10 JulMisi Isteri Pertama


Salam semua…

2 tahun lepas saya di madukan. Masa itu suami berkerja di luar negara. Suami bertemu dengan wanita itu pun di luar negara.. Saya terpaksa jaga anak-anak di Malaysia sebab tuntutan kerja. Bila suami cakap nak kahwin lain, saya pun redha sebab dua-dua kat sana, saya pun tak tahu apa yang dorang dah buat kan.. jadi dari buat maksiat saya izinkan dia kahwin.. walaupun tak rela sangat.. sebenarnya pun dorang dah kawin senyap2 sebelum bagi tahu saya…

Saya ada 2 anak yang comel2.. dan saya pun masih comel.. dah biasa hidup tanpa suami di sisi.. saya yang besarkan anak2.. alhamdulillah sepanjang dia di luar negara perbelanjaan dia tak pernah lupa hantar.. walau pun makin lama makin sikit (sebab dah kawin kat sana kan) saya tak kisah sebab gaji saya pun cukup untuk hidup kami 3 beranak..

Alkisah, suami saya di transferkan semula ke Malaysia.. jadi madu saya pun terpaksa ikut balik Malaysia juga.. Mula-mula tu ok, suami selang seli balik rumah, tapi lama-lama saya tengok madu saya semakin menganggu privasi saya, bila giliran suami dengan saya. Memula tu saya ok jer, sebab saya kalau laki saya giliran kat umah bini no.2 saya tak kacau pun. Walaupun kadang-kadang anak2 sibuk cari papa diorang. Tapi madu saya belum ada anak pun… tulah madu ni memang manjanya terlebih.. saya pun ikut je rentak sang madu saya ni… kadang2 suami saya seminggu sekali jer balik rumah.. lepas tu membawa ke 2 minggu sekali… ini sudah lebih… alasannya sang madu saya mengandung… (saya mengandung dulu tak ngada-ngada pun)..

Tetiba suatu hati tak ada ribut tak ada angin suami saya mintak cerai.. dia kata sang madu tu tak dapat hidup bermadu… amboi, amboi.. kita dah berbaik2 bermadu dia pulak tak boleh hidup bermadu.. dari situ saya tahu madu saya ni ada ‘something wrong’.. suami saya pun terpaksa sebab sang madu ugut macam2… nak gugurkan anak la, nak bunuh diri la.. alah.. ayat2 dan aksi2 biasa yang meloyakan… saya pun ikut, tapi saya pasang strategi… satu hari saya akan perang psikologi dengan madu saya..

Walaupun saya dah diceraikan dan madu saya dengan kembang hidung bangga jadi bini no.1, saya tak halang anak2 jumpa papa mereka. Tapi dengan syarat, setiap kali jumpa papa saya mesti ikut. Sebulan sekali mesti jenguk anak2 di rumah saya, dan anak2 mesti melawat papa di umah baru dengan saya.. Dari situ saya pasang strategi.. Saya akan pastikan suami saya sentiasa lihat saya di depan matanya. Saya tak membenci ex-suami saya walaupun hati saya sakit. Tapi anak2 dah besar dah pandai beza. Kalau pergi rumah mummy (gelaran untuk madu saya), rumah bersepah diorang sendiri komplen. Saya pulak semakin pasang badan, saya nak tackle balik laki saya secara psiko. Saya cantikkan diri, sentiasa memahami, bak kata apa ajer la yang dapat goda balik laki saya, saya buat tapi, secara diam2.. setiap kali suami datang rumah, saya akan perasan dia merenung saya dari jauh.. cakap pun tergagap2 macam orang pertama kali jatuh cinta.. apa jer yang berkaitan dengan saya yang anak2 mahu dia pasti akan setuju.. bila anak2 kata, papa kereta mama dah tak uptodate la.. dah lama.. tetiba minggu depan bawak keta baru tuk saya.. huh, mana tak menyirap ex-madu saya…

Lama-kelamaan, dalam 8 bulan misi saya berjaya. Ex-suami jatuh cinta balik dengan saya. Senyap2 sms saya. Saya nak ex-madu saya tu rasa apa yang saya rasa dulu.. Kena tipu sunat oleh laki, sms sorok2 dalam jamban dengan bekas bini! lucukan.. ok lah tu, macam dia sms/jumpa/tepon/dating sorok2 dengan laki saya dulu.. dia dah kena buku dengan ruas. Ex-suami saya pulak makin kerap jengok anak2.. sebenarnya jengok saya yang lebih.. hehehe.. boleh di katakan hari-hari..

Misi saya hanya nak madu saya rasa apa yang saya rasa.. Nak balik ke pangkuan suami memang dah tak dapat lagi sebab suami saya tak teguh pendirian untuk pertahankan rumah tangga kami walau saya dah berkorban segala-gala.. Suami terlalu mengikut kata madu sampai sanggup ceraikan saya.. Sekarang suami saya dah gila talak.. Tak tahu la saya madu saya tu dapat bertahan atau tidak.. Mana taknya hidup ngan saya dah 12 tahun, hidup ngan bini muda baru 2 tahun, siapa yang lebih expert dari segala hal, mestilah bini tua kan.. dah tahu apa yang suami suka, bla..bla..bla.. tak perlu start lagi dari mula..

Sekarang ni ex-madu saya pula serang saya.. hantar sms macam-macam.. dulu saya tak pernah serang dia pun.. terlebih sudu dari kuah.. memang mental dia dah sakit bila laki dia tergila-gilakan bekas bini iaitu saya… misi saya memang berjaya. Saya tak tahu sampai bila dan apa akan terjadi dengan ex-suami saya kalau saya tak terima dia semula.. saya pun malas nak ambik tahu.. saya tak akan suruh dia ceraikan ex-madu, saya bukan pompuan pendek akal.. biar dorang hidup macam tu, hidup dengan kehadiran pihak ketiga. Biar dorang rasa.. Biar dua-dua menderita. Dalam masa yang sama saya tetap layan ex-suami saya dengan baik, baik giler…. Sebab saya tahu dalam hati dia sekarang hanya ada saya.. Misi saya berjaya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Popularity: 18% [?]

Processing your request, Please wait....

108 Responses to “Misi Isteri Pertama”

  1. serupa tapi tak sama says:

    aku suka bab suami angau balik tu sbb aku pun sedang alaminya. Cuma aku M2…ooops jangan jeling2 muncung2…

    kami bagai jatuh cintan kali kedua, semakin romantik dan manja sampai aku rasa berbaloi dgn apa yg terjadi sebelum ini.

    adegan XXX juga semakin hebat dan panass…kalah waktu mula2 kawin dulu

    mungkin ini semua rahmat atas kesabaran dan keredhaanku dgn ujian Allah.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  2. serupa tapi tak sama says:

    jangan marah ya tapi aku rasa apa yg aku lalui sekarang lebih bermakna sebab bukan berpaksikan dendam, bukan untuk menyakiti sesiapa, sebaliknya keredhaan dan kasih sayang yg ikhlas..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  3. cik siti wan kembang says:

    saya suka mlah cite akak. Padan muka X madu akak tu, dh la amik hak org, pastu suruh cerai kan akak, apastu plak sekarang nie serang2 akak plak. Bagus lah tu xlaki akak dah gila talak , wife dia lak dah kena gila meroyan. Baru kena buku dgn ruas. Itu lah kan Setiap perbuatan itu mesti ada balasannya.

    Kak nanti citer lah lagi, episod seterusnya ya. nk tahu apa kesudahan nya. cam cite novel lak.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  4. dinimia says:

    Dendam x dendam..xkisahlah.jnji kita hidup bahagia.Setiap org akn rasa disakiti..jd dendam tu perasaan yg normal..jgn sampai berbunuhan dh ler..Kdg2 bkn dendam tp ia menjadi inspirasi.Respect kt heroin filem ni..Xder hati kt lelaki lain ker?Ke syg lg kt Ex hb tu?hihi
    Memang betul bg sy..ada ex hb yg sanggup tlg ex wife wlau dh berpisah sb ingtkn ank2.Sb ank2 dgn ex wife.Susah ex wife..susahlah ank.Dan kdg2 tu bila hb dh kawin dgn org len pn..bini die rasa mc brmadu lak dgn ex wife die.sb dh penah hidup susah senang brsama..tu yg tetap amik berat.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  5. mn says:

    congratulation…semuga happy ending..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  6. stoberimerah says:

    what u give,u get back..
    i like this story..hepi ending,buleh wat drama bersiri..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  7. psychic says:

    somehow aku rasa ko belum dapat terima hakikat dah jadi jandanya atau bekas isteri pertama. Tu yang tajuk tu tersyasyul sikit.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  8. Penerbit Telenovela says:

    Tajuk sepatut nya : “Revenge Of The Jilted Wife”

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  9. biskut merry says:

    Saya bersimpati dgn puan dan anak2..sampai hati suami ceraikan puan. Bekas suami puan tidak layak berpoligami kerana gagal mengendalikan isteri2. Saya harap puan akan ketemu sinar bahagia kelak.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  10. Meet Untie Temah says:

    ahkak rasa punca X hb puan gagap pasal banyak sangat berkaraoke lagu rap..

    p/s : X nih takder kene mengena ngan X cookie okeh.. peace!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  11. Meet Untie Temah says:

    masa memula tengok tajuk ahkak ingat ko keje Misi.. rupernya misi len..maap zahir batin lah yer ahkak lupes pakai kontek lens kaler biruuuuuu…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  12. sutera_biru says:

    saya suka baca kisah ni..tersenyum sendiri…biasalah..bila dh dilepaskan baru terasa hati masih sayang…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  13. norwati says:

    HF i like your style… sometimes kena ajar jugak org yg tak reti berterima kasih ni.
    go for it girl..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  14. kucing api says:

    Tajuk patut.. There no anger like a woman scorned.. rasa sesuai kot hehehe..

    ada juga ayat Quran larang mana2 isteri suruh laki dia ceraikan mana2 isteri.. sorry la tak hafal dia punya location kat mana.. tapi pernah terbaca la..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  15. norwati says:

    i hv heard there was a law mnegnai “dalang dalam rumah tangga”, yang bermaksud sesiapa sahaja orang yg telah mempengaruhi si hb untuk menceraikan isteri/isteri2nya tanpa sebab yg munasabah atau untuk kepentingan diri sendiri. “dalang” ini boleh dibawa kemuka pengadilan dan dihukum.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  16. norwati says:

    tetapi hendaklah dengan bukti2 yang kukuh dan sahih.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  17. kucing api says:

    ada2.. pernah terbaca.. tapi lupa hukuman mcm mana yg dikenakan.. undang2 zaman sekular ni tak pernah dgr la lagi kes mcm ni..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  18. kucing api says:

    contoh kalau ada laki goda bini org, atau pompuan goda laki org, atau isteri lain hasut sampai madu dia kena cerai etc… ada aduan, bukti siap la sapa yg buat tu..

    subhanallah lupa plak sebahagian yg pernah dibaca..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  19. hati berlian says:

    syabbassss betti !!!!!!!!

    aku tompang gembira dan kembang idung baca kisah ko nih….bagus….kini baru ex laki hang ngan binik baru dia rasa apa yg ko rasa….

    such an inspiring story….you managed to kill 2 birds with one stone…laki hang dah tergila2 kat ko balik, and ex madu hang pon dah panas bontot…padan muka depa…they deserved each other…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  20. mawar suci says:

    Bravo… bravo…. mcm ni la kita nak. m1 mesti strong dan bijak. jgn cepat tangkap leleh. Kasi ajar sikit M2 tu…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  21. spr says:

    dia bukan M1 lagi la, dia dah upgred jadi MJ.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  22. spr says:

    err…downgred? watever dah tukar gred.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  23. freewilly says:

    aku suka giler dgn strategi ni..
    dan u r really hebat!!!

    mmg bagus n pdn muka m2 tuh.. hahaha..
    she deserved it

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  24. Darilaut says:

    Forget revenge. Even if you attained it, it only leave you with emptiness.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  25. freewilly says:

    skali skala org yg x reti bersyukur mmg kena kasi ajar sket..

    dah kasi bermadu..
    naik lemak pulak..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  26. RN says:

    Wah!..anda ni mmg boleh d gelar heroin filem…bagus sgt strategi ande tu..org lelaki ni mmg sesekali tu kite kene ajar dia…baru c madu tu tau penangan ex madunye tu…baru dia tau camne ande rasekan dulu…dah org bg tumpang..nak bolot sorg2 lak dia..baru pdn dgn muke dia tu…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  27. mawar suci says:

    x kisahlah up grad ke down grd…. yg penting ending story tu…. sapa menang bergaya !!!!

    kalau x bg dikatanya m1 tamak, tolak hukum poli, x redalah… …dot..dot..dot..
    dah bagi… naik tocang plak.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  28. alice says:

    kan bagus kalau guna strategi ni awal2 dulu lagi utk menggoda suami. yelah..masa masih menjadi isteri. Dah tentu ada peluang dapat pahala.

    Sekarang dapat pahala ke dosa waallahualam…walaupun atas nama dendam, awak dikira menganggu rumah tangga org juga…so 2 X 5 saja la dgn ex-madu tu.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  29. angol says:

    alice.. cam ner dia pasang strategi tu awal2 kalau pompuan macam ko suka2 kebas laki dia… hehehe

    dia tak berdosa la.. dia hepi jer, aku rasa kalau madu dia gila baru dia berdosa..

    aku suka cite ni.. ok la tu ganggu menganggu… alice, ko nak ganggu laki aku tak?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  30. alice says:

    hebat betul angol tahu siapa berdosa siapa tak ni. Belajar kat tg rambutan ke?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  31. Heroin Filem says:

    Alkisah, sabtu lepas anak sy yang kecik, masuk hospital. Penyakit biasa dia asma.. Sy dgn ex-hubby amik giliran jaga dia kat hospital. Masa tunggu giliran hubby tuk jaga dia, dan sy pulak nak balik rehat, ex-madu saya kol ex-hubby berkali-kali.. teruk betul pompuan tu, mmg la kat umah sana anak, kat hospital pun anak dia jugak.. Sy dengar pakai ekor telinga yang ex-madu saya herik2 ex-hubby. (saya dulu tak pernah herik kat dia).. pas tu tgk muka ex-hubby bengang giler.. mmg dorang dah tak bahagia… saya pulak, pancing la ex-hubby.. “kalau wife u tak bagi u jaga anak kita, u baliklah, biar i je tunggu dia k…” manis mulut saya.. ex-hubby terus tertunduk.. saya tahu kekesalan mmg menebal kat dalam hati dia.. tapi, sapa suruh gatal nak kawin lain.. ha.. rasakan…

    saya pun balik.. tinggalkan anak saya dengan papa dia.. sambil berjalan saya terfikir, kenapa la ada pompuan macam ex-madu saya tu.. bila dia semakin berkasar macam tu dengan ex-hubby, semakin la ex-hubby mendekati saya, dan semakin terseksa la dia…

    Ex-hubby berkali-kali minta untuk bersama semula.. tapi saya diamkan diri, dan selalu keluar dari tajuk tu.. mmg saya tak mahu kembali pada dia, tapi saya tak akan keluar dari hidup dia, sebab dia ayah pada putera2 saya… saya tak mahu sebab ex-madu saya yang sakit mental tu, anak2 saya jadi mangsa.. setuju atau tidak, dia kena terima.. sakit atau tidak dia kena telan.. anak tetap anak..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  32. nur jannah says:

    “Dan tidak ia (Allah S.W.T.) menanggung budi sesiapa pun, (dengan amalan mereka) yang patut dibalas, melainkan (bagi) yang hanya mengharap keredhaan tuhannya yang Maha Tinggi, dan sesungguhnya ia akan dipuaskan hatinya. (Dengan dikurniakan apa yang diharapkan dari Allah S.W.T.)” [Surah al-Lail ayat 19-21].

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  33. black rose says:

    aku nak buat strategi ni sebagai panduan …bagus tu

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  34. mn says:

    Take care ur kids….suka semangat HF..also learn frm u how to takcle hb..congratulation…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  35. melinja says:

    tahniah HF.. itu yang sepatutnya berlaku..hidup yg sementara nih la utk bahagia..buat apa nak menderita

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  36. ahkak bling2 says:

    hb HF dah terjatuh dlm godaan x-wife…
    baru dia tau, bertapa hebatnya godaan donia…he he

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  37. moo moo says:

    org mcm hb dia tu, lembu ayappan nak mengawan pun boleh goda…moooooooooo

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  38. Rink says:

    good strategi..
    boleh dijadikan panduan..
    dan semoga apa yg anda alkukan hanyalah utk myedarkan mrk bukannya dgn niat dendam..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  39. hati berlian says:

    OK la HF, u made your point…so it’s time to move on….

    jangan lak awak terlekat dan tersangkut nanti…lelaki desperado dan pompuan desperado neh lain macam pangai nya….kata mereka, all is fair in love and war….

    so be careful ya…

    laki ko ni pon insap sebab dia susah, dah dapat bini baru macam gorilla…itu la….dulu dah ada bidadari dulu dia lepas, sebab hati dah chenta sama itu gorilak…skang baru mao insap…..jantan tak sadar diri!!!! (baca stail nyonya mansor)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  40. norwati says:

    momoo… ko jgn ckp hb org cam tu.. tak baik sis. nanti kecik hati HF.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  41. moo moo says:

    betul juga ckp ko norwati…buruk2 pun bapa anak2 dia kan. Aku harap anak2 dia tak mewarisi jin kelembuan bapa diorang tu.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  42. mad cow the jin lembu says:

    moooooooooooooooooooo meeooooooooooowwwwwwwwwww

    hello hello
    cubaan satu dua tiga
    cubaan satu dua tiga
    madcow in da house
    sapa tadi ada sebut pasal jin lembu ?

    saya mahu jual jin saya sapa mau beli

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  43. mad cow the jin lembu says:

    dua tiga jin berlari
    mana nak sama si jin lembu
    dua tiga bole ku cari
    mana nak sama abe jin lembu sorang

    ewahhhh….ha jawabbbb….
    mari berbalas pantun

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  44. mawar suci says:

    HF teruskan cara anda begini.. ha3x
    dulu ko mggatal x sedar…. skg time hf plak. ambik kau…. baru bertemu buku ngan ruas.
    buat baik dibalas baaik… buat jahat ? jahat le yg ko terima…

    padan muka !!!

    pada yg berkira2 nak mggatal ngan somi org jadikan kisah ini sbg peringatan/ pendoman.

    hanya jauhari mengenal manikam !!!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  45. bunian says:

    mmg bijak lah kamu ni… patut kamu ajar sama x hb kamu tu… biar dia gila angau dgn x m2 kamu tu… biar depa pakat2 rasa apa yg dah kamu rasa sblm ni… baru depa tau sakit ke tak?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  46. suka laki org says:

    hahahahahhahaha…tak sakit pon, kalau sakit laki you all jugak yg memujuk, best tau amik laki you alls majuk skit kelam kabut dipujuk lain la you alls kena pujuk diri sendiri huahuahua kesiannnnnn i tengok you alls ni, dah jadi janda tp gilakan bekas suami sendiri kata org jadi makhluk perosak sedangkan diri sendiri jadi parasit huahuahua

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  47. angol says:

    hahahaha… ‘suka laki org’.. hahaha.. aku suka la statement ko… hahahaha… ko tinggal kat ner?.. hahahah.. aku nak ambik laki ko la… hahahaa..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  48. ahkak gemerlapan says:

    suka laki org, dah berapa ramai koleksi laki org yg ko ada ek…tahniah…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  49. Heroin Filem says:

    ‘Suka laki orang’..

    sy tengok ex-madu saya macam dah sakit jiwa…siann dia..

    Ada ke malam2 tepon n sms sy tanya laki dia kat mana (mana la sy tahu, bukan laki saya)… siann dia..

    ex-hubby sy ngorat sy, pujuk saya dan dah tak pedulikan kat ex-madu… siannn dia..

    ex-hubby pun dah jarang balik umah ex-madu, balik umah mak dia jer, sebab ex-madu suka meroyan… siann dia..

    ex-hubby melutut kat saya untuk terima dia semula.. siaannn dia..

    biarlah dorang cam tu…..

    yang penting sy dan anak2 bahagia…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  50. Ninit says:

    What goes around comes around… lagu JT..

    What you give, you get back…lagu gak..tak silap Scorpion… itu lagu2 orang kapir tu…

    Moralnya kita orang Islam, jangan buat penaya kat orang…. Balasan dari Allah just around the corner, errr..ke..around the roundabout???…harharhar…kat…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

RSS feed for comments on this post.