14 AugJika ini takdirnya….ku relakan….


Tak pasti dimana harus dimulakan….tetapi semakin lama disimpan semakin menyesakkan…..tapi apakah betul tindakan ku menulis disini? bimbang dan takut tanpa sedar aku melakukan dosa….dosa kerana berkongsi cerita perasaan ku disini….. Baca seterusnya

Processing your request, Please wait....

31 JulBermadu Tanpa Memberitahu


Assalamualaikum….

Alhamdulillah, saya dah banyak jumpa blog2 macam ni, secara keseluruhannya, saya dapat berkawan dengan ramai isteri2 kedua,  ketiga, keempat yang selalu dilabelkan sbg perempuan jahat….. Sebaliknya saya bertemu dengan wanita2 yang baik dan sanggup berkorban walaupun mereka melalui episod yang penuh dugaan dalam hidup mereka…. Saya juga salah seorang daripadanya, dan saya sangat bersyukur apabila Allah swt menemukan saya dengan rakan2 sebegini sebagai kekuatan untuk saya meneruskan kehidupan bermadu…..

Memulakan cerita, saya berkahwin 3 tahun lalu dengan seorang kenalan lama. Mungkin takdir, saya terima dengan penuh keredhaan meskipun saya tahu manisnya belum tentu….. Suami saya seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab, dialah yg membawa saya mengenal Tuhan. Besar jasa dan pengorbanannya membawa saya ke jalan yang diredhai, menjadikan saya seorang wanita yang berkerjaya dan berjaya… Alhamdulillah, kerana pertolongan, pengorbanan dan dorongannya juga, saya akan menghabiskan pengajian di peringkat sarjana tidak lama lagi. Read the rest of this entry »

Popularity: 6% [?]

Processing your request, Please wait....

18 Julnikmatisteri


tiada apa yang salahnya wanita ini Baca seterusnya

Processing your request, Please wait....

18 Julnikmatisteri


Nikmat kebahagiaan adalah satu kepuasan yang menakjubkan membuatkan anda
merasa kagum
rasa teruja
rasa dihargai
rasa disayangi
rasa dikasehi
rasa dicaintai
rasa diterima seadanya
rasa diutamakan
rasa gembira
rasa sejuk hati
rasa hati aman dami
rasa jiwa tenang
rasa hati tenteram
rasa diberi perhatian sepenuhnya
rasa puas
rasa seronok Baca seterusnya

Processing your request, Please wait....

11 JulWAHAI IBU BAPA JANGANLAH BERSIKAP PILIH KASIH


Aku mempunyai bilangan adik beradik yang ramai..4 lelaki dan 5 perempuan. Kami dibesarkan dalam keadaan yang cukup sederhana. Bapa seorang bapa yang sangat penyayang dan amat berhemah bila menegur kesilapan anak. Mak jgk sangat penyayang tapi ksaihnya lebih tertumpah pada ank-ank lelaki… Ini lah bermulanya….

Sedari kecil mak begitu tegas dalam mendidik ank-ank perempuan. Mengemas rumah, membasuh baju, memasak dan segala bentuk kerja rumah. Bagus mmg bagus kerana memang sepatutnya kami ank perempuan diajar semua itu cuma yang buat aku terkilan sikap ibu pada ank-ank lelaki cukup membuatkan kami ank-ank perempuan ‘terasa’. Dan ‘terasa’ itu menjadi semakin ‘terseksa’ bila bapaku dijemput ILAHI pada 1992. Ketika ini ak baru berusia 18 tahun. Tgh tunggu SPM dan sudah mula bekerja di sebuah kilang elektronik. Selepas pemergian arwah, adik beradik lelaki ku semakin bermaharajalela. Ye la, klu arwah ada, diorg segan jgk tapi bila dah tak de?? Bertambah lah episod duka kami adik beradik perempuan…

Bayangkan, ketika itu 2 kakak dan aku sahaja yang bekerja. 3 abg ku menganggur termasuklah seorang yang dah berkahwin dan tinggal bersama di rumah teres 3 bilik peninggalan arwah… Semuanya terjadi selepas arwah dikebumikan..masing-masing konon ambil cuti, lama-lama kesedapan tidur sampai tengahari…trusla berhenti…Erm..klu nk tau ini p0n salah satu dari hasil didikan mak. Klu kami ank perempuan terbangun lewat, habis kami dicarutnya..Siap guna kaki utk bangunkan kami tapi klu ank lelaki? Hidangan tengahari dah tersedia baru dikejutkan putera-putera kesayangan dengan suara yang penuh dgn kasih sayang ‘nak.., bangun nak, makan’. Masa arwah ada dulu, bila arwah cuti,ank-ank lelaki segan jgk nk bngun lewat tapi skrg? Ap yang nk disegankan…?

Masa tu hati aku & kakak berbuku je. Mana tak, kami kerja penat-penat. Gaji kne bagi kat mak. Pastu ank lelaki?? Amboi sedapnya bersila panggung. Pernah satu ketika, kakak bergaduh dengan abg disebabkan kakak cakap psl abg yang tak bekerja, abg aku tu boleh cakap ap tau? ‘klu korg tak suka d0k sini, korang berambuslah…’ Mak diam je masa tu padahal yang menanggung keluarga masa tu ialah kami bertiga. Kalau kami nak keluar masa tu & menyewa sendiri memang boleh tapi bila kami fikirkan adik-adik yang masih bersekolah, kami padamkan hasrat tersebut. Kami bertahan sampai kami bertemu jodoh masing-masing.

Masalah ank lelaki mak tetap berterusan. Bila adik lelaki kami yang bongsu dah dewasa dan bekerja, sampailah masa nak bertunang. Masa ni mak tinggal  dgn adik bongsu je la…Lepas bertunang, di bawaknya sekali tunangnya tinggal bersama kt umah mak. Alasan si tunang mak cik yang ditumpangnya sejak sek menengah dah halau dia.. Bermulalah episod mak jadi tukang masak & tukang cuci utk mereka berdua…

Satu yang ‘best‘ tentang mak..dia bukan saja sayangkan ank-ank lelaki berlebihan tapi juga isteri-isteri ank-ank lelaki dia…tu yang masing-masing naik tocang. Kurang ajar p0n dia sayang… Cuba kami ni ank perempuan? Tersilap cakap, disumpahnya hidup kami.

Kini….Di usia mak yang semakin senja, ank-ank lelaki dia terus menyusahkan…. Barang kemas dia habis digadai putera kesayangan…Tapi bila sakit pening, ank-ank perempuan jugak la yang bawa dia ke klinik .

Ank-ank lelaki dia, bila tgh berduit, nk jejak rumah mak p0n payah…Tapi kalau tgh susah, berumahtangga kt situ…Masa ni, mak akan simpati yang berlebih-lebih.

Dan kemuncaknya…..satu-satunya rumah peninggalan arwah bapa telah di tukar nama pada adik lelaki bongsu tanpa pengetahuan kami semua…Dan yang paling sakit hati, adik aku tu nak bwk isteri & ank-ank duduk situ dan arahkan salah seorang dari kami anak perempuan utk ambk mak dan jaga mak sebab isteri dia tak suka pada mak… Yela..mak kan dah tua, dah tak boleh jaga ank-ank dia, dah tak boleh cucikan baju dia, masakkan dia mcam dulu-dulu…

Jadi, kepada ibu-ibu di luar sana, jauhilah sifat pilih kasih, kerana kesannya sangat menakutkan…

Reungkanlah kisah ku ini…

 

Read the rest of this entry »

Popularity: 6% [?]

Processing your request, Please wait....

22 Junsampai bila saya harus pura-pura?


BANTU LAH SAYA….sesungguhnye sy ingin mendpt kn nasihat mahu pon pendapat.umr sy 29y & dah 6y sy kwen & tiap2 tahun asben buat hal..die sndri yg mngaku.sudah terlalu byk perkataan maaf yg dia ungkap kn.jnji x buat lg…tp buat lg.yg paling2 meruntun hati sy..asben affair dgn maid jiran seblh rmh sy..(affair=dh mcm laki bini)Tuhan sa…ja yg tau perasaan sy, waktu tue sy preg 7bln ank yg no-2.bygkn lh..mcmne sy nk mngadap muka betine tue.sy fikir ank2 jer..last asben kantoi..bln 7 thn lps untuk kali yg ke-4..naik kering air mata sy.hari2 berendam air mata.org kata jika sekali dua, ini di nama kan kesilapan, tp jika dh berjanji, bersumpah still buat lg, ini dah di nama kn tabiat kn.sy still bertahan sbb fikir kn ank2 yg masih kecil.perasaan syg, cinta, nafsu sy pd suami trs hilang serta merta.selama berkahwin…suami tidak pernah nak membelai & memanjai sy.tiada langsung saat2 manis yg blh sy igt utk sy mlupakan segala kesalahan suami.suami tdk pernah nk igt ulang thn perkhwnan, hari ibu, hari lahir.tak pernah nk buat surprise, bg kad raya, kad birthday, hadiah @ sebagainya.mcmna sy nk igt smua tue.sy jrg melayan permintaan suami.bagaimana sy nk lyn..sdgkn hati sy sakit, benci, tiada perasaan.smpai bile sy hrus terus begini.sy tdk mau selagi sy bergelar isteri…sy trs dosa kerana tolak permintaan suami.suami tidak mau lps kn sy..sbb sy yg byk menanggung keluarga(sy biz sndri) sy izin kn suami kawen lain..sbb tdk mau die akn trs mbuat dosa.mmg sy lgsung tiada perasaan.silap sy juga…jika ingin minta fasakh..sy perlukan bukti2 yg kukuh, tp bukti2 kukuh tue sy dh hapus kn.sms dlm hp die pon xde.sbbnye hampir tiap tahun hp die sy hempas, berkecai.mmg dia mengaku…tp jika sy ckp mulut jer.. pej agama pon x  terima pakai.sampai bile sy harus bertahan, sedangkn sy juga ingin hidup bahagia mcm pasangan lg.dibelai, di manja, di sayangi.luruh hati saya bile tgk pasangan2 lain bahagia…sedih & pedih! Baca seterusnya

Processing your request, Please wait....

20 Junsuami sensitif dan sering berkasar


setelah hampir sebelas tahun berkahwin dan dikurniakan 4 anak, kami masih belum mencapai tahap kebahagiaan yang stabil.Suami seorang yang amat sensitif perasaannya.mungkin dipengaruhi oleh zaman lampaunya dikelilingi oleh ibu dan kakak-kakak membuatkan dia amat mudah terasa.pada mata umum mungkin kali kelihatan bahagia tapi hakikatnya hanya aku yang menanggung.graf kebahagiaan kami sentiasa turun naik.baru baru ini dia terasa kerana aku pulang lambat dari kerja dan tidak dapat melayan anak anak keran sibuk dengan tugas di dapur.baby kami menangis dan dia menyalahkan aku kerana mengutamakan kerja lain daripada anak sendiri.hasilnya sehingga sekarng dia enggan bercakap dengan aku.Malah dia cabut bateri kereta aku supaya aku tidak dapat pergi kerja keesokkan harinya.malam tadi dia halau aku dari memasuki bilik tidur dengan mengasariku.masalahnya dia langsung tidak mahu berbincang dan mendera emosiku.aku terpaksa mengambil cuti kerana emosiku amat terganggu.ini cuma sebahagian dari deraan emosi yang aku tanggung.adakah aku harus mengambil jalan keluar atau bersabar…….. Baca seterusnya

Processing your request, Please wait....