Saya ingin mendapat sedikit pendapat mengenai perkara ini. Adakah pasangan suami isteri yang telah bercerai dan berkahwin semula akan melupakan terus tanggungjawab mereka kepada anak-anak dari perkahwinan terdahulu? Saya kini amat tertekan. Hari Ibu baru-baru ini tidak memberikan sebarang makna kerana saya merasakan saya tidak mempunyai ibu bapa lagi di dunia walaupun mereka masih hidup.
Bukanlah saya ingin membuka pekung di dada sendiri. Tetapi saya cukup bersabar dengan karenah kedua-dua orang tua saya yang kini mempunyai pasangan hidup masing-masing. Dengan anak seramai 7 orang dari perkahwinan terdahulu, saya merupakan anak sulung yang telah cuba sedaya boleh membantu menyara keluarga. Ayah pula menghilangkan diri dan berkahwin dengan kekasihnya di utara semenanjung. Memang kehidupan kami penuh dengan kesusahan kerana tiada seorang yang bekerja untuk menyara keluarga.
Semasa bercerai, ibu menyambung semula pelajaran sehingga mencapai peringkat sarjana. Dengan kelulusan sebegitu, tentulah mudah untuk ibu kelak mencari pekerjaan tetap dan membantu membesarkan kami adik beradik. Saya pada masa itu, baru tamat belajar dan mendapat pekerjaan yang tidaklah mendatangkan pendapatan yang lumayan. Disebabkan saya pada masa itu bergelar ibu tunggal dengan seorang anak kecil, tinggal di ibu kota bersama-sama ibu dan adik-adik, tentulah memerlukan perbelanjaan yang agak besar dengan kos sara hidup yang tinggi. Tambahan pula, adik adik masih tidak bekerja kerana melanjutkan pelajaran.
Dipendekkan cerita, kehidupan kami bertambah baik kerana seorang adik saya telah tamat belajar. Saya juga berjaya menjawat jawatan yang agak baik di sektor kerajaan. Alhamdullilah, saya juga tiada masalah menjaga anak tunggal yang kini belajar di tahun satu. Kami hidup dalam keadaan sederhana kerana saya juga mempunyai komitmen lain seperti hutang pinjaman pelajaran, ansuran kereta, insurans dan sebagainya.
Setelah ibu sudah lama bersendirian, datang seorang lelaki yang sebaya dengan ayah melamar kerana dia juga merupakan duda yang ditinggalkan oleh bekas isteri kira-kira 3 tahun dahulu. Masalah mula nampak tanda-tanda apabila ibu seolah-olah mengabaikan kebajikan anak-anak yang paling kecil dengan menghabiskan masa berhibur dengan lelaki ini yang juga pesara. Sekian lama ibu ditimpa kesusahan, lelaki ini seolah olah mengambil kesempatan . 1o tahun dahulu, nama saya telah disenaraihitamkan oleh Telekom kerana gagal menjelaskan bil telefon yang hampir mencecah RM2000 ketika saya masih menuntut.
Bila disemak bil tersebut, ternyata ibu dan lelaki itu (ketika itu masih beristeri) telah bergayut berjam-jam meluahkan perasaan masing-masing disebabkan masalah rumahtangga apabila ibu pada masa itu baru diceraikan. Setelah berjumpa semula ketika kehidupan ibu semakin stabil, saya cuba meminta kedua-dua menjelaskan bil telefon ini kerana saya memerlukan talian strreamyx untuk tujuan kerja.
Ternyata usaha saya dipandang seolah olah mengungkit. Ibu mati mati mempertahankan lelaki ini yang sudah menjadi suaminya sekarang. Saya terasa amat kesal dengan sikap ibu yang tidak pernah mengenangkan sumbangan anaknya sendiri dan memaki-maki bahawa saya suka mengungkit, sedangkan beliau sendiri sedar, perbuatannya mengadu dan bergayut dengan lelaki itu di telefon berjam-jam adalah kehendak beliau sendiri.
Sebelum ini, ibu pernah datang merayu meminjam wang untuk membeli rumah kerana namanya telah disenaraihitam oleh MARA kerana gagal menjelaskan pinjaman perniagaan tersebut. Janji ibu akan menjelaskan hutang itu secepat mungkin, tetapi janji tinggal janji. Saya kini terpaksa dipotong gaji menjelaskan hutang peribadi dengan bank rakyat kerana wang saya masih lagi tidak dipulangkan ibu. Apabila diminta, ibu memaki mengatakan saya pula terlalu berkira. Apalah salahnya jika ibu mengotakan janji kerana wang itu tujuannya adalah untuk dipinjamkan kerana beliau sendiri mempunyai pekerjaan tetap. Sehingga sekarang saya masih tidak dapat memiliki rumah sendiri kerana komitmen ini juga. Apa yang lebih terasa kesemua kad kredit saya juga digunakan untuk membeli peralatan rumah sperti jubin dan sebagainya sebelum berpindah sehingga saya gagal menjelaskannya dan disenaraihitamkan. Saya tertipu dengan janji ibu dan terjerat dengan hutang-hutang itu pula.
Akhirnya saya terpaksa tinggal di rumah ibu bagi menjimatkan perbelanjaan. Tentulah ibu seronok kerana duit belanja dapur juga saya perlu sumbangkan. Masalah bertambah rumit apabila ibu mengambil keputusan untuk berkahwin dan tinggal bersama suami di tempat lain. Saya memang membantah perkahwinan ini kerana nama rumah yang kami tinggal sekarang masih di bawah nama ibu dan jika apa apa terjadi, suaminya berhak ke atas harta peninggalannya walaupun separuh pembiayaan rumah ini telah menggunakan wang pinjaman yang dibuat atas nama saya.
Setelah ibu keluar dari rumah, ibu tidak ambil peduli akan kedua-dua anak perempuan bongsu yang tinggal dengan saya sekarang. Semenjak ibu berkahwin, jarang dijenguk adik saya yang merupakan anak bongsu. Alasannya mudah, dia penat bekerja dan perlu memberikan tumpuan kepada suami baru. Harapkan ayah, ayah telah lama hanyut dari kami sekeluarga dan langsung tidak dapat membantu pun, walau memberi nasihat apatah lagi wang ringgit. Alasan beliau terlalu mudah, wang pencen nafkah anak sudah dipotong dan cukuplah setakat itu.
Kini, saya merasa tertekan kerana kedua-dua ibu bapa saya seolah olah melepaskan tanggungjawab mereka dengan tidak memberikan wang perbelanjaan secukupnya kepada adik bongsu saya. Bayangkanlah hanya RM30 seminggu diperuntukkan kepada adik saya ini (belanja sekolah, makan minum hari-hari) sedangkan kos hidup sekarang sudah tinggi dan tentulah adik saya juga tertekan dan terpaksa bergantung kepada saya juga. bila diajukan masalah ini kepada saudara mara terutamanya ibu saudara di sebelah ibu, saya juga dipersalahkan kerana tidak menabur jasa dan suka mengungkit. Untuk pengetahuan saudari pengarang, seorang adik saya akan mendapat RM200 sebulan, tetapi apabila dikira, jumlah yang diterima tidak sampai pun RM200.
Sehingga kini saya tidak faham kenapa kedua-dua ibu bapa saya seolah olah tidak mempedulikan kebajikan anak-anak dan menyalahkan antara sama lain di atas perkahwinan terdahulu. Jika ia bukan faktor cinta, mengapa wujud kami tujuh adik beradik? Saya kesal dengan sikap ibu yang menyalahkan ayah yang bercinta dan abaikan rumahtangga dan anak-anak. Kini ibu juga apa kurangnya. Cacian dan maki terhadap ayah bertahun-tahun kini seolah olah mengena diri tuannya.
Saya mengharapkan bantuan saudari di luar sana bagaimana saya boleh menyelesaikan perkara ini terutamanya kebajikan adik-adik bongsu saya ini. Andai saya perlu menanggung mereka ketika orang tua masih hidup lagi dan terlalu “sibuk” menjaga rumahtangga baru masing-masing, adakah saya wajar mendapat bahagian pencen nafkah tersebut? Apa yang boleh saya buat? Kerana sudah malas meminta ibu menjelaskan hutang lapuknya, saya terpaksa redha kerana tidak suka dituduh mengungkit dan “anak derhaka”. Tetapi ini tidak bermakna saya juga perlu menanggung perbelanjaan harian adik-adik ini kerana kedua orang tua saya masih hidup dan mempunyai pekerjaan.
Saya juga perlu memikirkan kebajikan anak sendiri dengan mula menyimpan wang untuk kebajikannya kelak dan sekiranya apa apa terjadi kepada diri saya sendiri. Tetapi dengan kos sara hidup yang semakin tinggi dan bebanan hutang (yang mula dijelaskan sedikit demi sedikit) tidak dapat membolehkan saya berbuat demikian. Hasrat memiliki rumah sendiri mungkin tidak kesampaian. Saya cuba berunding dengan ibu secara baik tetapi masih menerima makian dan ungkitan ibu yang sangat keterlaluan.
Saya amat memerlukan nasihat saudari-saudari sekalian dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Popularity: 7% [?]

Processing your request, Please wait....

setelah membaca kisah saudari, saya tumpang simpati dan berdoa supaya hidup saudari akan lebih baik lagi. Segala impian dan cita2 samaada untuk memiliki rumah sendiri adalah tidak kesampaian disebabkan sikap ibu bapa yg kurang bertanggungjawab. Saya juga dapat merasakan kesusahan saudari dan rasa tidak ‘secure’ atas masa depan adik2 saudari dan juga anak2 saudari. Sebagai seorang ibu, ibu saudari tidak sepatutnya berbuat demikian, hanya kerana suami baru, anak2nya drpd perkahwinan dulu dibiarkan begitu sahaja dan beliau tidak sedar bahawa anak2 juga merupakan tiket untuk masuk syurga. Betapa sedih dan kecewa anak2 nanti bakal mempengaruhi keberkatan yg diperoleh oleh kehidupan sang ibu. Saya memahami yg ibu saudari seolah2 melepaskan tanggungjwab adik2 kepada saudari memandangkan saudari merupakan anak sulung. Masalah utama saudari adalah kewangan dan yg kedua adalah tempoh masa bagi adik2 saudari dapat bergantung pada diri mereka sendiri. Dengan hutang2 yg bertimbung saban masa, menyulitkan lagi kehidupan masa depan saudari. Cadangan saya, sekatkan segala saluran kewangan saudari kepada ibu saudari darisegi kad kredit etc. Bagi alasan yg ibu anda sudah mempunyai suami dan duit yg ada untuk perbelanjaan adik2. Buat kerja lebih masa contohnya apa2 perniagaan yg difikirkan sesuai dengan diri anda. Cubakan usaha mengambil balik rumah supaya berada diatas nama anda. Cuba gunakan taktik psyko supaya ibu anda dapat memahami tanggungjawab dia sebagai ibu kepada adik2 anda. Tetapi anda jgn sesekali mendoakan keburukan kepada ibu anda kerana jika tuhan membalas keburukan ibu anda di dunia ini, maka x mustahil anda juga akan mendapat tempiasnya. Cuba berbaik2 dengan nenek anda jika dia masih hidup dan dapatkan kasih sayang drpd beliau sebagai ganti sebagai kasih drpd ibu anda. Selalulah berdoa kepada tuhan dan sembahyang hajat dipohonkan dimurahkan rezeki dan buat masa ini, anda tumpukan kepada keluarga anda dan lupakan seketika niat anda untuk mempunyai suami jika bakal suami anda juga duda yg mempunyai anak. Ceriakan hidup anda dengan perkara2 yg boleh memberikan anda kekuatan kerana saya percaya segala masalah boleh diselesaikan oleh masa. Selalu memberi nasihat kepada adik2 perempuan supaya tabah dan pastikan mereka tidak keluar malam bagi mengelakkan perkara2 yg tidak diingini seperti bohsia dan sebagainya. Bagilah semangat kepada mereka diatas kehilangan ibu yg seolah2 mengetepikan diri mereka dan nasihatkan supaya jika ada anak kelak, jagalah mereka dengan sebaik-baiknya dengan menjadikan anda sebagai role model. Selalulah solat berjamaah dan anda dibenarkan menjadi imam dikalangan kaum hawa. Sabar dalam menghadapi dugaan. Jangan lemah semangat dan jangan membalas perbuatan jahat ibu anda dengan perbuatan jahat. Sejahat2 ibu anda, dialah yng melahirkan anda dan anda sendiri sebagai perempuan tahu betapa sakitnya mengandung dan melahirkan anak. Setiap kali berasa benci, ingatkan saat2 ini. Jika anda merasakan diri anda susah, fahamilah ada lagi orang yg lebih susah. Masukkan kedalam kelab2 ibu tunggal bagi memudahkan perkongsian perasaan dan maklumat. Ajarkan adik2 anda supaya rajin membuat kerja dan boleh bersama2 berusaha dalam perniagaan contohnya menerima tempahan kuih-muah sempena musim puasa. Itulah pesanan dan nasihat saya sebagai insan biasa dan saya akan mendoakan saudari supaya cekal dalam menempuh hidup ini, percayalah jika anda susah skarang, kelak anda akan senang dan pastikan niat anda drpda awal hingga akhir adalah niat yg murni dan suci. Sekian
juling baca tulisan insanbiasa nih..
adik jaymin.. akak pun kurang lebih masalah dgn org tua tapi masalah akak lebih ringan cuma nasihat akak redhakan hati menjaga adik-adik kerana sesungguhnya rezeki untuk mereka tetap ada..
ingat rezeki di tangan Tuhan… bukan kerana mereka rezeki adik jadi cukup-cukup makan… dan bukan kerana mereka adik tak bertemu jodoh lagi..
perihal ibu dan bapa adik.. biarlah Tuhan mengadili mereka.. sebagai anak, adik jalankan tanggungjawab sebaik mungkin kerana janji Tuhan.. dunia ini balasan dan ganjaran.. disana apatah lagi..
perenggan jgn lupa.. adeh poning nak bacanya..
x larat nk membaca.. penat mata…
Saya setuju dengan nasihat insanbiasa. Cuma rasa saya sebagai anak, jaymin mesti terima ibu-bapa jaymin seadanya.
Ingatlah bahawa jiran Nabi Musa disyurga adalah anak yang berbuat baik kepada ibu-bapanya walaupun kedua-duanya adalah khinzir.
Usah dirisau jika jaymin tak ada rumah sendiri,rezeki Allah yang tentukan.
Cuma rasa saya jaymin boleh cuba negotiate dengan mak, supaya rumah yang jaymin duduki itu diletakkan nama adik beradik jaymin dalam jagaan jaymin supaya sekurang2 adik2 jaymin masih ada tempat berteduh kalau apa2 berlaku…
jaymin, insya allah, saya akan baca sekali kali utk kefahaman yang jitu.
Alhamdulilah jaymin tuhan akan berkati apa yang u buat..kita serupa…i also kakak sulong dan also menanggung persekolah adik2..seramai 5 org….ttp alhamdulilah mereka berjaya hingga ke universiti dan bekerja, mereka membalas jasa2…kini klau i susah mereka akan membantu dan anak2 akak selalu dibantu dr segi kewangan dan nasihat…utk jaymin, jgn rasa jaga adik2 bebanan…kita serupa…dulu masa muda2 selalu pecah tabung utk persekolah adik2…semuga adik2 jaymin akan membalas jasa jaymin…tang anak2 jaymin tuhan akan memolong insan2 yang bersatu hati
Salam jaymin…
Akak joy sedih membaca kesah adik. Cerita adik lagi menguatka hati dan perasaan supaya menjaga dan membesarkan anak2 akak dengan sempurna dan penuh kasih sayang.Sebenarnya tak semua perkahwinan kedua ibu membawa mwncana kepada anak2 terdahulu kerana telah memberi tumpuan pada suami dan keluarga baru…cuma ibu tu kenalah bijak membahgikan masa antara keluarga baru dan tanggungjawabnya pada anak2 terdahulu.
Akak bayangkan kalaulah anak akak yang sulung duduk dtempat jaymin tentu tertekan.. sebab tu lah akak kalau boleh tak nak kawin lagi seperti ibu jaymin kerana mengenagkan bimbang perkara begini akan berlaku.
Tapi akak nasihatkan jaymin sabar dan ikhlas lah menjaga adik2 jaymin kerana semua tu menjanjikan pahla nanti.Sekarang memanglah susah,akak faham mane jaymin nak kerja nak jaga anak sendiri nak jaga adik2 lagi macam2 masaalah timbul pasal nak settlekan utang lagi…semua tu memang berat mata memandang tapi berat lagi bahu jaymin yang memikul…
Berkat kesabarab jaymin membesarkan anak dan adik manelah tahu Allah akan membalas seribu kali ganda kebaikan untuk jaymin. Berbuat baik pada manusia adalah di tuntut lebih2 lagi ahli keluarga sendiri…
Akak doakan moga jaymin tabah menghadapi dugaan ini ye. Doakan juga yang terbaik pada ibu dan ayah jaymin..kerana seburuk2 diaorang tu tetap orang tua yang melahir dan membesarkan jaymin…
Percayalah bahwa Allah tu tak pernah kejam pada hambanya…
tak tau nak kata apa,sabarlah….berdoalah moga2 hidup jaymin dipermudahkan Allah,selalu saya beri pandangan dlm ruangan ini,amalkan doa nabi yunus.solat hajat.baca 40 kali.saya selalu baca doa ini bila dlm kesusahan atau ditimpa masalah.Alhamdulillah,berkat doa ini,segala masalah saya menemui jln penyelesaian.Apa2 pun,mereka adalah ibu bapa jaymin.bersabarlah……..Allah sentiasa bersama orang yg sabar.
sabar yer dik………
buat adik jaymin, kesian sangat akak baca cerita adik ni, akak speechless … tak reti nak komen. pendapat akak same jer macam orang lain.
cuma kak harap adik tidaklah membenci mak ayah adik (tanpa mereka kita tak hadir di dunia ini), namun aarap adik redha dan kuatkanlah semangat untuk membimbing anak dan adik2 adik.
Pasti akan Allah balas segala pengorbanan adik, mungkin bukan hari ini, tetapi InsyaAllah… suatu hari yang lain, atau dengan keredhaan adik, dengan keikhlasan adik mensyukuri segala yang datang ini hanyalah ujian dari Allah untuk menguji kesabaran, menguji keikhlasan, menguji kekuatan adik, adik akan temui ketenangan, bila adik sentiasa bersyukur dan bertawakal padanya.
Akak percaya, bila anak2 dan adik2 sudah berjaya… adik akan melihat bahwa Allah itu cantik, barulah akan melihat bahwa… wahhh tak sangka aku boleh besar keluargaku walaupun dengan serba kekuranga, wahhh… aku kuat rupanya untuk menghadapi semua ini. InsyaAllah… kejayaan bukan datang menggolek, tetapi dengan kepayahan. Itulah nikmat yang tidak dapat orang lain berikan kecuali Allah yang unik dan halus seni pemberiannya.
tetapi dalam soal ini, orang lelaki juga yang wajib bertanggungjawab, kerana an-anak adal tanggungjawab mereka, bukan ibu, bukan nenek, bukan isteri.
Kepada ayah jaymin, memang dia tak sepatutnya mengabaikan tanggungjawabnya terus dengan membiarkan anak2nya terabai, walaupun tak berkemampuan, tetapi sebagai seorang lelaki yang normal, dia sepatutnya berusaha lebih gigih menambahkan pendapatan (anak adalah amanah Allah). manakala ayah tirinya juga harus faham, sebelum dia menikah dengan ibu jaymin (wajib sedia maklum tentang kmitmen ibu jaymin – anak tirinya adalah dibawah prihatinnya jugak – kita wajib membela sesam Islam lebih-lebih lagi anak tiri) mana mungkin ambik mak, anak dibuang?
Inilah lelaki yang kurang ilmu pengetahuan tentang tanggungjawab.
bagi saya yang berlaku pada jaymin, adalah pengajaran bagi lelaki Islam yang lain … tanggungjawab itu penting.
Pada jaymin… sabarlah, tentu ada hikmah disebalik ketentuannya ini.