 100%…biar rasa balik mcm dia amik laki orang

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0

RSS feed for comments on this post.