Assalamualaikum wbt.
Smalam nuzul quran..
- Pagi tadi qiamullail.. tidak sampai 1/2 bulan lagi kita akan menyambut Yaumul Akbar iaitu Idulftri..
- Mlm tadi habis basah, jubah dipakai dgn linangan air mata. Membayangi dosa-dosa diri ini dalam menjalani kehidupan yang terpaksa ditempuhi dengan takdir yang sudah termaktub di Lauh Mahfudz.
- Kehidupan terus berjalan begitu juga dosa-dosa juga tetap tak dapat dielak walau cuba sedaya-upaya.
- Kehidupan tetap berjalan bersama orang yang tersayang yang berada di samping mahupun berasing mahupun yang sudah tiada di alam fana.
- Bukan tangisan riak, ujub atau membangga diri tetapi kekerdilan diri dihadapan Ilahi, di ruang solat, dibawah kubah, dihadapan mimbar pada Ramadhan kali ini dan Ramadhan yang akan datang masih belum pasti..
- Keampunan dr Tuhan Rabbul Izzati telah kupohon, tetapi kemaafan dariNya masih ku tak pasti. HablumminalLah.
- Keampunan dr handai taulan dialam maya ini pula kupohonkan dari anda semua. Itu pun kemaafan dr anda semua juga ku tak pasti; tetapi…; ampunkan saya. Hablumminannas.
Assalamualaikum warahmatulLahi wabarakatuh…
Popularity: 29% [?]

Processing your request, Please wait....

Juga mereka di sekeliling saya mohon ampun dari anda sekalian..
Correction: kita insan melata memohon AMPUN dari Ilahi tapi antara insan kita cuma memohon KEMAAFAN. Yang berhak memberi keampunan bukan kita tapi pencipta yang maha berkuasa.
Sebagai insan yang serba kekurangan, kita seharusnya memberi kemaafan kepada orang lain tanpa perlu dipinta.
Teringat saya pesan SIMBOLIK arwah bapa saudara disuatu hari dipagi raya…”Semasa menadah tangan menerima rezeki dari Ilahi, usah dicantumkan jari-jari sehingga tiada ruang untuk rezeki terlepas kebumi kerana rezeki itu akan lebih berkat kiranya makhluk lain seperti semut, ulat, cacing dll dapat sama merasa.
Pesannya lagi…kalau orang tercuri barangan kita, maafkan dia sebelum dia meminta maaf kerana dengan berbuat demikian, bukan sahaja dosanya dapat dikurangkan, tapi kita juga dapat pahala.
Sesekali saya berjumpa dengannya, walaupun singkat, namun nilai mutiara yang saya kutip lebih dari bertahun saya berinteraksi dengan insan lain.
Dan dalam perjalanannya ke alam bardzah, Masjid Air Hitam Johor penuh sesak.
Kenapa sukar sangat untuk memiliki, walaupun tidak sepenuhnya, kemurnian yang Allah kurniakan kepadanya!!!
the greatest battle is not fought out there in the open.. the greatest battle is often fought in the silence chamber of our heart..
in our heart.. in the solemn night.. as we in the proximity of Allah the Almighty.. Allah yg Maha Pengampun.. Allah yg Maha Pengasig lg Maha Penyayang, Allah yg Maha Mengetahui.. the darkness of the night.. the quietness of the night.. n ur tears start rolling.. u u seek for His divine forgiveness.. u seek for His strength to b able to forgive those u, as human fail to forgive.. u wish to forgive.. until one day u wil forgive dgn setulus hatimu.. n not forgiving for the sake of forgiving – sekadar memohon kemaafan manis pengucapan di bibir namun di hati lain jua.. satu peringatan untuk diri sendiri jua..
the greatest battle is not fought out there in the open.. the greatest battle is often fought in the silence chamber of our heart..<< Ironically, fighting it doesnt feel great :*(
Sesiapa yg muhasabah diri dan btaubat pd Ilahi, Insya Allah, kita tidak tgolong sbg insan yg rugi. Smoga hari ni lebih baik dr semalam.
~Nisha~
Tq nisha,Dusk Silhoutte,thornamongroses..