Bismillah,
Salam Rahmat buat semua…Alhamdulillah hari ini, akhirnya diberi kesempatan meneruskan bicara tanpa suara untuk perkongsian di DCKK punyalaa lama berangan kali nie tercapai jua. ..Diam tak diam sudah 2 tahun pemergian arwah ibu yang ku kasihi, dan sepeninggalan itu sesungguhnya banyak MENGAJAR AKU ERTI KEHIDUPAN , PERJUANGAN DAN MANISNYA MENIKMATI KASIH YANG AGUNG ITU. Pelbagai HIKMAH dan MAKNA aku temui di sepanjang perjalanan itu. Dan yang paling hebat menerima impak itu adalah abah, walaupun abah mengambil keputusan untuk berkahwin lagi dengan mama tapi dapat aku rasakan KECERIAAN DAN KEBAHAGIAN yang dilewati tidak setanding kebahagiaan yang dilalui saat-saat bersama arwah ibu, maklum sahaja hampir 35 tahun melewati saat suka duka dan manis bersama mana mungkin mampu menandingi usia perkahwinan yang masih setahun jagung. Apatah lagi komitmen mama seorang ibu kepada 8 orang cahayamata serta kerjaya sebagai pendidik…kasihan aku melihat abah, jika dulu keperluan minum, pakai semuanya TERSEDIA & TERHIDANG untuknya…tapi kini kebanyakan masa diambilalih oleh aku dan maid. Mujurlaa Allah menganugerahkan ‘air tanganku’ ada sipi-sipi air tangan arwah ibu…mudah-mudahan disitu terubat juga rindu abah pada arwah mak. Satu KEINDAHAN yang abah pasti lebih merindui arwah mak..adalah “HADIAH MENDENGAR”, jika dahulu arwah ibulah PENDENGAR SETIA abah…sebetulnya bukan hanya abah tapi juga aku sendiri…DIALAH JUGA KAUNSELOR PERIBADI AKU…keakraban kami sememangnya memberi kesan yang dalam buat diriku…aku akui sememangnya kesedihan, kehilangan, kesunyian satu ketika dulu di awal tahun pertama ibu pergi emosi ini selalu berlegar di dalam kehidupan ku TAPI KINI…SUBHANALLAH!!! Hampir semua kesedihan & kehilangan itu tiada lagi…Alhamdulillah I‘ve already make peace with the memories…semuanya GARA-GARA Muiz…anugerah paling HEBAT sebagai ganti arwah ibu yang pergi dan serangan bengkak kelenjar susu dalam pantang Muiz dulu…Sebabkan nak merawat bengkak kelenjar susu Allah imbaskan kembali satu ilmu yang pernah diketengahakan padaku ketika belajar dahulu EFT. Inilah HADIAH ALLAH kirimkan ganjaran sabar dan ikhlas ~ DIRECT HEALING BLESSING ~ PENAWAR DARINYA yang dinamakan EFT…atau lebih tepat lagi “EMOTIONAL FREEDOM TECHNIQUE”…aku pun tak sangka…boleh dikatakan ONE MINUTE WONDER…akhirnya SELF ACCEPTANCE DAN ILTIZAM untuk bangkit lebih kuat, pantas dan mudah sangat!!!Terima kasih pd Allah atas hikmah dan penawarnya…inilah KESYUKURANKU…
CABARAN & KEHIDUPAN
Dalam pada itu, aku akui mama baruku seorang yang baik hati , tulus dan aku senang sekali diketemukan Allah dengan ibu baru seperti mama orangnya juga ikhlas dan tak pelik-pelik cuma lantaran komitmen kehidupannya masa agak terbatas untuk kami berbual dan menghabiskan waktu lebih banyak bersama. Dia juga anak tunggal sama sepertiku. Bezanya ujian mama lebih hebat aku kira dihadirkan dengan ibu yang cukup cerewet maklum orang tua dulu-dulu banyak petua, pantang larang dan pandangan peribadinya yang adakalanya amat merimaskan…dan berumahtangga dengan pasangan yang panas baran…tapi mama tabah…kuat semangat…hikmah hubungan baiknya dengan Allah. Sememangnya TEPAT sekali TANDA ORANG BERIMAN DAN DIKASIHI ALLAH….dia akan mendapat perhatian dengan ujian yang dihadirkan..lantaran ujian inilah akan membantu hamba itu lebih dekat dan hampir kepada PENCIPTANYA.Itulah juga manis yang aku nikmati sepanjang perjuangan getir membantu ibu melawan sel kansernya, menggenggam sarjana dan melalui episod gelap dalam perjalanan hidupku..GRIEVING PHASE kehilangan arwah mak.
Abah juga melalui episod yang sama lebih hebat lagi kot…KESEDIHAN YANG DALAM…sebetulnya dia juga panas baran …jenis manusia yang dibawah kategori PREFECTIONIST, sabarjerlaa punya ayah seperti abah. APAPUN HIKMAHNYA ~ Aku bersyukur sikap..instill PERFECTIONIST ini telah menjadikan aku insan yang LEBIH PRIHATIN, TELITI DAN SISTEMATIK dalam merencanakan kehidupanku. Pendek kata aku bukanlah jenis orang yang huru-hara, cincai-boncai atau asal boleh…semuanya mesti teratur dan tersusun….mudah-mudahan TRAIT yang murni dan positif ini mampu diwarisi oleh anak-anakku…dah memang ada tokohpun sorang-sorang…masing-masing adalaa cerewetnya!…YANG BAIK JADIKAN PEDOMANYANG BURUK JADIKAN SEMPADAN. Tidak dinafikan satu ketika dulu aku juga pernah kecil hati, jauh hati, marah kerana sikap abah yang kadang kala panas baran, cerewet dan lepas mulut sesuka hatinya…darah muda hee kadang kala terlepas juga maklum sahaja saban hari diasak dengan teguran, kritikan yang pedas, sinis dan menyakitkan SIAPA BOLEH TAHAN….Hemm , itulah peliknya…manusia BILA DIA DI DALAM KEADAAN STRESS lazimnya dia akan melepaskan EMOSI NEGATIF ini pada orang yang dia sayang…TAK ADILKAN???Cuba bayangkan orang yang kita sayang dalam masa yang sama kita nak buat musuh pula…kasihan diriku yang innocent…Fuhhh! Nauzubillahminzalik…mujurlah aku sendiri melewati displin ilmu menangani stress kalau tidak ’masak’ aku menjadi mangsa. Sampailah pada suatu hari aku lepaskan segala PENDAMAN EMOSI itu…aku katakan pada abah AKU SAMA SEKALI TIDAK RELA ABAH MENGULANGI EPISOD YANG SAMA SEPERTI DIA LAKUKAN PADA ARWAH IBU…Abah terpana dengan SUARA HATI JUJURKU…mungkin juga kesal yang bermain di hatinya mengamit memori silam abah dengan arwah satu ketika dulu…abah mohon maaf atas kesilapannya… Hemm, selaku abang sulong dengan 10 orang adik-beradik hasrat terpendam meneruskan perjuangan menuntut dihalang orang tua, pilih kasih serta perjuangan getir untuk membina kehidupan dan membantu orang tua sememangnya UJIAN HEBAT untuk abah…dengan sebelah ibu juga begitu, abahlah abang long tempat adik-beradik bergantung harap, mengadu masalah…pendek kata PENGORBANAN MASA, WANG RINGGIT, TENAGA, BUAH FIKIRAN itulah dianya abah dan arwah mak patutlah Allah itu adil DIA tak kirimkan anak yang ramai untuk abah dan arwah mak…mereka ada tugasan lain untuk diberikan menggalas tanggungjawab membesarkan adik-adik. Sperkara lagi dengan keilmuan yang dianugerahkan Allah, abah juga mengisi tuntutan fardhu kifayah dengan perawatan Islam maka disini juga kadang kala tempias unsur-unsur metafizik yang hadir membuatkan sikap-sikap luar biasa kadang terbias.Tapi kini setelah menjadi PEMERHATI…menyaksikan sendiri pentas UNIVERSITI KEHIDUPAN AKU MENGERTI…SESUNGGUHNYA INILAH KEINDAHAN ILAHI DALAM MENRENCANAKAN KEHIDUPAN HAMBANYA…ada ikhtibar dan pengajaran untuk dipelajari…SERINGKALI DALAM KACAMATA MANUSIA KADANG TIDAK CANTIK…MENYAKITKAN…TETAPI SESUNGGUHNYA ITULAH YANG TERBAIK DALAM KAMUS ALLAH…Pentadbiran Allah itu cukup indah , HALUS dan cantik dengan sendirinya…dan INILAH MAKNA & HIKMAH yang aku temui kini!!!
Warna-warni kehidupan…tak lama lagi abah akan berangkat menunaikan fardhu haji buat sekian kalinya kali ini menemani mama…Selalu juga dengan nada gurauan dia ingin terus tidur di sana…tak nak balik ke Malaysia biarlah tenang dan tidur di Tanah Suci katanya taknak susahkan orang lain…aku diam tanpa memberi sebarang komen. Bukan tidak sayang malah AKU TERAMAT KASIH DAN SAYANG SEKALI pada abah…tiada bahasa dan ungkapan yang dapat diluahkan untuk menyatakan rasa kesyukuran dan sayang dihadirkan Allah dengan ayah seperti abah…tetapi aku PASRAH..kerana aku kasihan melihat abah kadang dia diam seorang diri di biliknya aku lihat kadang air matanya berkaca…sebagai anak aku cuba untuk memberikan YANG TERBAIK yang aku mampu namun apakan daya aku juga manusia biasa…tak semua benda mampu aku penuhi…hanya DOA TULUS IKHLAS SETIAP WAKTU mendoakan kebahagian dan kesejahteraan dirinya…HARI INI AKU BELAJAR “SESUNGGUHNYA HADIAH MENDENGAR ITU SANGAT-SANGAT MUJARAB DAN BEHARGA SEBENARNYA”….itulah yang aku kira abah rindukan …sebagai anak sejujurnya aku juga kadang tak mampu menghadiahkan HADIAH MENDENGAR SESETIA arwah mak maklum aku juga punya komitmen dan tanggungjawab seharian yang perlu diberikan. Mujurlah abah bijak bestari dan advanced…kekuatan spiritual, coping mechanism juga masa yang diisi melayani pesakit yang memohon bantuan serta hubungan baik dengan para sahabatnya serta minat membacanya membantu beliau berjuang dengan cabarannya…sama sibuk macam anaknya depan internet menghabiskan masa membaca setelah selesai solat Dhuhanya…
Aku mendoakan abah dan mama memperolehi HAJI YANG MABRUR…sihat walafiat dan selamat sejahtera setiap setik..setiap waktu dan pulang dalam keadaan yang selamat ke Malaysia setelah selesai menunaikan ibadah haji…Tak sabar rasanya untuk sama-sama kami mengecapi MANIS DAN INDAHNYA KEHIDUPAN ini bersama…itulah PINTAKU SETIAP SOLAT…”YA ALLAH YA TUHANKU JADIKANLAH KAMI BUKTI KESAKSIAN, KEINDAHAN DAN KEHEBATAN KEKUASAANMU ILAHI untuk itu aku mohon padaMu Ya Allah tiket kejayaan, tiket kemenangan, tiket kesempurnaan, kegemilangan , kesejahteraan, keharmonian , kasih sayang , keberkatan dan keselamatan mengiringi setiap langkah perjalanan kami…Jadikanlah ISLAM dan MEMBURU KEREDHAANMU matlamat kehidupan kami!!!…Dan yang pasti aku juga berharap agar aku mampu menjadi anak yang solehah yang mampu berbakti kepada kedua orang tuaku…selagi hayat dikandung badan. Emm..memang best setiap detik setiap waktu..Subhanallah! Allah hadirkan JAWAPANNYA…macam-macam MIRACLES & KEAJAIBAN aku nikmati dalam perjalananku…as a Millenium Mom, Wife, Counsellor a.k.a Therapist…dan hamba Allah pastinya…
Dan kalau NAK TAHU…inilah warna-warni kehidupanku…MY BEAUTIFUL JOURNEY OF LIFE…selagi hidup selagi itu ada cabaran…dan HARI INI AKU SANGAT-SANGAT BERSYUKUR KERANA AKU JUGA “HIDUP” dan DIUJI…Dan disinilah aku MENIKMATI MANISNYA KASIHNYA..MANISNYA PERJUANGAN DAN MANISNYA UKHWAH & PERSAHABATAN meneruskan perjuangan hidupku…bergelar Millennium Kaunselor…Kaunselor juga manusia biasa! Sama seperti anda di luar sana…selagi hidup selagi itu kita akan diuji cuma YANG BEZANYA ADALAH ISUNYA SHJ…ada insan diuji dengan ujian kasih sayang, pengkhianatan, kecurangan, kematian, musibah, penyakit, kehilangan, kegawatan ekonomi dan sebagainya TETAPI SATU PERKARA TETAP SAMA..iaitu “PERJUANGANNYA”…so JANGAN BERSEDIH JIKA ANDA SEDANG DIUJI di luar sana…YAKINLAH DENGAN JANJI ALLAH…ganjaran ikhlas dan sabar pasti manis yang akan dihadirkan…itulah yang AKU NIKMATI….terus dan terus BERMOHON PADA ALLAH…PASTI AKAN DIHADIRKAN HADIAH DARINYA…janganlah sombong pula! Hati juga akan lebih tenang bila dekat padaNYA walaupun mungkin hebat ujian yang dihadapi tapi KETENANGAN diri dan KEKUATAN yang dipinjamkan Allah membuatkan kehidupan dan perjuangan ini begitu indah dan manis sekali…OUR THOUGHT CREATE REALITY fren!!! How to CHANGE to our REALITY???Mudah shj….BY OUR THOUGHTlaaa…lontaran minda, ucapan, kata-kata, monolog diri merupakan SATU DOA maka HATI-HATI…it can be mantras or dua that can harm you…Nauzubillahminzalik yg negatiftu…sebab itulah KENA BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH DAN PERSEKITARAN kita….(tipsnie)
Hari ini aku ucap SYUKUR atas cabaran dan manisnya perjalanan yang aku LALUI kerana apa saat berhadapan dengan klien tidaklaa aku LESU TANPA EMOSI sebabnya aku juga memahami kepahitan, pahit maung, suka duka perjalanan klien menempuh cabaran…kerana aku juga melalui EPISOD PERJUANGAN yang sama cuma aku DIKIRA SANGAT BERTUAH …kerana ALLAH HADIRKAN AKU ILMU DAHULU BARU ALLAH MENGUJI AKU…berbanding klien-klien Allah hadirkan mereka ujian…dan insyaAllah lantaran ujian dan cabaran yang dilewati Allah hadirkan HIKMAH, PENGAJARAN DAN ILMU untuk dijadikan ikhtibar….
Ingin menikmati lagi MANISNYA PERJUANGAN HIDUPKU & TIPS2 KEHIDUPAN…sudi-sudikan layari…
My BLISSFUL JOURNEY OF LIFE
~ http://www.kliniksukses.blogspot.com

(Thanks Allah for helpin me to help others…make peace with their memories & life….Subhanallah!!! I LOVE!!!)
ENJOY VIDEO KLIP FROM AFGAN…PadaMu Ku Bersujud
Salam Rahmat & Sukses;
Blissful_M ( I LOVE )…http://kliniksukses.anizanwar.com
Popularity: 4% [?]

Processing your request, Please wait....

sat aaaa…
blissful tulis :
“Apatah lagi komitmen mama seorang ibu kepada 8 orang cahayamata serta kerjaya sebagai pendidik…kasihan aku melihat abah, jika dulu keperluan minum……………..”
dan
“Dia juga anak tunggal sama sepertiku.”
lepastu yang lain-lain dah tak masuk kepala…
ko 8 beradik ke anak tunggal?
Berpinar-pinar mata ni mmbaca coretan Blissful ni…a’ah..blurr jap..kamu anak tunggal???abis tu Muiz tu sape lak???
muiz tu anak blissful daaa…. lagi lembap ghopernya ko ni rn..,
pastu dia kena kelenjar susu apa ntah.. tapi citer macam tak abis sebab nak citer mende lain…. ntah kemende eft dia blaja pastu nak citer pasal mama baru…
banyak sangat daaaa nak kena digest…
kalo ko makan pastu orang suruh rasa 10 jenis lauk.. ilang le rasa lauk-lauk tu… kalo nak idang asam pedas, letak asam pedas ngan salad je cukup..
ntah lah..tak paham eden
tadi den dah baco.. sampai part yg katek dh tolong copy paste..
den baca balik dr mula.. lepas tu.. den.. tak baco sampai abih layi..
nanti2 le.. slow n steady but surely kang den baco..
ok.. den dan baco..
Tulaa…torlobih tolan santan,minyak, ketupat…rondang apo???Ekau-ekau yg lombab pick-upnie skoolah kek mano dlu? Den paham apsal lak ekau tak faham???…konpius gak…he he he otak-otak korang semuo dah jorubu…banyak sangat dipikirkan gamaknya…maklum lopes ngayo…budget harus ada yg lari…tu yg bengang skettu yer..takpolaa amik maso yo..
Salam Rahmat buat semua!
Alhamdulillah…ada juga yg sudi mengikuti coretan saya.Terima kasih diucapkan…ada komplen tak faham yer…ada plak yg alhamdulillah FAHAM…Hemm, dah biasa dah infact DAH LALI sebenarnya…ada YANG SUKA DAN ADA YANG SEBALIKNYA apapun terima kasih atas komentar. Sebetulnya saya menulis bukan mencari pengiktirafan manusia tetapi pengiktirafan Allah so tak kisah sangatlaa kalau ada yg suka, tak suka ini BAHAGIAN & REZEKI masing-masing. Matlamat saya menulis untuk berkongsi pandangan, ilmu, pengalaman dan CELIK AKAL andai kalian INSAN YANG TERPILIH untuk menikmati HIKMAH ALLAH itu syukur alhamdulillah. Andai BELUM…(walaupun sebetulnya dalam diri TAHU & SEDAR perlukan bantuan krn KURANG SEJAHTERA…konflik & peperangan saban hari berlaku di dalam diri TERUSKAN BERDOA..memohon petunjuk dariNYA)…InsyaAllah moga Allah menjawab doa kalian, dan moga-moga kita dipertemukan…
Buat yg sudi, setia dan terhibur dgn nukilan saya…nantikan perkongsian akan datang…Jumpa lagi!
Salam Harmoni;
Blissful_M